Pelbagai Pilihan Makanan Western di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras - eyzamiel

11.4.18

Pelbagai Pilihan Makanan Western di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras

Makanan Western di Blue Cafe, Bandar Mahkota Cheras| Eyza baru je niat nak diet. Tapi bila dapat peluang pergi makan dekat Restoran Western lepas tu kat sini ada jugak Seafood, buat Eyza rasa tergugat. Tak jadi la diet hari ni. Esok-esok kita sambung diet. Hahaha.

Eyza ni dah la penggemar Seafood dan Western food. Susah tau nak cari kedai western yang ada juga seafood sebab kebanyakkan kedai Western mesti hidangkan Daging, Kambing atau Ayam. Tapi.. dekat Blue Cafe, bukan saja ada daging dan ayam tapi jugak ada Seafood. Best wey.


Restoran Blue Cafe ni terletak di Bandar Mahkota Cheras. Ala.. tak jauh pun dari Aeon Cheras, belakang Aeon je pun. Senang sangat nak cari.

Restoran ni sebenarnya dah lama pun buka tapi sebelum ni ianya dikenali dengan nama "Grey N Blue Cafe" tapi sekarang ni pemiliknya dah 'rebranding' dan renovate semula dan namanya ditukar ke Blue Cafe. Kalau dah ada nama baru, dah tentu la ada menu baru. Eyza yang tengok menu je pun mula-mula dah terliur. Belum rasa lagi. Nak tau apa menu best kat sini? Jom kita tengok.


Belum apa-apa lagi kami dah dihidangkan dengan pelbagai jenis air yang buat Eyza sendiri rambang mata. Tak tau nak pilih air yang mana satu. Tapi, disebabkan Eyza masih dalam pantang, kita pilih la air panas. Tengok air ais tu but Eyza tergugat sebab warna menarik dan paling penting rasanya pun sedap. Ada Rosy Special, Strawberry Soda, Blue Lagoon dan Peach Mojito. Ada lagi tau. Pergi sana dan try semua air yang menarik ni baru best.




Air panas pun tak kurang sedapnya. Ada Rosie Cafe Latte, Cafe Latte, Hot Chocolate dan Mint Hot Chocolate. Tu baru sikit, ada macam-macam lagi pilihan air panas yang boleh kita cuba. Eyza minum Hot Chocolate dan Mint Chocolate. Sedap sangat. Rasa koko dia mewah dan tak puas nak minum. Beza dua-dua ni cuma Mint ada rasa pudina sikit. Apapun dua-dua Eyza suka.

Rosie Cafe Latte

Cafe Latte

Hot Chocolate

Mint Hot Chocolate

Menarik x? Ha.. tu baru air. Jom kita tengok makanan apa yang ada kat sini. Eyza sambil menaip pun terliur. 

Seafood Platter 
-Set ni lengkap dengan lala, ikan dory, udang,sotong, fries, spagethi dan indomie. Satu set ni boleh makn dalam 3  @ 4 orang sebab portionnya banyak. Berbaloi dengan harga RM 36.90 tu. Jimat kan?

Mix Grilled Platter 
-Eyza ni memang penggemar Cheese. Dalam set ni ada Udang, Ikan dory dan Ayam. Eyza suka udang tu sebab atas dia ada cheese. Yummy!

Fish and Chip
- Yang ni Eyza tak sempat rasa dan tak boleh komen sedap ke tidak. Tapi kalau tengok pinggan licin je. Hihihi.

Grilled Chicken Chop
-Ayam dia juicy dan tak kering. Sedap cicah dengan sos blackpepper tu.

Cheese Chicken Chop
-Eyza apa je yang ada cheese semua Eyza suka. Rasa ayam dia juicy dan tak kering. Best sebab cheese banyak.

Chicken Rendang Pizza
-Menu ni boleh dikatakan menu pilihan ramai. Roti lembut dan kena pulak rendang tu dibuat Pizza. Sedapnya. Eyza memang suka dengan Chicken Rendang Pizza ni. Nanti nak repeat cari menu ni.

Spaghetti Vongole
-Yang ni best sebab penuh dengan siput lala atas spagethi ni. Kuah pun x pedas. Budak-budak pun boleh makan.

Chicken QQ Noodle
-Eyza suka kombinasi ayam grill dengan indomie ni. Makan pulak dengan sos tu memang best la.

Smoked Duck Pizza
-Korang kena try Pizza ni sebab first time Eyza makan dan Eyza jatuh cinta. Cheese banyak dan kombinasi dengan itik tu memang best la.

Smoked Duck Aglio Olio
-Ha.. ni pun satu lagi menu yang memang Eyza suka. Spagethi sedap ditambah pulak dengan smoked Duck, memang best la. Eyza suka betul itik tu sebab daging itik tu berjus dan tak kering.

Lamb Shoulder
-Yang ni Eyza tak sempat nak makan. Tengok-tengok je dh habis. Kalau dah semua serang macam piranha tu maknanya sedap la makanan tu.

Oblong Beef Burger
-Bagi penggemar burger, boleh cuba set ni.

Tiramisu
-Favourite selamanya. Tiramisu kat sini antara yang terbaik Eyza pernah makan. Tak rugi la order.

Brownies 
-Eyza suka Brownies + Ice Cream. Sedap tau! Walaupun Eyza tak boleh makan Aiskrim, Eyza just makan brownies je. Tak manis sangat dan dalamnya ada kacang. Best.

Eyza ada juga buat video untuk semua menu yang ada. Boleh tengok kat channel Youtube Eyza.


Ha.. dah tengok kan menu? Menarik betul. Ruang dalam restoran ni pun selesa. Ada 2 tingkat. Kita boleh pilih nak makan dekat bawah atu dekat atas. Dekat bawah simple je macam kedai makan yang lain tapi dekat atas best sikit. Ada pilihan tempat duduk yang boleh kita pilih.




So, kalau korang mencari tempat makan western yang best area Bandar Mahkota Cheras, bolehlah singgah ke Blue Cafe.

Maklumat Lanjut:
BLUE CAFE
No. 7-2, Jalan Temenggung 25/8,
Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras, Selangor.

No. Telefon : 03-90113891

FB : Blue Cafe
IG : Blue Cafe

No comments:

Post a Comment