Pak John Steamboat tampilkan kelainan dengan adanya Smoked Duck - eyzamiel

14.11.18

Pak John Steamboat tampilkan kelainan dengan adanya Smoked Duck


Sape je yang tak suka makan kan? Eyza ni memang pencinta makanan, tambah-tambah kalau Steamboat & BBQ. Memang pantang tengok orang kata.

Selalu kalau kat KL ni Eyza suka makan Steamboat dekat Pak John Steamboat & Grill. 

Sebelum ni Eyza akan pergi kat Pak John E-Curve tapi sekarang ni dah ada cawangan yang lebih dekat dengan rumah Eyza iaitu Cawangan dekat IOI Putrajaya. Yeay.. Lepas ni kalau teringin nak makan Steamboat memang Eyza akan datang sini la.


Cawangan IOI Putrajaya ni baru je dibuka pada 28 Disember tahun lepas. Kiranya belum sampai setahun pun lagi.

Kat sini korang boleh pilih nak makan kat luar atau kat dalam. Kat luar berkonsepkan open air dan kat dalam ada aircond.


Masuk je dari Pintu depan tu, korang dah nampak makanan yang sedap-sedap. Ada macam-macam pilihan sampai rambang mata dibuatnya.


Eyza paling suka Daging yang diperap kat sini sebab tak liat langsung. Sedap pulak tu. Perapan semua masuk dalam daging. Bukan saja daging, ayam pun sedap. Kiranya perapan tu semua ngam la.


Seafood tak payah cerita la. Memang kegemaran Eyza. Ada sotong, Udang, Kepah, Pepahat,Ikan dan macam-macam la. Fresh pulak tu.


Pilihan sos pun banyak. Eyza paling suka sos pedas manis tu. Kalau tak cukup pedas, boleh tambah cili api ikut selera masing-masing.


Selain dari makanan untuk kita grill atau masukkan dalam kuah, ada jugak nasi goreng, mee goreng, cucur jagung, fishcake, jagung cawan dan macam-macam la. Sampai tak tahu nak makan yang mana.



Eyza jenis yang suka masukkan Maggi atau Udon dalam kuah Steamboat. Ha.. kat sini ada banyak jugak pilihan mee yang boleh kita pilih. Ramen pun ada tau.



Pencuci Mulut pun ada seleksi kek, buah-buahan, cendol, fruit coctail dan puding.


Selain tu, ada juga waffle dan ABC. Eyza suka makan waffke campur dengan Aiskrim. Ngam rasanya.


Penggemar Aiskrim macam Eyza mesti suka sebab kat sini pun ada aiskrim. Best betul. Siap kita boleh letak topping ikut kegemaran kita.


Untuk pilihan air, ada disediakan air berkarbonat, air tak berkarbonat, air panas dan yang paling penting air kosong dari Coway. Tekan je mana yang korang nak.


Dan... yang paling istimewa kat Steamboat ni dan Eyza rasa tak ada kat tempat lain ialah Smoked Duck. Wah. Eyza memang suka sangat sampaikan 4 mangkuk Eyza makan.

Selain dari Smoked Duck, ada juga Abalone Slice, Premium Beef dan Lamb Slice. Ni semua antara daging yang mahal jugak la. So, memang berbaloi kalau beli pakej Steamboat kat sini sebab boleh makan selagi mampu. Tak ada cas dah.Cuma janganlah membazir kan.


Dim Sum pun ada. Just bagitau je diaorang kat sana. Nanti diaorang akan bagi.


Asyik cerita pasal menu je kan. Jom kita tengok apa yang Eyza dengan Hubby makan.


Dah selalu sangat kami ambik kuah tomyam, kali ni kami nak try Sup Ayam. Sup Ayam dia mula-mula rasa plain je. Tapi bila kita dah masukkan seafood semua, terus kuah tu jadi sedap. Betul tak tipu. Try la. Cuma kuah tu tak pedas la. Kalau nak pedas boleh tambah cili api.


Kami ambik sikit-sikit je dulu sebab takut membazir. Eyza paling banyak ambik Smoked Duck dengan Premium Beef sampaikan Eyza langsung tak pergi bahagian menu yang lain. Nasib baik la hubby banyak ambik makanan lain, kalau x memang tak merasa la jawabnya.


Ha.. ni la 4 menu yang Eyza terpaling suka kat sini. Rugi tau kalau makan kat sini tapi tak try. 


Ada 5 pilihan sup kat sini iaitu Beef Bone Pepper Soup, Tomyam Soup, Curry Soup, Miso Soup dan Chicken Soup. Pilih je yang mana berkenan di hati.


Kat sini ada lebih kurang 160 pilihan makanan. Dan, kat sini jugak kita boleh reserved untuk Private Dinner, Full Moon, Birthday Party, Business Lunches, Company Annual Dinner dan Wedding Party.

Buat yang tertanya-tanya harga. Ni Eyza sertakan senarai harga macam kat bawah ni. Memang berbaloi sangat.


Maklumat lanjut:
Cawangan IOI City Mall
GE-11, Ground Floor,
IOI City Mall6 , 62502 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Cawangan E-Curve
Lot LG-13A & LG-15,
E-Curve Mall, No. 2A,
Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47820 Petaling Jaya, Selangor.

Website : www.pakjohn.com
Facebook : www.facebook.com/pakjohn.ytf
Instagram : www.instagram.com/pakjohnsteamboatbbq

No comments:

Post a Comment