December 2018 - eyzamiel

26.12.18

Berzakat makin mudah dengan Perbankan Online

Wednesday, December 26, 2018 8
Berzakat makin mudah dengan Perbankan Online

Dalam Rezeki kita ada juga rezeki orang lain. Sebagai seorang Umat Islam, kita diwajibkan membayar zakat jika kita mampu. Tak kisah la sama ada zakat pendapatan atau Zakat Harta. Takkan jatuh miskin pun kalau kita tunaikan Zakat ni. Malah makin bertambah-tambah rezeki kita nanti.

Sekarang ni nak bayar zakat pun dah makin mudah. Melalui online pun boleh. Dah tak perlu nak ke Pusat Zakat.


3000 PEMBAYAR ZAKAT TERAWAL MELALUI PERBANKAN INTERNET BERPELUANG MENDAPAT DVD MP3 KOLEKSI HIMPUNAN CERAMAH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN.
========================

Bermula bilakah pembayar yang terawal tu❓

✴Bermula pada 14 Disember (Jumaat) hingga 28 Disember 2018 (Jumaat)

Pembayaran zakat melalui Perbankan Internet boleh dilakukan oleh pemegang akaun bank seperti berikut:

1. www.maybank2u.com.my 
2. www.bankislam.com.my
3. www.ambank.com.my
4. www.cimbclicks.com.my
5. www.pbebank.com
6. www.rhb.com.my 
7. www.ocbc.com.my
8. www.hsbc.com.my 
9. www.posonline.com.my 
10. www.hlisb.com.my 
11. www.irakyat.com.my 
12. www.affinonline.com
13. www.i-muamalat.com.my
14. www.agronet.com.my
15. www.mybsn.com.my
16. www.myeg.com.my

Selamat Berzakat๐Ÿ˜Š

"Hidup Menjadi Super Indah Dengan Berzakat"
_______________________________

Tunaikan zakat demi kehidupan sekeluarga yang lebih berkat.

๐Ÿ“Œ Tunaikan zakat harta & pendapatan anda sebelum 31 Disember ini untuk mendapat rebat cukai sehingga 100%.

Info lanjut hubungi : ☎️1300885757

#ppzmaiwp 
#yearendzakat 
#zakatakhirtahun


25.12.18

Pore Purifying Serum Cleanser dari Althea ni memudahkan kita menanggalkan mekap

Tuesday, December 25, 2018 0
Pore Purifying Serum Cleanser dari Althea ni memudahkan kita menanggalkan mekap

Ok, hari tu aku ada cerita pasal Stay Fresh Body Sparkling Mist kerjasama antara Althea dan Artis Indonesia terkenal iaitu Titi Kamal. Baca kat sini.

Ok, sebenarnya bukan tu je produk terbaru dari Althea. Ada satu lagi yang tak kurang bestnya.


Bagi wanita bekerja macam aku ni, kalau boleh semua nak cepat. Kalau dekat pejabat tu, time nak sembahyang jenuh nak sental muka utk hilangkan mekap.

Dengan adanya Pore Purifying Serum Cleanser ni senang sangat. Bawak sebotol ni je selesai masalah. Boleh mencuci mekap sambil segarkan muka sekali sebab ianya boleh jugak jadi serum untuk muka. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit.


Cara nak guna :

Cara Pertama 
- Tuangkan sikit dekat tapak tangan, urut muka perlahan-lahan dalam 5-10 saat dan bilas muka.

Cara kedua (cara guna kalau dekat opis) 
 - Ambik kapas muka, tuangkan dan sapu perlahan-lahan dekat muka. Bagi tanggal mekap semua dan bilas.


Bahan-Bahan:

Mint Leaf Extract
- Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan.

Jojoba Seed Oil
- Melembapkan kulit yang kering

Tea Tree Leaf Extract
- Bertindak sebagai antibakteria


Aku memang recommend produk ni untuk memudahkan korang. Sebotol 150 ml cuma berharga RM 33.00.

