KPP Serah 30 ribu Kad Digital NGO Negaraku - eyzamiel

12.2.18

KPP Serah 30 ribu Kad Digital NGO Negaraku

Minggu lepas, Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) telah melancarkan kad NGO Negaraku di Dewan Perdana Felda dan diaorang sediakan 30 ribu kad untuk diedarkan secara percuma kepada NGO dan koperasi berdaftar. Untuk permulaan, seramai 50 NGO yang hadir waktu pelancaran tu akan dapat dulu kad ni. Wow! Untungnya diaorang.


Kelab Sahabat Persaudaraan adalah sebuah Kelab yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan ataupun ROS. Kelab ini dibentuk melalui gabungan Sukarelawan Profesional dan kumpulan berpengalaman untuk bersama mencurahkan idea dan kepakaran bagi melahirkan Program-program berkualiti berteraskan Pendidikan dan kebajikan untuk diperkenalkan kepada Masyarakat.

Program Komuniti Digital NGO Negaraku turut memperkenalkan Mobile App NGO Negaraku yang boleh diakses oleh pemegang Kad NGO Negaraku untuk menikmati tawaran pembelian barangan terpilih dengan harga terbaik, Mobile App ni mempunyai kepelbagaian aplikasi yang bersesuaian untuk digunakan oleh NGO dan ahli-ahli termasuklah aplikasi pengumpulan derma dan sumbangan secara digital untuk tujuan membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.


Mobile APP NGO Negaraku ni dibangunkan bagi membentuk kerjasama antar NGO-NGO khususnya dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usahasama dan penawaran berkelompok.Pemegang kad juga dapat menikmati tawaran harga menarik bagi pembelian barangan terpilih. Mobile App NGO Negaraku ni hanya boleh diakses oleh pemegang kad sahaja iaitu NGO yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan atau ROS.


Pada peringkat pengenalan ini terdapat beberapa syarikat yang turut mengambil bahagian untuk memberikan tawaran harga terbaik termasuklah Ez Ride, Kaspersky dan Comfort Refleksologi.


Program Komuniti Digotal NGO Negaraku diperkenalkan oleh Kelab Sahabat Persaudaraan berteraskan 3 Prinsip iaitu:

1) Menghubungkan Kerajaan, NGO dan ahli-ahli NGO termasuk Koperasi dalam era digital berteraskan semangat Negaraku

2) Mengeratkan kerjasama dan memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar

3) Mendidik Masyarakat untuk berbelanja secara bijak dan berhemah


Info mengenai kad boleh baca dekat atas ni.

Bagi Eyza sendiri, Eyza rasa program ni adalah sesuatu yang bagus sebab  ianya dapat mengembangkan ekonomi digital dan transaksi tanpa tunai. Lagipun ianya dapat membentuk sebuah platform bagi menggabungkan kerjasama diantara NGO-NGO termasuk Koperasi di dalam aktiviti sosial dan ekonomi melalui Jaminan Usahasama dan penawaran berkelompok.

Untuk muat turun aplikasi Mobile App NGO Negaraku, boleh klik kat sini.

1 comment:

  1. kad ni merupakan kad yang boleh dianggap sebagai sara hidup digital, sebabnya pengguna kad ni boleh menikmati produk dan jugak perkhidmatan dengan harga yang lebih jimat kan!

    ReplyDelete