May 2018 - eyzamiel

29.5.18

Buffet Ramadhan 2018 : Iftar @ Funtasia , Hotel Bangi-Putrajaya

Tuesday, May 29, 2018 2
Buffet Ramadhan 2018 : Iftar @ Funtasia , Hotel Bangi-Putrajaya
Buffet Ramadhan di Bangi/Putrajaya/ Alhamdulillah... Hari ni adalah hari ke 13 Umat Islam berpuasa. 13 Ramadhan dah. Tiap kali Bulan Ramadhan mesti orang tercari-cari Buffet Ramadhan untuk berbuka puasa. Dah 2 tahun berturut-turut Eyza dapat rasa hidangan Buffet Ramadhan dekat Hotel Bangi-Putrajaya ni. 

Buffet Ramadhan dekat Hotel ni dihidangkan dekat Restoran Funtasia iaitu Restoran Halal yang mana ada makanan tempatan dan Barat. Tahun ni. ada lebih dari 200 makanan dan tempat makan pun selesa sangat.


Apa yang uniknya dekat sini, ada juga makanan yang dihidangkan di atas Roda Ferris yang berketinggian 12 kaki. Selain tu, ada juga makanan best seperti Kambing Panggang, Sate Malaysia dan BBQ Mongolia.







Makanan kat sini tak pernah mengecewakan Eyza. Eyza paling suka kambing golek dan pulut makan dengan serawa durian. Sedap sangat.

















Berbaloi sangat semua makanan ni dengan harga RM 120 untuk dewasa dan RM 60 untuk kanak-kanak. Kalau datang sini wajib try itik panggang. Sedap wei.








Terlupa pulkk Eyza nk inform yg klu kita buat tempahan dan bayaran seawal 24 jam, harga Buffet hanya RM 90 dewasa dan RM 45 kanak-kanak.

Utk tempahan boleh call 03-82102222 atau email ke fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com

25.5.18

Shopping Raya Murah dekat Lazada Riang Ria Raya

Friday, May 25, 2018 4
Shopping Raya Murah dekat Lazada Riang Ria Raya
Shopping Raya Murah dekat Lazada Riang Ria Raya| Hai korang.. Dah shopping raya ke? Setakat ni Eyza just shopping online je. Tak sempat nak pergi kedai. Online je senang. Klik klik mana yang kita suka, bayar dan tunggu barang sampai depan rumah. Boleh jimat masa, tenaga, duit minyak dan tak payah susah-susah cari parking.

Antara banyak-banyak web online shopping, Eyza paling suka shopping kat web Lazada sebab banyak pilihan dan murah. Tambah-tambah nak dekat raya ni, Lazada ada buat Kempen Rianģ Ria Raya.Eyza memang tunggu-tunggu je Lazada buat sale. Zaman sekarang ni serba serbi mahal. Sebab tu la kena tunggu sale. Bak kata orang "Alah membeli Menang Memakai".


Riang Raya Sale ni bermula dari 1 sampai 4 Jun, siap ada deal ekslusif dan diskaun sehingga 90% untuk barangan terpilih. Dah la ada offer lebih dari 30 jenama Antarabangsa. Antara jenama yang ada ialah:
1. Watsons 
2. Carlo Rino
3. Urban Decay
4. Siti Khadijah
5. Tesco
6.  Maybelline
7. Cala Qisya
8. XES
9. Pet Pet
10. Honor

Cukup la Eyza senaraikan 10 je. Sebenarnya banyak lagi tapi tak larat nak tulis semua. Kalau nak tau barangan dan jenama apa lagi yang akan Sale korang kena la terjah Web Lazada. Dah tengok sendiri baru la korang akan puas hati.

Sale Raya kali ni ada juga offer Flash Sale,Lebih dari 600 baucer, Deals on Raya Essentials, Buffet Ramadhan, Bundles dan Partners Exclusive Offers.


Eyza dah survey nak beli apa 1 Jun nanti.. Ala.. sekali sekala kita shopping raya kan. Sementara tengah murah ni, rasa sayang pulak tak grab offer ni.

