Buffet Ramadhan 2018 : Jom Makan di Hilton Petaling Jaya - eyzamiel

9.3.18

Buffet Ramadhan 2018 : Jom Makan di Hilton Petaling Jaya

Assalammualaikum n hai korang.. Dah ganti puasa blom ni? Eyza tinggal dua hari je lagi nak ganti. Bukan apa, sekarang ni waktu cepat sangat tau. Pejam celik pejam celik tup tup nanti dah bulan Mei. Pastu 15 Mei pulak dah Bulan Ramadhan. Sekejap je kan? So, mana-mana yang belum ganti jom la kita ramai-ramai ganti. Nak buat macam mana kan, bukan sengaja nak tinggal tapi dah Allah bagi kita cuti. Tu la istimewanya perempuan ni. Hihihi.

Kalau bulan Ramadan je mesti ramai yang tercari-cari Buffet Ramadhan yang pelbagai dan sedap. Ha.. Tak payah susah-susah.. Dekat  Hotel Hilton, Petaling Jaya kita boleh dapat pelbagai menu makanan yang bercirikan Malaysia dengan suasana seperti di rumah. Kat sini kita boleh merasa pengalaman Berbuka Puasa dengan Kampung Vibes dan Food Trucks.

"Jom Makan" Hotel Hilton, PJ  menawarkan lebih kurang 150 hidangan yang bertemakan Kampung dan makanan tradisional dari pelbagai Negeri di Malaysia.


Eyza kalau pergi Buffet Ramadhan, Eyza akan cari Kambing dulu. Bukan apa, kalau hari-hari biasa agak susah nak jumpa menu ni. Kalau bulan Puasa, InsyaAllah ada je Buffet yang buat. Eyza suka Kambing panggang dekat sini sebab tak ada bau hamis,isi lembut dan cukup rasa rempah. Eyza siap mintak 3 slice kat chef. Mana cukup kalau satu slice je.



Dekorasi di Restoran Paya Serai Hotel Hilton, PJ ni pun simple dan kemas je. Kalau datang ramai/group korang boleh duduk dekat meja panjang. Tapi kalau datang berempat atau berdua ada juga meja untuk korang. Jangan risau, tak kena berpecah bila datang ramai-ramai.


Kalau nak senaraikan semua menu jenuh la kan sebab ada 150 menu. Tapi serius Eyza cakap, Eyza sendiri rambang mata sebab tak tahu nak makan menu yang mana dulu.

Dalam banyak-banyak menu, Eyza paling tertarik dengan Javanese Counter sebab ada Lidah Lembu Goreng. Serius Sedap!!! 3 kali Eyza tambah tau. Hihihi.



Dekat sini bukan saja ada lauk-lauk kampung tapi jugak ada masakan Melayu, Chinese dan India. 







Semua Seafood kat sini Fresh! Hubby suka betul makan udang tu.


Asam Pedas Ikan Salmon pun ada. Nampak macam menarik je.






Agak Rare sebab ada buah salak. Eyza dah la penggemar buah ni. Sedap sebab manis dan lemak-lemak gitu.





Dekat sini, kita bukan saja dapat makan makanan yang best-best tapi kita juga akan dihiburkan dengan persembahan Angklung Orchestra iaitu persembahan tradisional yang menggunakan buluh.


Dekat sini dibahagikan beberapa seksyen yang setiap satunya ada pelbagai makanan lazat. Antara Seksyen yang ada ialah:
- Mix Seafood Bar
-Salad Bar + 4 types dressing
- Asian Appertiser
- Gado-gado
- Local Marinated Salads (Kerabu)
- Sambal
- Pelbagai jenis jeruk
- Pilihan pembuka selera tempatan
- Sup
- Kambing Panggang
- Rojak Buah-buahan 
- Nasi Kandar
- Lauk Gulai Kawah
- Claypot Station
- Lemang, ketupat & Rendang
- Ayam Golek
- Sup Gear Box
- Makanan Laut Panggang
- Tempura Station
- Indian Food
- Bubur Lambuk
- Sate
- Teppanyaki Bar
- Desert



Banyak lagi sebenarnya.. Tapi kalau nak senaraikan semua jenuh la.. Hahaha..







Selain makanan di dalam Restoran Paya Serai, Hilton PJ juga ada sediakan Food Truck di ruang luar. Ada Rojak, Cendol, Char Koay Teow, Pisang Goreng Cheese, Laksa dan macam-macam la. Tapi yang palinggg best dan ditunggu-tunggu dah tentulah Food Truck yang ada Raja Buah iaitu DURIAN!!



Eyza memang dah lama nak makan durian. Apa lagi, kat sini la tempatnya untuk Eyza makan puas-puas. Durian yang ada kat sini ialah Durian  101 dan Udang Merah. Sedap tau!




Harga Buffet kat sini sangatlah berpatutan dengan kualiti dan jenis makanan yang pelbagai.

Harga:
Untuk 3 hari pertama bermula 15 Mei - 17 Mei 2018 harga yang ditawarkan ialah bermula dari RM 169 Nett (Adult) & RM 89 Nett (Kids).

Minggu berikutnya iaitu bermula 18 Mei 2018 (Sabtu dan seterusnya) harga bermula RM 189 Nett (Adult) & RM 99 Nett (Kids).

3 hari terakhir iaitu bermula 11 Jun - 14 Jun 2018 harg bermula dari RM 169 Nett (Adult) & RM 89 Nett (Kids).

Untuk pembelian awal Baucer harganya ialah RM 149 Nett (Adult) / RM 79 Nett (Kids). Eyza cadangkan kalau korang nak jimat baik beli waktu Early Bird ni. Berbaloi tau.

Untuk tempahan boleh hubungi +03-79559122 atau boleh layari web www.zestPJ.com . 

1 comment:

  1. Ya Allahhh banyaknya makanan! terliur! bestnya! nak makan! huhuhu

    ReplyDelete