Mon Chaang Thai Tea by Chapayom kini dibuka di Sunway Piramid! - eyzamiel

12.3.18

Mon Chaang Thai Tea by Chapayom kini dibuka di Sunway Piramid!

Eyza ni memang penggemar Air Teh Thailand. Tak kira la Teh Merah atau Teh Hijau. Dua-dua Eyza suka.

Minggu lepas Eyza dengan Hubby jalan-jalan ke Sunway Piramid. Kami sempat la singgah Kiosk Teh Thailand iaitu Mon Chaang Thai Tea by Chapayom yang terletak sebelah Aeon Sunway Piramid.

Ada menu dekat sini. Senang nak buat pilihan.

Nampak je kedai ni Eyza dah teruja sebab ada Green Tea. Yeay.. suka sangat tau! 

Sebenarnya Mon Chaang kat sini adalah Cawangan Kedua yang baru je dibuka pada 13 Januari 2018. Cawangan pertama pulak terletak di Menara Citibank, Kuala lumpur yang dah pun dibuka pada tahun 2017 lagi.


Tengok menu terus Eyza jadi rambang mata. Dah order Eyza pun jalan-jalan kat sini. Kiosk ni kecik je tapi semuanya tersusun dan bersih je.


Mon Chaang Thai Tea ni guna serbuk teh yang diimport khas dari Thailand. Semua bahan yang digunakan Halal tau!


Selain dari Minuman, kat sini juga diaorang jual snek dari Thailand. Snek ni pun ada tanda halal. So, jangan risau ye!



Kat sini ada Air Sejuk dan Panas. So, kalau korang tak minum ais boleh order air panas. Diaorang letakkan dalam cup macam kat bawah ni.


Terdapat beberapa variasi minuman kat sini. Eyza dengan tamaknya terus order 5 jenis sebab tak tahu nak buat pilihan. Semua nampak sedap.


Eyza cuma order minuman macam dekat bawah ni :-

Thai Lime Red Tea

Thai Milk Coffee

Thai Milk Red Tea

Thai Milk Rose Tea

Thai Milk Green Tea

Hubby paling suka Minuman Thai Milk Red Tea dan Eyza pulak suka Thai Milk Rose Tea. Serius Sedap semua minuman kat sini. Thai Milk Rose Tea tu ada rasa macam ais kacang pun ada. Tapi lain la..Dengan bau Tea Rose dan gabung pulak dengan susu. Pergh.. memang best! Rugi tau tak cuba sebab teh ni wangi sangat.



Mesti korang ingat air ni mahal kan? Eyza nak bagitau yang harganya sangat la berpatutan dan berbaloi sebab rasa air tu memang pekat dan tak kedekut bahan la orang kata.

Minuman Panas (Hot)
RM 4.90 (236 ml)
Kombo RM 9.90 (1 Minuman + 1 Thai Snek)

Minuman Sejuk (Cold)
RM 5.90 (650 ml)
Kombo RM 10.90 (1 Minuman + 1 Thai Snek)

Blended
RM 6.90 (650 ml)
Kombo RM 11.90 (1 Minuman + 1 Thai Snek)


Serius Eyza dah jatuh cinta dengan minuman dari Mon Chaang ni. So, lepas ni kalau ke Sunway Piramid Eyza dah tahu dah nak minum dekat mana. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari:

6 comments:

  1. Murahnyaaa rege dia eh! please belanja kita next time!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah kan? Boleh no hal.. Bila nak pegi?

      Delete
  2. salam perkenalan & follow sis di sini.. :)

    sedapnyer air teh tu..dulu2 x minum green tea..lps minum kat Cha time ke ape tu baru boleh minum,..heheh


    jemput singgah blog kite.. http://julsjulie80.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap.. Eyza favourite Green Tea ni..

      Delete