Makan Ice Bucket dekat IOI Mall Putrajaya - eyzamiel

6.3.18

Makan Ice Bucket dekat IOI Mall Putrajaya

Petang tadi Eyza ada hal dekat Putrajaya. Dah alang-alang ada kat area tu, Eyza terus la ajak Hubby ke IOI Mall Putrajaya untuk makan dekat Ice Bucket.


Dah lama Eyza teringin nak makan aiskrim kat sini tapi tak jugak sampai sebab Putrajaya ni jauh jugak dengan rumah Eyza. Kalau setakat nak mkn Ice Bucket ni je memang tak berbaloi la drive sampai sini. Hihihi.

Ice Bucket ni terletak di tingkat 2. Betul-betul sebelah Boat Noodles. Eyza pun baru first time datang mkan kat IceBucket ni. Ok, dah masuk dalam jom la kita order. Tujuan utama dh tentu la nak order Ice Bucket. Tapi bila tengok macam besar je mangkuk dia. Kami berdua je pun. Hubby tak berapa gemar ais-ais ni. So, tak jadi order Ice Bucket tpi kita order Parfaits. Sama je sebenarnya cuma Parfaits ni versi kecik sikit. Khas untuk sorang. Tapi Eyza share berdua ngan hubby, itu pun tak hbis.



Cantik susunan buah dan aiskrim tu. Nampak menarik dan buat Eyza tk sbar nak try. Bagi Eyza rasa Parfaits ni sedap sebab ada Aiskrim, ada buah, nata de coco dan ada biskut. Tapi kalau tak minat masam tak disyorkn perisa ni sebab ada rasa masam dari buah kiwi strawberry.



Hubby plak dia order Milo Ais je sebab Parfaits tu boleh makan berdua.

Dari tengahari kami tak makan sebab dok uruskan hal kat Putrajaya tu dulu. Bila sampai sini masing-masing kelaparan.


Hubby Order burger dan Eyza ambik Bihun Udang.. Pastu kami add on kepak ayam.




Apa yang Eyza boleh share, semua makanan kat sini sedap dan harga pun berpatutan.


Kalau nak rasa bolehlah ke Ice Bucket dekat IOI Mall Putrajaya ataupun di AEON Shah Alam. 

2 comments:

  1. tuuu diaaa..bukan main jauh lagi dating! hahahaha...Sally dah few times dapat invitation utk review tapi belum berkesempatan nak g :(

    ReplyDelete