Hotel De Art di Seksyen 9, Shah Alam - eyzamiel

31.7.18

Hotel De Art di Seksyen 9, Shah Alam

Hotel De Art di Seksyen 9, Shah Alam|Eyza ni jenis yang suka stay kat hotel. Tak kisah la dekat ke jauh ke, kalau ada peluang memang nak dok hotel. Malas nak ulang alik. 

Salah satu hotel yang Eyza rasa nak stay kalau pi Shah Alam dah tentu la Hotel De Art. Hotel ni ada lagi 3 cawangan dekat Shah Alam dan 1 dekat USJ Subang. 

Kebetulan hari tu Eyza memang ada hal kat Shah Alam and dah plan ngan hubby nak JJCM kat area Shah Alam ni. So, apa lagi Eyza terus la book hotel De Art ni. Mula- mula Eyza ingat nak book yang cawangan i-city tapi takde rezeki sebab i-city penuh. Weekend kan. Mesti ramai yang nak bawak family jalan-jalan dekat i-city.

Tapi takpe, tak dapat kat i-city Eyza book pulak dekat Hotel De Art cawangan Seksyen 9. Selain dari Seksyen 9 dan i-City, hotel ni pun ada dekat Seksyen 7, Seksyen 19 dan USJ 21 Subang. Setiap satu hotel ni ada tema dan lukisan yang menarik. 

Shah Alam
I-City - Tema Fantasy Wonderland
Seksyen 7 - Tema Wallpaper
Seksyen 19 - Tema 3D
Seksyen 9 - Tema Hope & Inspiration

Subang
USJ 21 - Tema Garden


Dekat seksyen 9 ni baru je lagi bukak. Kalau tak silap Eyza, baru seminggu buka masa Eyza check in hari tu. Eyza saja pilih yang dekat Seksyen 9 sebab hotel baru. Kira Eyza antara yang terawal rasmikan hotel De Art cawangan Seksyen 9 ni. 

Hotel ni dekat giler dengan Plaza Masalam. Boleh jalan kaki je. Tak sampai 500 meter pun. Dah la belakang hotel ada KFC, Restoran Ayam Penyet, Secret Recipe.. pendek kata korang takkan kelaparan la. Dah la kat dalam Plaza Masalam tu ada jugak kedai makan dan yang penting ada Giant dan Mesin Atm. Boleh la kita shopping jajan untuk makan dekat hotel.



Lobi simple je tapi sedap mata memandang. Nampak kemas dan tersusun.



Walaupun hotel ni cuma 2 tingkat, tetap ada lif tau. Tepi hotel pulak ada kedai dobi. So, x yah risau kalau bawak baju sikit ke apa. Boleh beli dekat Plaza Masalam atau basuh je kat dobi sebelah.



Eyza dapat bilik 203. Dekat sangat dengan lif. Eyza suka lukisan dekat dalam bilik ni. 


Bilik ni takde la besar mana. Tapi, boleh dikatakan bilik ni lengkap.

Katil Queen

Cermin Besar

TV dan meja untuk buat kerja

penyangkut baju yang comel

Bilik air yang selesa
Ada sinki
Hair Dryer

Cermin dan tempat letak barang mandian

Water Heater

Mandian & Syampoo

paip air

Selalunya kan kalau kita duduk hotel yang harga murah ni diorang tak sediakan air. Tapi dekat Hotel De Art, ada air mineral dan air panas lagi. Keetle pun disediakan. Just masak dan bancuh air je utk minum.



Esoknya pihak hotel siap hantar sarapan kat bilik. Best tau. Nasi lemak dia sedap.


Sape kata kalau bajet ciput tak boleh tido kat hotel. Hotel De Art ni cukup selesa untuk kita menginap. Kalau ada rezeki Eyza nak try menginap kat cawangan lain pulak.


Untuk maklumat lanjut boleh tengok dekat:

5 comments:

  1. nak check in jugak lah dekat hotel de art. Bulan ne ada banyak cuti

    ReplyDelete
  2. untung laaa pi tido hotel..hahaha...sally baru blk dropd yg USJ punya...rasa macam pwincessssss je tau!

    ReplyDelete
  3. Konsep hotel yg menarik.. tgh promo best try 👍🏻

    ReplyDelete
  4. wah cantiknya. paling suka tengok lukisan kat bilik tu. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 570

    ReplyDelete