Dapat Surprise Sempena Anniversary Johnson's & Johnson's yang ke 125 Tahun - eyzamiel

23.3.18

Dapat Surprise Sempena Anniversary Johnson's & Johnson's yang ke 125 Tahun

Rasanya dah lamaaaa sangat Eyza tak dapat Surprise dari sesiapa lebih-lebih lagi dari Hubby sebab Hubby bukan yng jenis suka buat surprise ni. 

Sebab dah lama tak dapat, Eyza memang tak sangka langsung yang Eyza akan dapat Surprise dari Johnson's & Johnson's.

Isnin minggu lepas Eyza dapat call katanya ada nak hantar barang. Eyza ingatkan Courier dari Shopee yang nak hantar barang sebab Eyza ada shopping kat web tu. Disebabkan courier tu tk familiar sangat jalan kat ofis Eyza tu, Eyza tunggu la kat Parking ofis. Tiba-tiba, ada kereta berhenti dan bawak keluar Belon dan barangan Johnson's yang super cantik. Ingatkan orang yang hantar tu salah orang, tapi bila tengok nama.. Eh..eh.. betul la.. nama kita.. Hihihi.. Surprise sangat ni.Dah la kat lobi ofis ada program, tak pasal-pasal semua kat lobi nyanyi lagu Happy Birthday padahal Hamper Baby. 


Alhmdulillah.. Rezeki baby kut (doakan Eyza cepat dapat baby).. Hihihi..

Barangan Johnson's ni bukan untuk baby je tapi sesuai untuk seisi keluarga tau.


Memang tak sangka sangat. Eyza ni memang pengguna setia produk ni dari sekolah. Dulu masa zaman sekolah, Eyza paling suka dengan cologne Johnson's. Bila dah makin dewasa, Eyza memang guna bedak dan Gel Mandian Johnson's pulak. Eyza paling suka dengan Mandian susu dan Peach. Rasa segar je seharian.


Eyza dapat Satu Set Barangan Johnson's dan Tin Limited Edition yang ada nama Eyza. Bestnya..




Ada yang nak Tin limited Edition yang ada printed nama kita sendiri macam Eyza?

Sempena Ulangtahun Johnson's & Johnson's yang ke 125 tahun (Wow.. lama kan?) korang boleh sertai Giveaway yang dianjurkan oleh Johnson's ni.Hadiahnya dah tentu la Tin limited Edition yang tertera nama sendiri. Ada 1000 tau tin ni. Potensi nk menang besar sangat. Untuk 8x125 weekly winners akan dapat jugak sekali dengan barangan Johnson's *terms and conditions apply


Cara nak sertai Giveaway ni senang je. Ikut langkah demi langkah macam kat bawah ni:

Step 1:
Snap and share a photo of your (or your family member's) fave moment with any Johnson's product on your page or ours!

Step 2:
Include a short caption, tag us (@JohnsonsBabyMY) and hashtag #Johnsons125Years

For more info:

Ha...tunggu apa lagi. Senang je kan syaratnya. Jom la join ramai-ramai.

7 comments:

  1. Best best dapat surprise macam ni..senyum sampai telinga la tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka sangat.Dah la produk best.. Hihihi

      Delete
  2. menarik ni..nak cuba la jugak...anyway tahniah dapat surprise dari Johnson & Johnson tu

    singgah dari umifuzy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq.. Join tau Giveaway tu.Mana tau rezeki boleh menang sekali dengan produk Johnsons

      Delete
  3. wah bestnya.. happy anniversary j&j

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Johnsons sambut Anniversary tapi kita plak dapat hadiah.. Hihihi

      Delete
  4. syoknya dapat surprise.. hehe. Tahniah.

    ReplyDelete