Peraduan POKKA RASA RAYA - eyzamiel

26.6.18

Peraduan POKKA RASA RAYA

Peraduan POKKA RASA RAYA|Hai korang.. Eyza ni bukan la kaki contest tapi bila tengok hadiah yang ditawarkan untuk Peraduan POKKA RASA RAYA ni terus rasa macam nak join je.


Senang je nak join contest ni. Just pegi mana-mana pasaraya atau kedai yang ada jual produk POKKA dari siri tenusu (milk) seperti Melon Milk, Banana Milk dan Mango Milk. Beli mana-mana produk ni dalam satu resit dengan nilai belian minimum RM 10. Simpan tau resit tu untuk rujukan kalau korang menang nanti.


Buat satu resipi yang guna produk POKKA tu dan jangan lupa ambik gambar/video langkah-langkah cara penyediaan resepi.Hantarkan gambar/video korang tu melalui POKKA FB Messenger.

Sebab hadiah yang best ni la Eyza join. Nak tau tak apa hadiahnya? Ha.. ni la..

1 X GRAND PRIZE:
- Rumah Terbuka + Pakej Katering bernilai RM 10,000.00.

3 X HADIAH SAGUHATI:
- RM 200 cash + POKKA Hamper + 1 bulan stok minuman POKKA

20 X HADIAH MINGGUAN
- RM 100 voucher membeli-belah + 1 bulan stok minuman POKKA 

Eyza takde idea nak masak apa. Hubby yang suggest suh buat Apam Pisang untuk minum petang. Maka terhasil la resepi ni. 

APAM PISANG POKKA GEBU GEBAS


Bahan-bahannya:
3/4 Cawan Susu Pisang POKKA
Setengah Cawan Gula Pasir
4 biji pisang Emas/Montel (dilenyek)
2 Cawan Tepung Gandum
1/2 Cawan Minyak Masak
1/2 sudu kecil baking powder

Cara-caranya:


1. Campurkan Gula, Tepung dan baking powder. Gaulkan. 


2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dalam campuran tepung tadi. Masukan juga minyak dan Susu Pisang POKKA.


3. Gaulkan semua bahan.


4. Masukkan dalam bekas yang tahan panas.


5. Masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 45 minit.


6. Alhamdulillah.. Dah siap.. Sedap buat minum petang bersama yang tersayang.


Nak lagi best.. Minum pulak dengan Air Susu Tembikai POKKA. Memang padanan yang sesuai. Sedap uolls bile sesekali makan apam kampung macam ni.

Jom ramai-ramai join contest ni. Sure resepi korang lagi letops.

#PokkaMy #PokkaRaya #PokkaMelonMilk #PokkaBananaMilk #PokkaFBContest

1 comment: