Welcome Gift Althea Angels Memang Ohsem sempena Althea Turns 3! - eyzamiel

12.8.18

Welcome Gift Althea Angels Memang Ohsem sempena Althea Turns 3!

Althea Korea/ Eyza dah suka produk dari Althea sejak dari Althea sambut Anniversary yang pertama sampailah sekarang ni dah Anniversary yang ketiga Eyza masih setia dengan produk-produk dari Althea.

Sebab apa? Sebab produk dari Althea ni best dan diterbangkan terus dari Korea. Tak risau dapat barang fake ke apa. Dan lagi apa yang best pasal Althea ni harga lagi murah dari dekat Malaysia dan penghantaran sangat la cepat berbanding barangan lain dari luar negara.


Dan yang terpaling Eyza happy bila Eyza salah sorang dari ramai-ramai dipilih sebagai Althea Angels. Yeay. Happy Berganda-ganda. Ye la.. Kebanyakan Althea Angels ni terdiri dari Influencer, Instafamous dan Blogger yang hebat-hebat.

Althea ni memang selalu buat surprise. Eyza pun tak sangka as Althea Angels diaorang ada hantar Welcome gift untuk kami para Angel. Eksited bila nak unboxing sebab Althea ni tak pernah tak best la barang-barang dia.


Nak tau tak apa ada dalam Kotak tu? Dapat Real Fresh Skin Detoxer. Dapat 2 jenis pulak tu. Ada Green Tea dan Rose.  Yang paling best mask ni cuma pakai dalam 10 saat je dan kita dah boleh cuci. Jimat masa dan dalam masa yang sama kulit pun sihat.

Eyza ada buat video unboxing Box Althea Angels ni. Korang boleh tengok kat bawah ni:


Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea


Mask ni dihasilkan dari daun Teh Muda yang diambil di Pergunungan Pulau Jeju. Mask ni sangat sesuai untuk membersih dan merawat kulit yang sensitif. Bau yang ni fresh je sebab bau daun teh hijau yang fresh.

Skin Detoxer Green Tea ni disyorkan pakai waktu malam dalam pukul 10 macam tu sebab waktu ni penjanaan kulit lagi aktif. Esok bangun pagi muka fresh je. Tapi kekadang ubah angin Eyza pakai jugak siang. Hihihi.

Real Fresh Skin Detoxer - Rose


Skin Detoxer Rise ni pun best. Bau bunga Rose tu wangi sangat-sangat. Maunya x wangi, ekstrak Rose tu diambil dari Kelopak Bunga Rose May dan dipetik setahun sekali dekat Perancis. 

Yang Rose ni sangat disyorkan guna waktu pagi sebab ianya dapat lembapkan kulit sampai petang. Dah la dapat buat kulit lembap, dapat pulak buat kulit segar, lembut dan cerah.


Cara nak guna dua-dua ni pun senang je. Sapukan dekat seluruh muka. Urut-urut sikit. Tunggu 10 saat dan bilas. Siap dah.


Eyza suka kedua-dua mask ni dan dah jadi favourite Eyza dah sekarang ni. Memang tak pandang dah mask lain.


Tq sangat pada Althea Korea sebab pilih Eyza jadi Althea Angels. Dah la banyak kelebihan jadi ahli ni. 

Dalam box tu jugak, Eyza bukan setakat dapat Skin Detoxer Green Tea dan Rose, tapi jugak dapat pouch mekap, cermin, Althea Bag dan Kotak Yang super duper kiut.

Untuk yang nak shopping kat Althea ni, korang boleh dapat 10% diskaun dengan syarat masukkan Kod ni :

ALTHEATURNS3



Untuk maklumat lanjut/pembelian boleh tengok kat sini:


4 comments:

  1. hehe lawat sini today hahahha btw that REAL FRESH DETOXER rose tu mmg sgt menggoda! nampak fresh je klu letak kat muka!

    ReplyDelete
  2. Sizzling Suzai,

    Tq lawat blog kita. :)
    Kan. Bau dia pun best

    ReplyDelete