Beli Biskut Upin Ipin Percuma Mainan - eyzamiel

2.9.18

Beli Biskut Upin Ipin Percuma Mainan

Beli Biskut Upin Ipin Percuma Mainan|Rasanya satu Malaysia kenal dengan karekter kartun Upin Ipin kan? Bukan je kanak-kanak, kita yang dah besar ni pun suka. 

Anak buah Eyza kalau ada Upin Ipin kat TV terus tak bagi tukar siaran lain dah. Kalau tukar mau meraung kat situ jugak. 

Sekarang ni, karekter kartun tu bukan saja kita boleh tengok kat TV tapi jugak dah ada dekat kotak. Ha.. sebenarnyakan.. Upin Ipin dah keluarkan biskut PinPin. 

Biskut Pelbagai Perisa


Biskut ni ada 6 perisa yang berlainan. Rugi kalau x grab semua perisa sebab semua sedap.

Ada Biskut Berperisa Mentega, Snek Jagung Dengan Isian Coklat,Wafer Dengan Isian Coklat, Biskut Coklat, Wafer Dengan Isian Vanila Dan Snek Jagung Dengan Isian Strawberry.

Snek Jagung Dengan Isian Coklat

Biskut Coklat

Biskut Berperisa Mentega

Snek Jagung Dengan Isian Strawberry

Wafer Dengan Isian Vanila

Wafer Dengan Isian Coklat

Mainan Percuma

Eyza suka semua biskut ni sebab rasa setiap satu tu memang berbeza. Lagipun kan, dalam setiap kotak tu ada mainan. Yes! Mainan Lego. Eyza tau mesti ramai yang suka Lego kan? Eyza pun salah sorang yang suka kumpul koleksi Lego. 

Lepas ni senang la. Beli je Biskut Upin Ipin, kita akan dapat koleksi lego yang berbeza-beza.













Comel kan koleksi Lego ni? Nak buat pun senang je sebab dah ada panduan kat dalam tu. Kita just cantumkan je.


Selain Lego yang comel tu, kat belakang kotak ada permainan lagi. Ada puzzle, Sifir dan macam-macam la. Uolls beli dulu baru tahu.


Ada banyak kedai yang jual biskut ni. Uolls hanya perlu pergi MYDIN, BHP, ECO, 7Eleven, KK Mart dan banyak lagi. Cari je kat sana . InsyaAllah ada.


Maklumat lanjut boleh layari:
FB : Upin Ipin
Twitter : Upin Ipin Official

No comments:

Post a Comment