Puas hati dapat menginap di Daddy's Inn,Lumut - eyzamiel

21.5.18

Puas hati dapat menginap di Daddy's Inn,Lumut

Hotel Murah di Lumut|Sejak dua menjak ni Eyza asyik up gambar makanan je kan. Tapi kali ni Eyza tak mau cerita pasal makan tapi pasal hotel/motel best dan murah dekat Lumut.

Cuti Hari Buruh hari tu, Family Eyza ada buat plan nak buat Family Day dekat Pulau Pangkor. Family Day cuma 2 hari satu malam je pun. Tapi disebabkan Sabtu tu cuti, Eyza dengan hubby decide nak pergi Lumut sehari sebelum family Eyza sampai kat sana. Saja pergi awal, boleh jalan-jalan dulu kat Lumut.

Last minit plan, Eyza pun bukak la Agoda untuk booking bilik. Banyak yang dah sold out. Kami nak booking hotel biasa-biasa je. Yang bajet bawah 100. Ala.. nak tido je pun. Kalau gi honeymoon kita amik hotel best sikit. Hihihi.

Cari punya cari dekat Agoda jumpa la dengan Daddy's Inn. Tengok gambar macam cantik. Harga pun tak sampai RM 80 semalam. Ok, terus Eyza booking hotel ni.


Sampai je sana, Eyza rasa puas hati sebab receptionist baik dan ramah. Masa nak check in pun senang sangat. Parking pun banyk depan hotel. 

Eyza dapat bilik tingkat bawah. Bilik bersih dan wifi laju. Bilik tak la besar sangat tapi ada ruang untuk kita solat.


Ada juga air mineral dalam bilik. TV ada astro walau siaran agak limited. Ok la. Mana-mana hotel pun macam tu.


Bilik air pun bersih.Tekanan air laju. Siap ada water heater lagi.


Kat sini jugaada pakej kalau kita nak book. Tapi Eyza tak ambik kat sini pun.


Depan hotel ada buaian comel ni kalau kita nak bersantai. 


Pada sesiapa yang cari hotel murah dan bersih, memang Eyza recommed hotel ni. Nak ke Jetty lumut dari hotel ni cuma 4 minit je. Berbaloi sangat menginap dekat sini.

No comments:

Post a Comment