Nak Sarapan Serabai dekat Astaka Taman Tun Sardon - eyzamiel

2.9.18

Nak Sarapan Serabai dekat Astaka Taman Tun Sardon

Nak Sarapan Serabai dekat Astaka Taman Tun Sardon|Eyza sebenarnya kan dah lama teringin nak makan Serabai dekat Astaka Taman Tun Sardon, Penang. Selalu kalau balik kampung, rasa malas je nak ke seberang Tanjung sana sebab selalu jammed.

Kebetulan pulak masa raya haji hari tu, Eyza kena hantar hubby ke Airport Penang sebab Hubby nak ke Sarawak. Eyza pun apa lagi, dah alang-alang ke sana Eyza pun singgah la kat Taman Tun Sardon ni. Niat hati memang la nak cari serabai, tapi kan... bukan rezeki la.. Kedai Serabai tutup. Hahaha. Adoi la.. Ye la.. orang cuti raya lagi.


Dah alang-alang sampai, kita sarapan jugak kat sini. Tak banyak pun kedai yang bukak. Tapi nasib baik kedai Nasi Lemuni bukak. Dapat la jugak Eyza rasa. 


Eyza beli Nasi Lemuni, Nasi Lemak, Roti Bakar telur goyang, Cream Puff, Milo Panas dan Teh o Panas.


Roti Bakar telur goyang dia kurang kick sikit. Tapi ok la.1 set ni RM 3.50


Cream Puff ni sedap jugak. Sebiji 60 sen.


Nasi Lemuni ni sedap. Rasa dia lain dari Nasi Lemak. Kalau datang sini jangan lupa try menu ni tau. Seyes best.


So, kalau uolls datang bercuti dekat Penang jangan lupa singgah sarapan kat sini. Ada pelbagai makanan dengan harga murah. Berbaloi la.

Waze : Astaka Taman Tun Sardon

2 comments: