Resepi Paru Goreng Berlada Simple dan Sedap - eyzamiel

20.5.18

Resepi Paru Goreng Berlada Simple dan Sedap

Resepi Paru Goreng Berlada|Alhamdulillah.. Hari ni dah hari keempat kita semua berpuasa kan? Bila hari cuti macam ni mula la Eyza fikir nak masak macam-macam. Tapi bila kenangkan makan berdua je kita masak ala kadar sudah.

Untuk berbuka hari keempat ni Eyza masak Sup Ayam Kampung, Paru Goreng Berlada, Sayur Pak Choy dengan Sos Tiram dan buat pencuci mulut Sagu Gula Melaka. Nyam nyam.. Terliur la plak.. Sabar Eyza sabar..Ada 1 jam lebih je nak berbuka.

Eyza sebenarnya nak share resepi Paru Goreng Berlada cara Eyza. Eyza kalau masak memang simple. Eyza tak suka banyak sangat bahan. Tapi rasa InsyaAllah sedap. Hahaha. Maaf la kalau terpuji diri sendiri. 



Resepi Paru Goreng Berlada
Bahan-bahannya:

Untuk merebus paru:
500gm paru
Halia sebesar ibu jari
Sebatang Serai
Sekeping Asam Keping
sedikit garam

Untuk Sambal
15 tangkai cili kering
Bawang Besar 1 Labu
Bawang Putih 1 ulas
Serai Sebatang
Asam Keping
Garam & gula secukup rasa

Garam
serbuk kunyit
1 labu bawang besar

Cara-Caranya:
1. Rebus paru bersama halia,serai, asam keping dan garam lebih kurang 30 minit.
2.  Toskan Air Rebusan Paru dan potong paru kecil-kecil.
3. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Biar sekejap.
4. Goreng paru sampai garing. Angkat dan toskan minyak.
5.Untuk sambal, blender atau tumbuk cili kering (yg telah direndam dalam air panas), bawang besar dan bawang putih.
6. Tumiskan bahan blender guna minyak yg kita guna untuk goreng paru.
7. Dah pecah minyak, masukkan serai, asam keping,gula dan garam. Sambal dah masak, tutup api.
8. Biar sejuk sikit sambal gaulkan paru dan bawang besar yang dipotong bulat sampai sebati semua sambal dan paru. 
9. Siap!

Senang kan resepi ni? Cuba tau. 

No comments:

Post a Comment