August 2018 - eyzamiel

19.8.18

Pakai Susuk Untuk Cantik?

Sunday, August 19, 2018 1
Pakai Susuk Untuk Cantik?
IMAAN Serum Susuk Beradu dan IMAAN Jardin Cushion Foundation- Lately ni Eyza tak berapa sihat sebab tu la jarang sangat update blog. Ni pun baru je baik demam. Nasib baik la tak melarat sampai kena ambik darah. Kalau tak, jenuh la. Serik dah rasanya masa kes denggi dulu. Hari-hari kena ambik darah.

Sebenarnya kan, Eyza sekarang ni dah jatuh cinta. Eh! Bukan dengan lelaki lain. Eyza setia kat Abg J sorang je. Eyza sebenarnya dah jatuh cinta dengan Susuk. 

Ish.. Eyza tau pakai Susuk tu haram. Tapi, Susuk yang Eyza pakai ni dijamin Halal tau sebab ni bukan susuk yang bomoh tu. Dak aih. Ni susuk moden, susuk kecantikan iaitu IMAAN Susuk Beradu 24K Gold yang diilhamkan oleh Syarikat IMAAN WORLD!

Haih hangpa ni. Eyza tau lagi halal haram. Simpang malaikat 44 la nak pakai susuk bukan-bukan. Lagi satu, Eyza bukan saja jatuh cinta dekat Susuk tu, Eyza jugak dah jatuh Cinta dekat IMAAN Jardin Cushion Foundation. Kalau x percaya hangpa try la. Mesti jatuh cinta jugak macam Eyza.


IMAAN SUSUK BERADU 24K GOLD


Packaging pun dah ekslusif tau. Eyza suka diaorang gunakan warna Hitam + Gold utk kotak tu. Sesuai sangat.

Kulit kita ni pun perlukan perlindungan. Macam Eyza, memang dah jadi rutin sebelum mekap mesti akan pakai Serum. Sekarang ni hari-hari pakai Serum Susuk Beradu ni. Kulit rasa Moist je.

Hanya perlu guna 2 kali sehari, pagi dan malam untuk dapat kesan yang terbaik.


Banyak kebaikan kita pakai Serum Susuk Beradu ni tau. Antaranya:
๐ŸŒผ Memudakan dan menegangkan kulit
๐ŸŒผMerawat Kerosakan Akibat Sinar      Matahari
๐ŸŒผ Meningkatkan keanjalan kulit
๐ŸŒผ Melambatkan Penipisan Kolagen
๐ŸŒผ Merangsang Kolagen Baru
๐ŸŒผ Melambatkan penuaan
๐ŸŒผ Memudarkan jeragat & Kesan Jerawat
๐ŸŒผ Mengurangkan Kedutan


Serum ni diformulasikan dari Emas tulen tau tapi harga mampu milik je. Memang berbaloi untuk kita beli.

IMAAN Jardin Cushion Foundation


Foundation ni best sangat sebab senang nak pakai dan cover satu muka. Eyza just calit dengan tangan kat muka dan sapu guna beauty blender. Kalau nak pakai span yang disediakan pun boleh. Ikut keselesaan masing-masing.

Nak tengok cara pakai boleh tengok dekat IG Eyza : Eyzamiel


Bahan-bahan yang ada dalam ni dapat membantu merawat dan menghalang muka kita dari cahaya matahari sebab ada SPF50++.


Antara bahan-bahan penting yang ada dalam Foundation ni ialah:
๐ŸŒผ Argan Oil
๐ŸŒผ Vitamin E
๐ŸŒผ Sweet Almond Oil
๐ŸŒผ SheaButter
๐ŸŒผ Chamomile Oil
๐ŸŒผ Aloe Vera

Eyza tengok bahan-bahan yang digunakan pun dah buat Eyza rasa selamat guna foundation ni. Lagipun ianya setanding Liquid Foundation, High Coverage, Tahan lebih 8 jam dan lepas ni kita dah boleh Selfie tanpa Filter dah.


Eyza dah jatuh cinta dengan 2 produk hebat ni. Tak sabar nak try produk lain dari IMAAN WORLD NI.

