Parking di Putrajaya Sentral untuk ke KLIA / KLIA2 - eyzamiel

20.6.18

Parking di Putrajaya Sentral untuk ke KLIA / KLIA2

Parking di Putrajaya Sentral untuk ke KLIA / KLIA2|Assalammulaikum & Hai korang. Rasanya belum terlambat untuk Eyza ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ni korang raya mana? Eyza tahun ni beraya jauh sikit. Team raya Sarawak tahun ni. Eyza balik sehari sebelum raya. Pergi naik AirAsia dan balik naik MAS. Nak senang, Eyza n hubby parking dekat Putrajaya Sentral dan naik je KLIA Transit untuk ke KLIA2.

First time kami nak parking kat sini.Selalunya parking kat TBS je. Tak tahu pulak yang sejak Feb 2018, parking ni kena guna Touch n Go. Baki dalam T&G ada RM 4 je. Tak boleh touch. Dah satu hal menggagau nak cari kedai nak reload. Naik atas Putrajaya Sentral tu ada mart, so reload kat situ.Mesin reload pun ada, bila dah reload kat mart baru nampak mesin tu. 


Dah reload baru la boleh touch. Mencabar jugak parking kat sini sebab parking penuh. Maybe sebab orang masih kerja atau ramai yang park kat sini untuk ke Airport.


Banyak kali jugak la kami berpusing-pusing. Stress dibuatnya. Last-last hubby parking kat ruang kosong xde petak tepi parking OKU. Tawakal je la. Memang xde parking. Patutnya klu penuh kena la letak signboard penuh. Ni bila dah masuk buang masa je mencari. Takkan nak keluar cari parking tempat lain pulak. Dah la banyak masa terbuang kat sini.

Park kat sini murah je. 
RM 2 (Siang 6 pagi - 12 pagi)
RM 4 (Malam 12 pagi - 6 pagi)

Cuma tu la. Sebab ni kira tempat tumpuan jugak untuk park ke Airport, pihak pengurusan kena tambah lagi parking bertingkat ni. Sekarang ni cuma ada 4 tingkat, memang x cukup la.

So, kalau korang cari parking murah n dekat nak ke airport boleh la park kat sini.

Tapi.. Eyza sedih sebab kereta kena clamping. Huhuhu. Sbb kami park kat tempat bukan parking dan tayar termasuk sikit je pun kat petak kuning OKU. Tak memasal kena bayar RM 100. Sadis betul. Kalau korang park kat sini hati2 sebab banyak kereta kena clamp kalau parking x betul. Sedih jugak la sbb ingat nak jimat, tapi makin banyak pulak keluar. Lagipun ni parking berbayar, mahal sgt harga clamping tu. Buat rayuan RM 50 x dapek. Redha je la bayar. Lepas ni maybe akan park kat TBS balik la camni. Serik.

1 comment: