Rasa Segar je mandi guna SAFI Shower - eyzamiel

10.5.18

Rasa Segar je mandi guna SAFI Shower

Rasa Segar je mandi guna SAFI Shower | Kulit Eyza ni memang jenis yang kering. Susah jugak nak cari Shower yang sesuai dengan kulit Eyza. Kalau salah pakai, kulit jadi tak best. 

Baru ni Eyza jalan-jalan dekat Tesco and nampak SAFI Shower. Wah, macam best je. Eyza ni dah la pengguna barangan SAFI, nampak je ada produk baru terus je nak try.


SAFI Shower ni unik sebab diadun segar dalam botol dengan rona tropika iaitu kuning, jingga, merah jambu dan hijau yang menarik perhatian dan menceriakan suasana.

Eyza nampak hari tu kat pasaraya ada 4 variasi SAFI Shower. Ada gel dan krim mandian. Kalau ada yang suka tekstur gel boleh try variasi Serai Lime Splash dan Passion Honey Frost yang merupakan gel mandian bebas sabun tanpa alkohol, bebas paraben dan mempunyai bacaan PH yang seimbang.


Kalau jenis suka krim macam Eyza boleh pilih Kokonut Shake dan Berry Smoothie yang lembap tanpa alkohol dan bebas paraben. Setiap kali mandi pakai shower ni Eyza dapat rasa tekstur sangat lembut dan bisikan bayu laut macam bercuti kat Hawaii. Cewah!


Setakat ni Eyza dah try Berry Smoothie. Best sangat sebab wangi and kulit lembut sebab ada yogurt.



Alhadulillah kulit Eyza dah tak kering. Tiap kali lepas mandi rasa best je. Rasa macam nak mandi selalu.  Dah la banyak buih. I Like! Hahaha.


Nanti nak try Kokonut Shake, Passion Honey Frost dengan Serai Lime Splash pulak la.

Produk ni boleh dibeli dekat Pasaraya dengan harga RM 18.90 (1kg) atau RM 12.90 (850g pek isian semula). Kalau nak beli online pun boleh. Hanya perlu layari https://shopee.com.my

Untuk maklumat lanjut boleh layari:


No comments:

Post a Comment