Untuk keterangan lanjut, boleh tengok dekat:
Website : WWW.IMAANWORLD.COM
Telefon : 03-42854919 / 019-2862828
Email : wowmissionsdnbhd@gmail.com

12.8.18

Welcome Gift Althea Angels Memang Ohsem sempena Althea Turns 3!

Sunday, August 12, 2018 4
Welcome Gift Althea Angels Memang Ohsem sempena Althea Turns 3!
Althea Korea/ Eyza dah suka produk dari Althea sejak dari Althea sambut Anniversary yang pertama sampailah sekarang ni dah Anniversary yang ketiga Eyza masih setia dengan produk-produk dari Althea.

Sebab apa? Sebab produk dari Althea ni best dan diterbangkan terus dari Korea. Tak risau dapat barang fake ke apa. Dan lagi apa yang best pasal Althea ni harga lagi murah dari dekat Malaysia dan penghantaran sangat la cepat berbanding barangan lain dari luar negara.


Dan yang terpaling Eyza happy bila Eyza salah sorang dari ramai-ramai dipilih sebagai Althea Angels. Yeay. Happy Berganda-ganda. Ye la.. Kebanyakan Althea Angels ni terdiri dari Influencer, Instafamous dan Blogger yang hebat-hebat.

Althea ni memang selalu buat surprise. Eyza pun tak sangka as Althea Angels diaorang ada hantar Welcome gift untuk kami para Angel. Eksited bila nak unboxing sebab Althea ni tak pernah tak best la barang-barang dia.


Nak tau tak apa ada dalam Kotak tu? Dapat Real Fresh Skin Detoxer. Dapat 2 jenis pulak tu. Ada Green Tea dan Rose.  Yang paling best mask ni cuma pakai dalam 10 saat je dan kita dah boleh cuci. Jimat masa dan dalam masa yang sama kulit pun sihat.

Eyza ada buat video unboxing Box Althea Angels ni. Korang boleh tengok kat bawah ni:


Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea


Mask ni dihasilkan dari daun Teh Muda yang diambil di Pergunungan Pulau Jeju. Mask ni sangat sesuai untuk membersih dan merawat kulit yang sensitif. Bau yang ni fresh je sebab bau daun teh hijau yang fresh.

Skin Detoxer Green Tea ni disyorkan pakai waktu malam dalam pukul 10 macam tu sebab waktu ni penjanaan kulit lagi aktif. Esok bangun pagi muka fresh je. Tapi kekadang ubah angin Eyza pakai jugak siang. Hihihi.

Real Fresh Skin Detoxer - Rose


Skin Detoxer Rise ni pun best. Bau bunga Rose tu wangi sangat-sangat. Maunya x wangi, ekstrak Rose tu diambil dari Kelopak Bunga Rose May dan dipetik setahun sekali dekat Perancis. 

Yang Rose ni sangat disyorkan guna waktu pagi sebab ianya dapat lembapkan kulit sampai petang. Dah la dapat buat kulit lembap, dapat pulak buat kulit segar, lembut dan cerah.


Cara nak guna dua-dua ni pun senang je. Sapukan dekat seluruh muka. Urut-urut sikit. Tunggu 10 saat dan bilas. Siap dah.


Eyza suka kedua-dua mask ni dan dah jadi favourite Eyza dah sekarang ni. Memang tak pandang dah mask lain.


Tq sangat pada Althea Korea sebab pilih Eyza jadi Althea Angels. Dah la banyak kelebihan jadi ahli ni. 

Dalam box tu jugak, Eyza bukan setakat dapat Skin Detoxer Green Tea dan Rose, tapi jugak dapat pouch mekap, cermin, Althea Bag dan Kotak Yang super duper kiut.

Untuk yang nak shopping kat Althea ni, korang boleh dapat 10% diskaun dengan syarat masukkan Kod ni :

ALTHEATURNS3



Untuk maklumat lanjut/pembelian boleh tengok kat sini:


11.8.18

Bestnya guna Produk SuzyHoney Herbs masa dalam pantang!

Saturday, August 11, 2018 0
Bestnya guna Produk SuzyHoney Herbs masa dalam pantang!
Produk SuzyHoney/ Ramai yang email dan dm kat ig tanya produk yang Eyza guna waktu dalam pantang.

Lama dah ingat nk share tapi blom sempat lagi. Masa gugur kali kedua (boleh baca kat sini) Eyza pantang sendiri kat KL. Masa tu jenuh la dok google cari produk yang nak pakai masa dalam pantang. 

Ye la, kalau selalu nak pergi Spa pun parah jugak kan. Sebab tu la Eyza decide nak buat sendiri kat rumah. Ramai yang suggest suruh guna Produk SuzyHoney. Eyza pm kat FB dan dia bagi no fon suruh wasap.

Ya Allah. Eyza rasa happy sangat berurusan dengan Kak SuzyHoney ni. Friendly dan apa yang kita tanya dia akan jawab tanpa buat kita tertunggu-tunggu.

Lepas dah cerita lebih kurang, terus dia suggest Aku ambik Sabun Herba, Krim Barut Herba, Rebusan Akar Kayu, Rebusan Mandian Herba dan Rempah Tangas.


Dan.. Apa ynag buat Eyza happy sebab produk SuzyHoney ni adalah produk dari Alam Semulajadi. Maknanya founder dia siap masuk hutan cari bahan-bahan buat ubat-ubat ni semua. Harga pun sangat la berpatutan. Kiranya mampu beli la. 

Krim Barut Herba



Krim ni Eyza suka sebab ianya panas tapi sedap. Macam mana nak cakap ek? Hahaha. Krim ni sangat sesuai kalau kita nak kempiskan perut. Lepas pakai, kalau ada korset boleh pakai korset, kalau tak biar je la. Bau dia wangi dan x melekit. Eyza suka pakai sebelum tido.

Sabun Herba



Sabun ni ada bau Halia.  Sedap sangat mandi pakai sabun ni sebab ia bau wangi dan boleh buang angin sekali. Maklumlah dalam pantang memang kita ni senang sangat diserang angin jahat. Rasa selesa je badan bila mandi guna sabun ni.

Rebusan Akar Kayu


1 paket tu perlu dihabiskan dalam masa 10 hari. Cara nak rebus pun senang je. ambik segenggam macam tu, masukkan dalam periuk dengan 5 cawan air. Rebus sampai dapat agak2 3 cawan. 

Minum pagi dan petang. Esoknya boleh rebus lagi dengan tambah air je. Hari keempat boleh tukar akar kayu yang baru.

Rasanya memang pahit tapi nak sihat punya pasal telan je la. Air ni best sebab buat badan kita jadi kuat.

Rempah Tangas

Rempah tangas ni memang elok untuk perempuan. Tambah-tambah lepas bersalin atau gugur. Rasa best je lepas buat tangas ni 

Mandian Herba

Mandian Herba pulak Eyza memang suka bila mandi guna Herba ni. Badan jadi wangi dan rasa segar je. Tahu la bila kita berpantang, ada bau-bauan yang x best. Mandian ni memang sesuai sangat.

So, kalau korang pun mencari produk-produk asli tanpa bahan kimia boleh la tengok kat FB Suzyhoney.. nnt diaorg bgtau apa yng sesuai dengan kita.


Ni group utk kaum wanita je tau. Join la kalau nak dapat banyak ilmu. Macam-macam tips kita boleh dapat kat situ. Kalau nak beli barang pun boleh, pm je kat situ. Eyza tak jual tau.


8.8.18

Ada ke Pakej Murah ke Singapore?

Wednesday, August 08, 2018 2
Ada ke Pakej Murah ke Singapore?
Ada ke Pakej Murah ke Singapore?/Eyza dah lama teringin sangat nak ke Singapore. Angan-angan nak pergi Universal Studio tapi tak sempat lagi nak pergi. 

Dalam dok berkira-kira nak pergi Singapore, nampak pulak Pakej Murah dari Raini Travel buat Day Trip pegi sana. Tengok harga macam mampu bayar je. Terus decide nak pegi.


Eyza cuma tukar 40 Dolar bersamaan dengan RM 120 duit kita. Masa Eyza tukar tu rate 1 Dolar = RM 2.972 duit kita. Nak senang kira Eyza jadikan RM 3 terus la.