Boleh beli di laman web Althea. Klik sini

#AltheaSerumCleanser
#AltheaAngels
#AltheaKorea

23.12.18

Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal

Sunday, December 23, 2018 1
Stay Fresh Body Sparkling Mist Althea X Titi Kamal

Nape la Althea ni suka keluarkan produk yang best-best. Aku rasa tak keruan kalau tak masuk web Althea tu. Ada je benda aku nak cuci mata. Tapi, kalau dah cuci mata takkan la tak cuci poket sekali kan. Ha.. camtu la aku.

Tambah-tambah pulak sekarang ni Althea ada produk baru yang diaorang buat kolaborasi dengan Artis Indonesia yang tekenal iaitu Titi Kamal. Stay Fresh Body Sparkling ni memang best.

Aku memang dah lama nak beli Body Mist dekat Althea tu. Tapi takut bau tak sedap. Tapi bila ada je haruman kerjasama antara Althea dan Titi Kamal ni, aku terus teruja nak try. Haruman ni adalah pilihan dari Titi Kamal sendiri sebab dia suka bau yang manis dan segar macam aku.


Body Mist ni tak melekit dan mempunyai esktrak gabungan bunga dan buah-buahan. 



Bahan utama yang terdapat dalam Stay Fresh Body Sparkling ni ialah :

๐ŸŽ€ Damask Rose Water
- Kulit terhidrat dan memberikan aroma yang cukup lembut.

๐ŸŽ€ Sweet Orange Oil
- Bau yang cukup menyegarkan

๐ŸŽ€ Elder Flower Extract
- Selain memberikan bau yang feminin, ianya juga turut menyejukkan dan melegakan kulit.


Cara nak guna pun mudah je. Lepas je mandi, korang boleh semburkan dekat badan untuk dapat kesegaran berpanjangan.



So,sebelum keluar rumah jangan lupa ye sembur dulu dengan Stay Fresh Body Sparkling ni.


Dapatkan sebotol Stay Fresh Body Sparkling Mist (100 ml) dengan harga RM 35.00 sahaja di laman web rasmi ALTHEA . Klik sini untuk shopping hari ini juga! 

#TitixAltheaKorea 
#AltheaAngels
#AltheaKorea.

17.12.18

Rahsia Kecantikan Janna Nick dengan Colla-Plus 3

Monday, December 17, 2018 1
Rahsia Kecantikan Janna Nick dengan Colla-Plus 3

Korang suka tak minum Beauty Drink? Apa favourite Beauty Drink korang? Ha.. baru-baru ni Eyza sempat la ke Meet & Greet bersama Duta NH Colla-Plus 3 ni dekat IOI Mall Putrajaya iaitu Janna Nick.


Patut la Janna ni makin lama makin cantik, rupanya dia amalkan minum NH Colla-Plus 3 ni.


NH Colla Plus 3 ni adalah minuman kecantikan yang ada Yis Seramida dan ekstrak zaitin untuk beri perubahan kulit yang menakjubkan dengan berkesan dan pantas.


Minuman ni sesuai untuk lelaki dan wanita dengan semua jenis kulit. Taknkira umur berapa, semua boleh amalkan minum NH Colla Plus 3.


Dalam sekotak ni ada 6 botol.  Boleh diambil dengan cara berikut:

Hari pertama hingga ke 6:
Ambil satu botol setiap selang sehari

Hari ke 7:
Ambil satu botol setiap selang sehari



NH Colla-Plus 3 boleh didapati di semua outlet Watsons seluruh negara.

14.12.18

10 Barangan Kecantikan yang Wajib beli dari Althea Korea

Friday, December 14, 2018 0
10 Barangan Kecantikan yang Wajib beli dari Althea Korea

Eyza ni suka sangat shopping barangan kecantikan dekat Web Althea Korea. Macam-macam ada kat situ. Tak payah la nak ke shopping mall lagi. Bukak je web, pilih dan bayar. Dah la dengan pembelian RM 99 ke atas dapat free postage. Berbaloi sangat. Lagipun dekat Althea ada banyak jenama dalam satu laman web. Walaupun penghantaran dari Korea, tapi cepat tau sampai dekat Malaysia ni.

