Harga Tiket Kereta Api Bukit Bendera (Penang Hill) - eyzamiel

11.9.18

Harga Tiket Kereta Api Bukit Bendera (Penang Hill)


Eyza dah lama tak naik Bukit Bendera. Last Eyza naik masa tu masih lagi kereta api lama. Ala.. yang kena tukar kat tengah tu untuk naik ke atas. Serabut sangat masa tu. Mau x serabut, kereta api pertama dah sedap-sedap dapat tempat duduk. Tup-tup kat tengah-tengah kena tukar kereta api. Dah dapat sipi2 je tempat dalam tu. Terpaksa berebut pulak tu. 

Sekarang ni dah senang. Naik sekali je terus sampai atas. Laju pulak tu. Sedar-sedar je.. Eh, dah sampai. Hihihi.


Parking
Untuk parking, korang boleh park kat bangunan sebelah tepi Penang Hill ni je. Harga parking Eyza tak tau sebab masa Eyza pegi, parking tu penuh. So, Eyza park belakang Penang Hill. X jauh pun jalan cuma kena turun tangga la. Kat situ bayaran parking RM 5.

Harga Tiket Kereta Api
Eyza pun dah tak ingat harga tiket dulu. Tapi sekarang ni harga untuk dewasa RM 10 untuk tiket naik dan turun. Kiranya tiket sehala RM 5 la.

Tiket Murah
Eyza pun baru tau info ni. Rupanya kalau kita naik Bukit Bendera pukul 6.30 hingga pukul 9.00 pagi, harga tiket cuma RM 3.00 je. Dengar kata lepas Maghrib pun harga RM 3.00 jugak. Tapi harga ni kalau waktu hari kelepasan Am dengan cuti sekolah x dapat la. Datang awal pun still harga RM 10.


Ramai yang suggest naik atas sana waktu malam sebab lagi cantik. Boleh tengok lampu-lampu sekitar Penang. Tapi, Eyza tak gigih nak pi malam. Siang pun ok, cuma kalau tengahari tu panas sikit la.


Masa Eyza pergi hari tu waktu cuti sekolah dan bersambung dengan orang balik kampung Raya Haji. Manusia punya la ramai. Beratur beli tiket boleh tahan lagi sebab kalau datang 1 family, sorang je dibenarkan masuk untuk beli tiket. Dia just collect ic semua orang untuk beli tiket. So, tak de la sesak kat tempat tiket.


Tapi, dekat dalam waktu nak beratur naik kereta api memang azab sikit la. Ramai dan beratur panjang. Nasib baik la kereta api x lama je sampai.

Apa yang best atas Bukit Bendera


Eyza pun tak tahu nak cakap apa yang best. Tapi yang pastinya, kat atas tu boleh nampak pemandangan Penang. Nampak cantik la sebab nampak laut bagai.


Selain tu, atas tu juga ada port bergambar yang cantik-cantik.Ada muzium burung hantu, kunci macam kat Korea tu, Ada orang lukis potret dan macam-macam lagi la.



Atas tu juga ada kedai makan dan Ais Krim yang viral tu. Yang tu kena tunggu next entry ye. Nanti Eyza cerita.


No comments:

Post a Comment