Ada lagi yang best tau! Duit Raya Shakin' Deals- Menangi lebih dari RM 50 cash baucer. Ni Eyza suka sebab boleh sambung shopping lagi nanti kalau menang. 


Cara nak menang senang je. Ikut step by step macam kat bawah ni.
- Download dan log masuk Lazada Ap
- Stay at the homepage
- Shake daily dari 22 May hingga 4 Jun at 5.30 am, 12.30 pm dan 9.30 pm.

Senang je kan nak menang. Tak sabar nak try ni. Mana la tahu Eyza boleh jadi salah seorang pemenang.

Jangan lupa tau! 1 sampai 4 Jun 2018 kita ramai-ramai shopping dekat  https://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/ . Selamat bershopping raya ye.

24.5.18

Bestnya dapat ke Jamuan Raya Bersama Selebriti Cef Fikree

Thursday, May 24, 2018 1
Bestnya dapat ke Jamuan Raya Bersama Selebriti Cef Fikree
Rumah terbuka Hari Raya merupakan satu sambutan perayaan meriah yang pasti dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai bukan sahaja untuk menjamu hidangan yang disediakan tetapi juga untuk merapatkan lagi ikatan silaturahim. Akan tetapi, ramai mungkin menghadapi stres apabila hendak merancang majlis rumah terbuka, daripada memilih barang hiasan rumah, membeli baju Raya untuk ahli keluarga kepada perancangan menu rumah terbuka.

Alangkah indah jika pada tahun ini, anda tidak perlu bersusah payah merancang atau berbelanja untuk menganjurkan majlis terbuka untuk sanak saudara dan sahabat handai, dan beraya bersama selebriti cef?



Sempena kempen Kimball yang bertema ‘Mudah dan Lazat, Hati Terpikat’, Kimball sedang menganjurkan satu peraduan bersama selebriti Cef Fikree Aznan untuk membawakan Jamuan Raya Kimball ke kediaman dua pengguna Kimball yang bertuah. Antara resipi-resipi yang akan disajikan ialah Gado-Gado Raya Kimball, Kurma Ayam dan Sayur Kimball bersama Nasi Tomato Kacang Kuda Kimball dan Kek Kurma Kimball yang boleh disaji untuk 10 orang.



Sebagai tanda penghargaan Kimball kepada pengguna setianya, dua pemenang hadiah utama juga akan menerima hamper barangan Tupperware bernilai RM1,000 setiap satu. Terdapat juga hamper Tupperware bernilai RM268 untuk 50 lagi pemenang saguhati.

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli produk Kimball bernilai RM10 dan ke atas dalam satu resit, jawab satu soalan mudah dan hantarkan jawapan anda bersama butiran peribadi melalui Whatsapp ke +6016.454.7909. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan menetap di Malaysia. Cepat,  sertai peraduan ini sebelum tarikh tutupnya pada 10 Jun 2018.

Untuk informasi lanjut serta terma dan syarat peraduan Kimball ini, sila layari laman web Kimball di http://www.kimball.com.my/ atau Facebook Kimball di https://www.facebook.com/KimballMalaysia/  !


23.5.18

Gossip Box dari Althea Korea

Wednesday, May 23, 2018 0
Gossip Box dari Althea Korea
Gossip Box dari Althea Korea / Pstt.. Korang.. Ada dengar tak pasal Gossip Box dari Althea yang viral hari tu? Kalau tak pernah dengar, mai sini Eyza nak bagitau. Ni bukan membawang tau, ni just nak share barang baik je dengan korang.

Sebenarnya kan, Gossip yang Eyza nak share ni pasal Skincare Althea Bare Essential  dari Althea Korea. Jauh tau parcel ni terbang sampai ke Malaysia. Rupanya ni la rahsia artis-artis Korea ni cantik.


Setakat ni Eyza memang puas hati sangat kalau shopping kat Website Althea. Bukan setakat Skincare, mekap pun Eyza shopping kat sini.