Cukup ke tukar banyak tu? Kalau ko rasa tak nak shopping dan just untuk makan memang cukup. Tapi Eyza ada la jugak beli T-shirt 2 helai dan 1 Fridge Magnet siap dapat beli makanan lagi. Baki dalam tangan masih ada 9 Dolar. Ok la kan.


Untuk pakej ni, bas akan bertolak dari KL Sentral pada Jumaat malam dan akan sampai kat Singapore waktu pagi. Sebelum masuk tu kita akan rehat, solat dan mandi dekat R&R Gelang Patah. 


Sentosa Island
Masuk je Singapore, kami ke Sentosa Island dulu. Sentosa Island ni memang terkenal dengan Universal Studio.


Tapi kali ni kami tak masuk pun.Nama pun day trip.. Memang tak sempat la.. Maybe next time sebab dalam tu je makan masa sehari.


Tapi, Walaupun kita tak masuk Universal Studio... korang jangan susah hati pulak. Banyak je tempat lain yang korang boleh jalan-jalan dekat area ni.





Kalau nak pergi Pantai pun boleh. Siap ada Sentosa Express dan ianya FREE! Yes.. Free tau. Naik je.


Korang boleh pilih nak ke Palawan Beach, Tanjong Beach atau Siloso Beach.


Kami pilih ke Siloso Beach. Pasir kat sini putih je.


Kat sini toilet dia Unik sangat. Buat dari kayu lagi. Tak tergerak hati plak nak masuk tengok dalam.


Dah settle jalan2 dalam tu, kita balik semula naik train tadi tu.


Kat sini ada Hard Rock Cafe jugak tau.


Kalau korang rasa nak makan makanan Malaysia walau di Singapore, boleh la makan dekat Malaysia Food Street.


Istana Kampung Gelam


Dulunya bangunan ni adalah Istana Kampung Gelam.Tapi sekarang ni dah jadi Malay Heritage  Centre.


Dari Istana ni kami just jalan kaki je ke Masjid Kampung Gelam. Cantik masjid ni. 


Masjid ni dibina hasil sumbangan orang ramai. Ada yang sumbangkan wang ringgit, ada sumbangkan barang dan juga ada yang menyumbangkan keringat. Bukan setakat senibina yang cantik, Masjid ni jugak ada lif bagi memudahkan kita naik ke tingkat atas untuk solat. Telekung pun banyak disediakan.


Haji Lane


Dekat sini ada deretan kedai-kedai dan Eyza suka tengok cara diaorang menghias. Dengan bangunan yang unik dan kedai yang menarik buat kita rasa seronok jalan dekat sini.




 Bugis Street


Kalau nak shopping Eyza suggest beli kat sini. Kami teruja bila masuk kedai 1 Dolar. Bayangkan Rexona harga 1 Dolar je.Murah!! Apa lagi terus la borong.Bukan setakat tu je. Ada macam2 la dalam kedai ni.Ala-ala kedai 2 ringgit kat Malaysia.


Dah penat berjalan,wajib singgah gerai Jus 1 Dolar.Murah wei. Eyza sampai rambang mata tak tau nak pilih air apa. Semua nampak sedap.

Merlion Park


Kat sini la yang selalu jadi tumpuan orang untuk bergambar kalau ke Singapore. Kira tempat wajib singgah la.





Garden by the Bay





Taman ni adalah Taman tercantik dekat Singapore dan jadi tarikan pelancong. Tiap-tiap malam ada Light Rhapsody Show dan setiap hari ada tema yang lain-lain. Best tau!



Restoran Zam Zam


Kalau datang Singapore, korang tak perlu risau pasal makanan Halal. Banyak je kedai. Dan salah satunya kedai yang pemes dengan Murtabak Singapore dah tentu la Restoran Zam Zam.


Eyza tak makan kat situ tapi Eyza tapau bawak balik Mutabak Daging dan air katira. Total 2 tu cuma 10 Dolar.


Kalau korang tengah fikir nak bercuti, tapi bajet ciput.. Eyza memang suggest korang ambik Pakej Day Trip dengan Raini Travel ni. 

Cuma RM 135, korang dapat Transport dari KL-Singapore-KL. Siap pakej jalan-jalan dalam Singapore tau. Berbaloi-baloi.

kredit: Raini Travel
Untuk Maklumat Lanjut:
Whatsapp :  016-774 4594