Resepi Cucur Brokoli yang sesuai untuk anak yang tak makan sayur! - eyzamiel

17.3.18

Resepi Cucur Brokoli yang sesuai untuk anak yang tak makan sayur!

Hai korang.. Minggu ni dah start cuti sekolah. Dah tentu la ada mak-mak yang pening nak masak apa untuk anak-anak kalau minum petang. Ha.. ni Eyza nak share resepi cucur brokoli campur sosej. Sesuai sangat untuk anak-anak yang tak makan sayur.

Resepi Cucur Brokoli campur sosej
Bahan-bahannya:
4 batang sosej
Setengah pokok brokoli
Tepung gandum 2 cawan
1 biji telur
Bawang besar sebiji
Cili Api (kalau x nak pedas x perlu)
1 3/4 cawan air sejuk peti ais
Garam secubit atau secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya


Cara-caranya:
1. Potong bawang, sosej dan brokoli nipis-nipis atau ikut selera masing-masing.
2. Letakkan bahan potong, tepung gandum, garam dan telur dalam bekas. Gaul-gaulkan
3. Dah sebati baru masukkan air, kalau keras boleh tambah air n kalau lembik boleh tambah tepung.
4. Ambik secubit demi secubit dan masukkan dalam minyak yang dah dipanaskan atas dapur.
5. Goreng sehingga kekuningan.
6. Angkat dan boleh makan. Dah sejuk pun cucur ni still lembut tau.


Selamat Mencuba!

2 comments:

  1. Uihh best ni. Sebelum ni pernah buat cucur kobis je. cicah susu pekat. Sedapp!
    Selamat berhujung minggu dari https://theathra.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucur kobis tak pernah try.. nanti boleh la try.. :)

      Delete