Kekalkan kulit lembut dengan Losyen Haruman Badan Dari Enchanteur - eyzamiel

25.3.18

Kekalkan kulit lembut dengan Losyen Haruman Badan Dari Enchanteur

Sejak dua menjak ni kulit Eyza kering je. Mungkin jugak sebab kerja dalam aircond 8-9 jam sehari. Dah tu Eyza ni jenis yang kurang minum air plak tu. Macam mana la kulit tak kering kan.

Eyza ni kalau kulit kering mula la rasa tak best sebab kulit jadi kasar je. Sebab tu la Eyza suka pakai Losyen Haruman Badan dari Enchanteur ni. Ianya bukan saja buat kulit lembap tapi jugak wangi. Kalau sekali pakai tu wangi satu bilik. Eyza paling suka sapu badan waktu nak tido. Rasa wangi n fresh je tau walaupun nak tido. Barulah suami suka. Eh.. Hahaha.


Losyen Haruman Badan Enchanteur ni  ada 3 jenis iaitu Satin Smooth, Radiant White dan 24H Moist.Boleh tak kalau Eyza kata Eyza suka semua bau yang ada. Tak tahu nak buat pilihan sebab semua wangi dan best. Sebab tu jugak la Eyza grab semua. Bukan tamak tau. Tapi Eyza jenis yang tak suka pakai satu wangian je. 

SATIN SMOOTH

Satin Smooth - Stunning

24H MOIST

24H Moist - Charming

24H Moist - Alluring

24H Moist - Romantic

RADIANT WHITE

Radiant White - Alluring

Setiap satu Losyen ni ada bau yang tersendiri. Rugi kalau tak try semuanya tau.

Eyza juga suka rangkaian Losyen Haruman Badan Enchanteur ni sebab ianya tak buat badan melekit. Eyza pernah dulu try satu Losyen ni, badan melekit lepas tu rasa macam tak selesa sangat. Sebab tu la bila dah jumpa yang berkenan terus try semua.


Losyen ni dijual dengan harga RM 11.90 (220 ml). Harga ni dah termasuk gst. Kalau ada promo kekadang boleh dapat lagi murah. Ianya boleh dibeli di Pasaraya Besar, Pasaraya, Farmasi atau kedai runcit.

Nak tau lebih detail, korang boleh layari:

1 comment:

  1. Enchanteur memg wangi keluarn dia..nk tidur mesti pakai..

    ReplyDelete