Dah la packagingnya kemas dan dimasukkan dalam kotak yang cantik bagi menjamin barang sampai dengan selamat dekat customer.


Gossip Box Althea Bare Essential ni ada Set Lengkap Penjagaan Wajah Althea iaitu Pembersih (Contour Cleanser), Toner (Primer Water) dan Pelembap (Fixer Cream). Bukan tu je, dalam kotak tu ada jugak Cermin Muka, Marble Althea dan 5 keping sample.


LANGKAH 1 (PEMBERSIH) : The Contour Cleanser (150g/5.29 oz -RM23.00)



Countour Cleanser ni best sebab ada macam biji-biji halus yang boleh hilangkan kulit mati kat muka. Muka akan jadi lembut je.Ianya macam pemcuci plus skrub muka sekali.



LANGKAH 2 (TONER) : The Primer Water (200ml / 6.76fl.oz -RM43)




Primer Water ni best sebab dipatenkan dengan formula "dewdrops" yang boleh me;embutkan kulit dan menutup liang roma.Bukan tu je, ianya dapat buat kulit muka lebih cerah dan sekata.



LANGKAH 3 (PELEMBAP) : The Fixer Cream (50g / 1.76 oz -RM50.00)



Dah settle 2 step tu, jangan lupa pakai pelembap. Pelembap penting tau untuk kulit. Ia dapat bagi kelembapan 24 jam dekat kulit sebab ada trehalose yang ada estrak kelembapan.


Tengok packaging pun ekslusif je kan. Sebab tu la Eyza kata, produk dari Althea ni tak pernah kecewakan Eyza. Best, murah dan berkesan.


Maklumat lanjut boleh layari:


21.5.18

Puas hati dapat menginap di Daddy's Inn,Lumut

Monday, May 21, 2018 0
Puas hati dapat menginap di Daddy's Inn,Lumut
Hotel Murah di Lumut|Sejak dua menjak ni Eyza asyik up gambar makanan je kan. Tapi kali ni Eyza tak mau cerita pasal makan tapi pasal hotel/motel best dan murah dekat Lumut.

Cuti Hari Buruh hari tu, Family Eyza ada buat plan nak buat Family Day dekat Pulau Pangkor. Family Day cuma 2 hari satu malam je pun. Tapi disebabkan Sabtu tu cuti, Eyza dengan hubby decide nak pergi Lumut sehari sebelum family Eyza sampai kat sana. Saja pergi awal, boleh jalan-jalan dulu kat Lumut.

Last minit plan, Eyza pun bukak la Agoda untuk booking bilik. Banyak yang dah sold out. Kami nak booking hotel biasa-biasa je. Yang bajet bawah 100. Ala.. nak tido je pun. Kalau gi honeymoon kita amik hotel best sikit. Hihihi.

Cari punya cari dekat Agoda jumpa la dengan Daddy's Inn. Tengok gambar macam cantik. Harga pun tak sampai RM 80 semalam. Ok, terus Eyza booking hotel ni.


Sampai je sana, Eyza rasa puas hati sebab receptionist baik dan ramah. Masa nak check in pun senang sangat. Parking pun banyk depan hotel. 

Eyza dapat bilik tingkat bawah. Bilik bersih dan wifi laju. Bilik tak la besar sangat tapi ada ruang untuk kita solat.


Ada juga air mineral dalam bilik. TV ada astro walau siaran agak limited. Ok la. Mana-mana hotel pun macam tu.


Bilik air pun bersih.Tekanan air laju. Siap ada water heater lagi.


Kat sini jugaada pakej kalau kita nak book. Tapi Eyza tak ambik kat sini pun.


Depan hotel ada buaian comel ni kalau kita nak bersantai. 


Pada sesiapa yang cari hotel murah dan bersih, memang Eyza recommed hotel ni. Nak ke Jetty lumut dari hotel ni cuma 4 minit je. Berbaloi sangat menginap dekat sini.