Happening Giler Hi-Tea dekat Atmosphere 360 Revolving Restaurant , Menara Kuala Lumpur - eyzamiel

12.11.18

Happening Giler Hi-Tea dekat Atmosphere 360 Revolving Restaurant , Menara Kuala Lumpur


Sabtu lepas, Eyza dengan kawan-kawan ofis pergi Hi-Tea dekat Menara Kuala Lumpur. First time tau Eyza sampai sini. Nama je dah stay KL 18 tahun, hari ni baru la dapat jejak. 


Alhamdulillah plan menjadi sebab tak ada yang tarik diri last minit. Saja la letak tema biru putih sebab nak bagi cantik dalam gambar. Best sebab semua sporting ikut tema.

Bila Eyza masukkan kat ig story, ramai yang dm tanya harga. Ok, untuk tiket aquarium + hi-tea sorang cuma RM 75.00. Bab pembelian tiket, kami serahkan dekat Fahmi sebab dia lagi arif. Kami bawak diri je pada hari kejadian.


Sampai je kat sana, kami kena pergi kaunter dulu untuk tukar baucer dengan tiket. Kami saja je datang awal sikit sebab nak masuk Aquarium kat sini. Rugi la kan dah beli pakej tapi tak masuk.


Tempat ni tak la besar mana pun. Kalau beli tiket asing semata-mata nak tengok ikan dalam ni, Eyza rasa rugi kut. Baik tak payah. Kami sebab dah beli, terjah je la.


Yang bestnya masa kami masuk tu tak ramai orang pun. Seronok la ambik gambar. Rasanya kalau pakai kamera kodak macam dulu-dulu sekajap je dah habis segulung. Hihihi.




Dah puas tengok ikan, kami naik balik kat atas sebab nak tukar tiket untuk naik Menara. Tapi, sebab baru pukul 3 petang tak boleh la naik. Hi-Tea start pukul 3.30 petang.Kami pun jalan-jalan sekitar situ je la sambil ambik gambar lagi.


Nasib baik la semua jenis yang gila bergambar. Tak ada la boring sementara nak tunggu. Tapi, perut tak payah cakap la. Macam-macam lagu ada. Sanggup tak nak makan heavy sebab nak makan kat sini.




Pukul 3.30 petang baru la kami boleh naik atas. Nak naik lif pun jenuh jugak sebab sesak. Terpaksa berhimpit-himpit. Nasib baik la lif dia cepat jugak. Tak terasa pun naik tinggi. Sedar-sedar dah sampai.


Sebelum dapat makan, kami berhenti dulu dekat skydeck untuk ambik gambar. Walau lapar, posing tetap posing. Nak naik lagi tak tahu bila kan. So, kita posing la puas-puas.



Sekejap je kami kat situ. Perut pun dah lapar. Jom la kita gi makan. Nak tunggu lif kat sini pun satu hal jugak. Orang ramai. Last-last kami naik tangga je. Nasib baik la setingkat je.Kalau x jenuh la. 




Tak sempat nak ambik gambar makanan banyak-banyak sebab orang dah serbu. Dah la chef dia tak friendly. Agak spoil kat situ la. Nasib baik adik yang waiter tu friendly dan layan je kitaorang. Terubat sikit geram kat chef tu. 


Kitaorang kalau boleh nak semeja semua 11 orang tu tapi x muat. Terpaksa la berpisah. Lelaki 1 meja, perempuan 1 meja. Takpe la. Janji dapat makan sama.


Yang bestnya bila makan kat sini ialah lepas je amik makanan, datang balik tengok meja ko dah kat hujung. Pastu bila dah pusing sampai x nampak makanan ko dah malas nak bangun amik sebab jauh. So, tak ada la pembaziran makanan di situ. Lagipun leh diet sebab ko malas nak jalan jauh amik makanan.


Lagi satu yang tak bestnya kat sini, kata Hi-Tea sampai pukul 5.30 tapi 5.10 tu waiter dah datang kutip sudu garfu ko macam dah tak bagi makan dah. Lauk pauk pun dah kemas-kemas sebab banyak dah habis. Agak ralat kat situ la. Tak sempat makan kek dan bubur jagung.





Ini je yang Eyza makan. Alhamdulillah kenyang. Tak dinafikan makanan kat sini sedap. Puas hati la.


Alhamdulillah, Hi-Tea ni best sebab semua sekepala dan gila-gila. Harap tahun depan buat lagi. Agak-agak nak pergi mana pulak ek tahun depan.

No comments:

Post a Comment