Ni pun Eyza dah target nak beli 10 barang dari Althea. Tunggu bonus masuk la. Aci tak? Padahal, tak perlu pun tunggu bonus sebab barang kat Althea ni semua murah je pun. Erm.. korang nak tengok tak apa yang Eyza teringin sangat nak beli? Jap ek..Eyza listkan satu-satu. Lagipun , Eyza boleh buat rujukan balik nanti kalau Eyza terlupa apa nak beli. Senang kan?

1. Bling Bling Eye Stick (1.4 g) - RM 18.00
Jenama : Etude House


Serius Eyza suka dengan semua kaler Bling Bling Eye Stick ni. Rasa macam nak beli semua kaler. Kaler dah la jenis terang dan cantik. Eyza memang suka jenis stick ni sebab senang nak bawak. Masuk dalam handbag je pun boleh.




Ada 9 warna yang kita boleh pilih. Satu ni baru berharga RM 18.00. Murah kan? Jenama lain harga mahal giler kut. Rasa-rasa patut tak beli semua warna. Dah la kaler semua long lasting. Wajib sambar ni.


2. Black Kill Pore Cleaner (30ml) - RM 57.00
Jenama : W.Lab


Eyza ni jenis yang banyak Blackhead sebab tu la Eyza nak sangat Black Kill Pore Cleaner. Nak guna pun senang sebab dah siap ada berus sekali. Kita just sapu je kat muka. Produk ni sesuai dengan muka yang banyak Blackhead, Whitehead dengan Sebum. Memang bersih la.


Dalam masa seminit je semua kotoran kita dapat hilangkan kat muka. Berbaloi sangat. Harga Black Kill ni cuma RM 57.00. Tahan lama pulak tu. Memang berbaloi la beli.



3. Milk Peel Cream Mask (50ml) - RM 36.00
Jenama : Althea


Eyza palingg In Love dengan Milk Peel Cream Mask dari Althea Korea ni. Best sangat. Eyza dah pakai dan memang puas hati. Dah la wangi, lepas tu muka jadi lembut je. Mask ni sesuai dengan semua jenis kulit dan bila kita gosokkan dekat muka, ia akan buat kulit mati tanggal.


Dalam Mask ni ada protein susu untuk buat kulit jadi lembut dan berseri. Memang berbaloi la beli ni. Nak pakai pun senang je. Just picit, sapukan kat muka. Biar sekejap. Kalau rajin sental la sikit muka tu, kalau tak terus je cuci dengan air suam. Eyza jamin muka korang jadi lembut je nanti. Bau pun best.


4. Jewelry Base Sapphire (55ml) - RM 62.00
Jenama : W.Lab


Eyza nak beli ni sebab untuk buat jadi make up base. Kiranya ni macam Moisturizer la. Sebelum apply make up kita sapu dulu muka dengan Jewelry Base Sapphire untuk buat kulit lenih moist dan mekap pun cantik.


Warna biru ni sesuai untuk yang kulit kering dan kulit yang berpori besar. Eyza memang target nak beli ni sebab boleh buat muka glow.


5. Lucent Star Cushion  (12g/3g/3g) - RM89.00
Jenama : RIRE


Eyza suka Lucent Star Cushion ni sebab lengkap. Kalau pergi travel, bawak ni satu je dah cukup sebab dalam set tu ada Cushion Foundation, Dual Lip and Cheek Pact. Ha.. senang kan. Guna je set tu.


Memang set ni ada dalam wish list dah. Sebab kaler pun cantik. Packaging pun kiut. Nak sangat-sangat la orang kata. Harap-harap gaji nanti masa ada lagi.


6. Orchid Eye Cream  (30 ml) - RM90.00
Jenama : Innisfree


Almaklum la bila umur dah 3 series ni mmg akan nampak kedut-kedut sikit kat mata. Ha.. sebab tu la Eyza nak sangat Innisfree Jeju Orchid Eye Cream ni sebab ianya anti aging. Produk ni dapat jaga sekeliling mata supaya lembap dan sihat.

