Dutch Lady Breakfast Challenge | Sarapan Pagi dengan Susu Dutch Lady PureFarm pelbagai perisa - eyzamiel

3.11.18

Dutch Lady Breakfast Challenge | Sarapan Pagi dengan Susu Dutch Lady PureFarm pelbagai perisa


Eyza ni memang peminat tegar Susu Dutch Lady PureFarm. Tiap kali beli barang dapur, memang Eyza akan ambik stok susu. Penuhkan dalam peti ais. Senang nanti nak minum just ambik je dalam peti.

Baru-baru ni pulak, Dutch Lady ada anjurkan "Dutch Lady Breakfast Challenge". Sebagai peminat tegar susu jenama terkenal ni, dah tentu la Eyza excited nak join. Walaupun sebenarnya hari-hari Eyza akan sarapan segelas atau sekotak kecil Dutch Lady ni, tapi Eyza just masukkan sarapan selama 5 hari je la kat sosial media bagi menyahut cabaran Dutch Lady. Kang letak hari-hari kang ramai plak follower menyampah sebab nak expose sarapan seharian. Hihihi.

Eyza ni adalah peminat no. 1 Susu Dutch Lady ni. Dulu Eyza selalu je kejang kaki tapi sejak amalkan susu Dutch Lady PureFarm tiap kali sarapan, Alhamdulillah dah lama tak kena. Sebelum ni cukup takut kalau kena kejang ni sebab sakit sangat. Eyza kalau kena sampai menangis tau.

Antara khasiat susu yang buat Eyza suka minum ialah:

  • Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
  • Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif;
  • Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
  • Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
  • Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus

Ok, demi menyahut cabaran, ni Eyza share sarapan Eyza sepanjang 5 hari ni.

Hari Pertama
~ Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream + Mee Goreng Mamak ~


Untuk hari pertama ni, Eyza dapat surprise dari Dutch Lady. Happy wei. Tak perlu nak fikir dah nak sarapan apa pagi tu.

Baru ingat nak beli sarapan, sekali ada orang call kata nak hantar sarapan. Yang buat lagi teruja bila dapat Kotak Dutch Lady yang besar. Dalam tu ada Mee Goreng Mamak, 2 kotak Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk yang besar dan 2 cawan Dutch Lady yang memang ramai yang nak. Sampaikan bila Eyza letak dekat ig, ramai yang tanya macam mana nak dapat cawan tu.


Serius Mee Goreng tu sedap. Tambah-tambah bila digandingkan dengan Susu Dutch Lady PureFarm ni. Kenyang sampai petang dibuatnya. Memang berbaloi sangat.

Hari Kedua
~ Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream + Nasi Goreng Kampung ~


Hari kedua ni, Eyza gandingkan Susu Dutch Lady PureFarm Full Milk ni dengan Nasi Goreng Kampung. Memang terangkat. Tambah-tambah bila nasi goreng tu pedas. Minum dengan susu memang rasa ngam la.


Jangan tak tahu, Eyza bukan setakat sarapan segelas je susu tapi bergelas-gelas sebab susu ni sedap. Sehari je Eyza boleh habiskan sekotak besar susu Dutch Lady PureFarm ni.

Hari Ketiga
~ Susu Dutch Lady PureFarm Perisa Strawberry + Roti Wholemeal, Avocado, Telur Rebus, Mayonis dan Lada Putih + Buah Kiwi ~


Gigih tau pagi-pagi dah bangun siapkan sarapan untuk hari ketiga ni. Tapi, sarapan simple je la. Simple tapi sedap dan mengenyangkan.


Eyza ubah angin dengan sarapan Susu Berperisa Strawberry pulak untuk hari ketiga ni. Kena pulak tu gandingan sarapan ni. Rasa macam tak cukup pulak sebab sedap.

Hari Keempat
~ Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream + Roti Wholemeal, Hotdog, Scramble Egg dan Baked Bean ~


Breakfast like a king orang kata. Kali ni agak meriah sikit. Simple je nak buat. Bangun lewat pun sempat siapkan sarapan ni. 

Yang penting Susu Dutch Lady PureFarm kena sentiasa ada stok kat rumah atau kat opis. Tu yang penting.

Hari Kelima
~ Susu Dutch Lady PureFarm Perisa Coklat + Waffle Coklat ~


Ni pun gandingan sarapanyang simple tapi sedap. Eyza ni memang suka coklat. So, minum susu perisa coklat, Eyza pun padankan dengan Waffle Coklat jugak.Best.


Dah la murah sarapan ni. Untuk sarapan hari kelima ni harga x sampai pun RM 4.00. Memang berbaloi sangat.

Jom Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000!

Dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.

No comments:

Post a Comment