Urut selepas keguguran di Terra Terra Spa Cheras, Kuala Lumpur. - eyzamiel

16.5.18

Urut selepas keguguran di Terra Terra Spa Cheras, Kuala Lumpur.

Urut Badan selepas gugur di Cheras | Assalammualaikum dan Hai Uolls. Ramai jugak yang PM Eyza dan tanya dekat mana Eyza mengurut lepas gugur hari tu.

Masa gugur yang First tu, Eyza mengurut dekat kampung. Gugur kali kedua ni, Eyza tak balik kampung. Berpantang dekat KL je sebab husband jaga. 

Mula-mula terfikir jugak, boleh ke pantang sendiri ni sebab mak kat kampung. Nak urut dekat mana? Kalau ada pun tukang urut kat KL ni mesti mahal. Dah tu, sedap ke dia urut. Ha.. Macam-macam tau yang Eyza fikir masa tu.

Tanya member-member ramai la tukang urut yang diaorang suggest tapi Eyza nak urut sekali dengan SPA. Ha.. ni susah nak cari orang urut sedap. Eyza try cari kat FB dan Instagram, Alhamdulillah Eyza jumpa Terra Terra Spa. 

First PM kat FB. Kak Za (Owner Spa ni) layan baik sangat. Apa je yang Eyza tanya Kak Za sabar layan karenah. Sorry akak. Eyza ni memang banyak tanya sikit. Hahaha. Pastu whatsapp pulak, dah dapat pakej n buat appoinment, Eyza pun pergi la Terra Terra Spa yang terletak dekat Alam Damai, Cheras.


Mula-mula masuk SPA ni Eyza dah rasa tenang je. Lagipun dekat sini, lelaki tak boleh masuk. Husband pun tunggu dalam kereta je sampai Eyza habis treatment. So, memang privacy sangat.

Banyak jugak yang Eyza buat dekat SPA ni. Eyza suka sebab Kak Za sendiri yang buat semua treatment ni untuk Eyza.

Mula-mula Eyza rendam kaki dalam Air Garam Bukit. Lepas tu, Eyza buat tangas, terapi rahim, mandi herba, lulur, tungku, sengkak dan urut. Untuk pakej ni cuma RM 210. 


Tempat urut pun privacy sangat. Jangan risau orang sekodeng. Hahaha. Eyza memang puas hati la bila buat treatment kat sini. Badan rasa ringan je lepas tu. Dah la Kak Za banyak bagi petua untuk Eyza amalkan. Lepas ni, InsyaAllah Eyza nak pergi berurut lagi kat sana. Puas hati sangat.

Ni harga pakej kat sini:


Kalau korang nak mengurut lepas bersalin pun boleh je call Kak Za.  Sekarang ni ada promo tau sempena Ramadhan. Pakej yang RM 150 tu just RM 99 je lepas Promo. Jimat dan berbaloi kan. Eyza pun nak grab promo ni. Jom la kita cantik-cantik sebelum raya ni. Promo ni dari 17 Mei sampai la 13 Jun 2018 ni. Kalau nak mix n match yg selain dari pakej pun boleh, bincang je dengan Kak Za.

Owner Spa ni iaitu Kak Za

So, korang yang mana dok mencari SPA area KL ni Eyza memang suggest datang sini. Kalau nak booking tu cakap la baca dr blog Eyza. Mana la tau ada rezeki dapat diskaun ke. Tapi serius pakej kat sini memang la berbaloi.

Maklumat lanjut korang boleh tgk dekat:

Selamat Cantik-cantik di Hari Raya ye. 

2 comments:

  1. selamat berpantang sis..dulu keguguran jugak tp xde urut2...masa tu x terfikir nak cari spa or tukang urut..pantang sendiri2 jer... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Eyza pun masa gugur yang first tu la baru tau yg gugur kena pntang macam bersalin.. kali kedua ni nasib la jumpa dengan SPA ni. Tapi mmg best la badan rasa ringan je

      Delete