7. Honey Coverlet Stick Extreme (3.5 g) - RM60.00
Jenama : Moonshot

Serius kalau korang tengok kaler-kaler Honey Coverlet Stick Extreme ni memang akan jatuh cinta. Rambang mata. Semua kaler cantik. Ada kaleer Nude, Pink dan Merah. Ada 7 warna yang boleh kita pilih. Walaupun ianya Matte, tapi tak keringkan bibir.

8. CP-1 Raspberry Hair Vinegar (500 ml) - RM31.00
Jenama : CP-1


Rambut Eyza ni agak kering dan kasar. Eyza teringin sangat nak try CP-1 Raspberry Hair Vinegar . Sebab Eyza baca ramai yang cakap ok. Nak oakai pun sennag je. Lepas shampoo rambut, sapu je Hair Vinegar ni. Kiranya ni macam serum rambut la.

9. Pore Sonic Cleanser (White) - RM88.00
Jenama : Pobling


Pore Sonic Cleanser (White) ni pun wajib beli sebab bila kita just basuh macam tu je muka memang tak bersih. Kalau ada Pore Sonic Cleanser ni, ianya dapat cuci sampai ke dalam sebab ada 1000 ayunan sonik seminit. Muka pun jadi bersih dan lembut je sebab dapat membersih sampai ke liang roma yang tersumbat.

10. Freshly Juice Vitamin Drop (35ml) - RM102.00
Jenama : Dear, Klairs


Eyza ni memang penggemar Serum. Lepas je pakai toner, Serum adalah benda wajib yang Eyza akan pakai. Sebab tu la Eyza suka Freshly Juice Vitamin Drop ni sebab ada vitamin C untuk cerah dan buat muka berseri.

Banyak tau produk best kat Althea ni. Tak cukup kalau nak cerita kat entry ni je. Kalau tak percaya, korang pergi terjah Web Althea. Untuk korang yang pertama kali nak beli dekat sini, korang boleh dapat 20% diskaun dengan klik kat sini: SIGN UP ALTHEA . Jimat berbaloi.


8.12.18

Althea Milk Peel Cream Mask Review

Saturday, December 08, 2018 1
Althea Milk Peel Cream Mask Review

Sejak kebelakangan ni Eyza tak berapa sihat. Entry blog pun banyak yang tertangguh. Alhamdulillah, hari ni macam dah ok sikit. Dah sihat ni, semangat nak update datang balik. Eyza nak cerita pasal Mask yang dah buat Eyza jatuh cinta.

Eyza ni memang peminat mask. Sebelum ni Eyza banyak guna mask yang jenis Clay atau Peel-Off. Ok, kali ni Eyza try Milk Peel Cream Mask terbaru dari Althea Korea.

Eyza dah lama jugak guna produk yang Eyza beli dari Althea, tapi ni first time nak try mask jenis berbuih. Ha.. Eyza mula-mula pun macam tak percaya jugak. Tapi bila dah try, best sangat rasa.


Tekstur Mask ni jenis Cream. Warna putih dan mengandungi Ekstrak protein Susu ( Melembut dan melembapkan kulit) , AHA & BHA (membantu untuk pengelupasan bagi membuang sel kulit mati) dan Kaolin (menyahtoksin dan menarik keluar kotoran).


Cara nak guna:
1. Lembapkan muka
2. Sapu Mask nipis ke muka
3. Lepas tu, mask ni akan bertukar jadi buih-buih kecik. Urut muka pelan-pelan.
4. Biarkan mask selama 1-2 minit
5. Cuci Muka dengan air suam

Boleh tengok video unboxing dan cara guna mask ni kat bawah.



Bau Mask ni wangi sebab ada susu kan. Bau macam baby pun ada. Lepas dah cuci muka pun, still bau tu ada.


Eyza suka pakai mask ni seminggu 2,3 kali. Suka pegang muka bila dah cuci. Rasa best je.. Muka pun lembut.


Mask ni sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT terutamanya kulit kombinasi. Sesuai juga yang ada pori terbuka dan kulit kasar.


Packaging pun cantik dan kemas. Satu botol 50 ml ni cuma berharga RM 36.00 je. Berbaloi sangat sebab tahan lama. Tak perlu pakai hari-hari.


Untuk pembelian, boleh layari https://my.althea.kr/ .