Fiske Steakhouse, Restoran Western di Keramat, Kuala Lumpur - eyzamiel

3.3.18

Fiske Steakhouse, Restoran Western di Keramat, Kuala Lumpur

Beberapa hari ni Eyza macam tak berapa sihat. Maybe sebab cuaca panas je sejak dua menjak ni. Bila tak sihat, mood nak update blog pun terus terjunam ke laut dalam. Nasib baik hari ni berenang-renang ke daratan. So, sementara mood tengah kat darat ni jom lah kita update blog ye!

Kali ni Eyza nak bagitau korang tentang satu kedai steakhouse yng terletak di Keramat, Kuala Lumpur. Nama kedai ni ialah Fiske Steakhouse. Eyza pun baru first time datang kedai ni. Teringin nak makan western. Kedai Western area rumah dah tak nak, tu yang datang jauh sikit tu. Agak-agak berbaloi tak datang jauh-jauh untuk makan kat sini? 

Kami sampai lebih kurang pukul 10.30 malam kat kedai tu. Ramai giler orang. Kena menunggu untuk dapatkan meja. Mujur la tak lama. Dah dapat meja, nak panggil untuk kemas meja pun dekat 5 kali panggil baru datang. Dah tu, time adik tu tengah kemas meja air dalam cawan terpercik ke muka hubby. Kesian Hubby. Nasib baik la mood dia ok malam tu. Huhuhu..Ok, xpe kitaorang faham maybe sebab ramai orang dan budak tu pun kalut tu yang jadi macam tu. Tapi harap-harap jangan la jadi lagi kat customer lain.

Meja pun dah kemas, jomla kita tengok menu. Banyak jugak makanan yang ada kat sini. Bukan setakat western, asam pedas pun ada. Tapi sebab Eyza dah plan nak makan western, jom lah kita order western je.





Kami order Roasted Chicken, Mix Grill, Mushrom Soup, Bread Butter Pudding, Air sirap bandung dan air horlicks.


Bila tengok keadaan orang malam tu, kami ingat makanan akan datang lambat sebab tu la Eyza cakap Bread Pudding hidang sekali je ngan menu lain. Tak nak amik lepas makan takut lambat.Tapi rupanya servis untuk hantar makanan cepat. 


Tak sangka Bread Pudding yang sampai dulu. Serius Eyza suka Bread Pudding dia. Sedap cuma manis sikit. Tapi bagi Eyza berbaloi beli sebab  portion besar. Eyza share ngan hubby pun tak habis.



Lepas tu baru la makanan lain sampai.


Musroom Soup kat sini sedap sebab ianya dibuat sendiri bukan pakai yang dalam tin. Cendawan pun banyak. Set ni dapat sekali dengan Roti Garlic untuk cicah. Recommed.



Mix Grill ni kalau korang betul-betul lapar boleh order sebab portion banyak. Dalam Set ni ada lamb,beef and chicken. Yang lain semua licin kecuali daging sebab macam liat sikit. Set ni Hubby yang order.


Eyza pulak order Roasted Chicken. Yang ni sedap sebab ayam lembut. Portion pun besar.


Air kami order Sirap bandung dengan horlick je.


Keseluruhannya Eyza puas hati makan kat sini. Lepas ni boleh repeat lagi. Bil kami malam tu dalam 50 lebih. Ok la kan.Portion pun besar. Banyak jugak yang kami order.

Nak pergi jugak? Ni alamatnya :

Fiske Steakhouse
Jalan Enggang,
Taman Keramat,
54200 KL

Kedai ni tutup pukul 12 malam tau!

No comments:

Post a Comment