10 Barangan Kecantikan yang Wajib beli dari Althea Korea - eyzamiel

14.12.18

10 Barangan Kecantikan yang Wajib beli dari Althea Korea


Eyza ni suka sangat shopping barangan kecantikan dekat Web Althea Korea. Macam-macam ada kat situ. Tak payah la nak ke shopping mall lagi. Bukak je web, pilih dan bayar. Dah la dengan pembelian RM 99 ke atas dapat free postage. Berbaloi sangat. Lagipun dekat Althea ada banyak jenama dalam satu laman web. Walaupun penghantaran dari Korea, tapi cepat tau sampai dekat Malaysia ni.

Ni pun Eyza dah target nak beli 10 barang dari Althea. Tunggu bonus masuk la. Aci tak? Padahal, tak perlu pun tunggu bonus sebab barang kat Althea ni semua murah je pun. Erm.. korang nak tengok tak apa yang Eyza teringin sangat nak beli? Jap ek..Eyza listkan satu-satu. Lagipun , Eyza boleh buat rujukan balik nanti kalau Eyza terlupa apa nak beli. Senang kan?

1. Bling Bling Eye Stick (1.4 g) - RM 18.00
Jenama : Etude House


Serius Eyza suka dengan semua kaler Bling Bling Eye Stick ni. Rasa macam nak beli semua kaler. Kaler dah la jenis terang dan cantik. Eyza memang suka jenis stick ni sebab senang nak bawak. Masuk dalam handbag je pun boleh.




Ada 9 warna yang kita boleh pilih. Satu ni baru berharga RM 18.00. Murah kan? Jenama lain harga mahal giler kut. Rasa-rasa patut tak beli semua warna. Dah la kaler semua long lasting. Wajib sambar ni.


2. Black Kill Pore Cleaner (30ml) - RM 57.00
Jenama : W.Lab


Eyza ni jenis yang banyak Blackhead sebab tu la Eyza nak sangat Black Kill Pore Cleaner. Nak guna pun senang sebab dah siap ada berus sekali. Kita just sapu je kat muka. Produk ni sesuai dengan muka yang banyak Blackhead, Whitehead dengan Sebum. Memang bersih la.


Dalam masa seminit je semua kotoran kita dapat hilangkan kat muka. Berbaloi sangat. Harga Black Kill ni cuma RM 57.00. Tahan lama pulak tu. Memang berbaloi la beli.



3. Milk Peel Cream Mask (50ml) - RM 36.00
Jenama : Althea


Eyza palingg In Love dengan Milk Peel Cream Mask dari Althea Korea ni. Best sangat. Eyza dah pakai dan memang puas hati. Dah la wangi, lepas tu muka jadi lembut je. Mask ni sesuai dengan semua jenis kulit dan bila kita gosokkan dekat muka, ia akan buat kulit mati tanggal.


Dalam Mask ni ada protein susu untuk buat kulit jadi lembut dan berseri. Memang berbaloi la beli ni. Nak pakai pun senang je. Just picit, sapukan kat muka. Biar sekejap. Kalau rajin sental la sikit muka tu, kalau tak terus je cuci dengan air suam. Eyza jamin muka korang jadi lembut je nanti. Bau pun best.


4. Jewelry Base Sapphire (55ml) - RM 62.00
Jenama : W.Lab


Eyza nak beli ni sebab untuk buat jadi make up base. Kiranya ni macam Moisturizer la. Sebelum apply make up kita sapu dulu muka dengan Jewelry Base Sapphire untuk buat kulit lenih moist dan mekap pun cantik.


Warna biru ni sesuai untuk yang kulit kering dan kulit yang berpori besar. Eyza memang target nak beli ni sebab boleh buat muka glow.


5. Lucent Star Cushion  (12g/3g/3g) - RM89.00
Jenama : RIRE


Eyza suka Lucent Star Cushion ni sebab lengkap. Kalau pergi travel, bawak ni satu je dah cukup sebab dalam set tu ada Cushion Foundation, Dual Lip and Cheek Pact. Ha.. senang kan. Guna je set tu.


Memang set ni ada dalam wish list dah. Sebab kaler pun cantik. Packaging pun kiut. Nak sangat-sangat la orang kata. Harap-harap gaji nanti masa ada lagi.


6. Orchid Eye Cream  (30 ml) - RM90.00
Jenama : Innisfree


Almaklum la bila umur dah 3 series ni mmg akan nampak kedut-kedut sikit kat mata. Ha.. sebab tu la Eyza nak sangat Innisfree Jeju Orchid Eye Cream ni sebab ianya anti aging. Produk ni dapat jaga sekeliling mata supaya lembap dan sihat.

7. Honey Coverlet Stick Extreme (3.5 g) - RM60.00
Jenama : Moonshot

Serius kalau korang tengok kaler-kaler Honey Coverlet Stick Extreme ni memang akan jatuh cinta. Rambang mata. Semua kaler cantik. Ada kaleer Nude, Pink dan Merah. Ada 7 warna yang boleh kita pilih. Walaupun ianya Matte, tapi tak keringkan bibir.

8. CP-1 Raspberry Hair Vinegar (500 ml) - RM31.00
Jenama : CP-1


Rambut Eyza ni agak kering dan kasar. Eyza teringin sangat nak try CP-1 Raspberry Hair Vinegar . Sebab Eyza baca ramai yang cakap ok. Nak oakai pun sennag je. Lepas shampoo rambut, sapu je Hair Vinegar ni. Kiranya ni macam serum rambut la.

9. Pore Sonic Cleanser (White) - RM88.00
Jenama : Pobling


Pore Sonic Cleanser (White) ni pun wajib beli sebab bila kita just basuh macam tu je muka memang tak bersih. Kalau ada Pore Sonic Cleanser ni, ianya dapat cuci sampai ke dalam sebab ada 1000 ayunan sonik seminit. Muka pun jadi bersih dan lembut je sebab dapat membersih sampai ke liang roma yang tersumbat.

10. Freshly Juice Vitamin Drop (35ml) - RM102.00
Jenama : Dear, Klairs


Eyza ni memang penggemar Serum. Lepas je pakai toner, Serum adalah benda wajib yang Eyza akan pakai. Sebab tu la Eyza suka Freshly Juice Vitamin Drop ni sebab ada vitamin C untuk cerah dan buat muka berseri.

Banyak tau produk best kat Althea ni. Tak cukup kalau nak cerita kat entry ni je. Kalau tak percaya, korang pergi terjah Web Althea. Untuk korang yang pertama kali nak beli dekat sini, korang boleh dapat 20% diskaun dengan klik kat sini: SIGN UP ALTHEA . Jimat berbaloi.


No comments:

Post a Comment