Cendol Durian Viral Seksyen 24 Shah Alam - eyzamiel

23.7.18

Cendol Durian Viral Seksyen 24 Shah Alam

Cendol Durian Viral Seksyen 24 Shah Alam| Eyza dah lama teringin nak rasa Cendol Durian dekat Seksyen 24 Shah Alam ni. Kalau pergi Shah Alam, asyik tak sempat nak singgah je. Kebetulan Sabtu hari tu Eyza stay hotel kat Shah Alam.So, apa lagi terus la terjah Cendol Viral ni. 

Selalu Eyza baca diaorang cakap kena beratur panjang. Sebelum pergi Eyza dah risau dah takut ramai. Alhamdulillah masa Eyza sampai tu x ramai pun. Eyza boleh terus order je kat kaunter tanpa beratur.


Harga cendol durian kat sini ikut harga pasaran buah durian. Masa Eyza pergi tu cuma ada 2 pilihan sama ada Durian D24 atau i0i. Eyza pilih Cendol Durian D24 kecik. Semangkuk berharga RM 15. Boleh la kalau nak rasa. Hahaha. Eyza ambik 1 cendol durian dan 1 cendol pulut. Total RM 20.00.


Kat sini bukan saja Cendol durian, tapi ada lebih kurang 100 jenis cendol. Pilih je yang mana berkenan. Eyza mmg dah plan nak makan Cendol Durian, so Eyza tak rasa la cendol lain.


Lepas order dan bayar, diaorang akan bagi no. Nanti dia siap diaorang hantarkan cendol dekat meja.


Tengok pun dah buat terliur. Pulut tu unik sebab kaler merah. Pulut tu yang buat kaler cendol tu naik.


Eyza lupa plak nak mintak pulut untuk cendol durian. Tapi takpe, Eyza ambik je pulut dekat cendol hubby. Hahaha.Baru la cantik gambar tu.




Seorang Eyza happy giler dapat jugak makan Cendol Durian kat Shah Alam ni. Licin tau Eyza makan.



Kalau korang nak try jugak, boleh la ke Medan selera Seksyen 24,Shah Alam.


Sedap ke tidok? Boleh la. Sedap jugak la bagi Eyza tapi durian tu memang mantap. Boleh la nak try makan. Selera masing-masing kan.

2 comments:

  1. Alaaa..alaaaa...kenapa la tengok time2 ni...aduhai...boleh stress x dapat makan cendol durian ni

    ReplyDelete
  2. kalo durian ni kita leh tgk jer. hahah tak makan..

    ReplyDelete