Althea Milk Peel Cream Mask Review - eyzamiel

8.12.18

Althea Milk Peel Cream Mask Review


Sejak kebelakangan ni Eyza tak berapa sihat. Entry blog pun banyak yang tertangguh. Alhamdulillah, hari ni macam dah ok sikit. Dah sihat ni, semangat nak update datang balik. Eyza nak cerita pasal Mask yang dah buat Eyza jatuh cinta.

Eyza ni memang peminat mask. Sebelum ni Eyza banyak guna mask yang jenis Clay atau Peel-Off. Ok, kali ni Eyza try Milk Peel Cream Mask terbaru dari Althea Korea.

Eyza dah lama jugak guna produk yang Eyza beli dari Althea, tapi ni first time nak try mask jenis berbuih. Ha.. Eyza mula-mula pun macam tak percaya jugak. Tapi bila dah try, best sangat rasa.


Tekstur Mask ni jenis Cream. Warna putih dan mengandungi Ekstrak protein Susu ( Melembut dan melembapkan kulit) , AHA & BHA (membantu untuk pengelupasan bagi membuang sel kulit mati) dan Kaolin (menyahtoksin dan menarik keluar kotoran).


Cara nak guna:
1. Lembapkan muka
2. Sapu Mask nipis ke muka
3. Lepas tu, mask ni akan bertukar jadi buih-buih kecik. Urut muka pelan-pelan.
4. Biarkan mask selama 1-2 minit
5. Cuci Muka dengan air suam

Boleh tengok video unboxing dan cara guna mask ni kat bawah.



Bau Mask ni wangi sebab ada susu kan. Bau macam baby pun ada. Lepas dah cuci muka pun, still bau tu ada.


Eyza suka pakai mask ni seminggu 2,3 kali. Suka pegang muka bila dah cuci. Rasa best je.. Muka pun lembut.


Mask ni sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT terutamanya kulit kombinasi. Sesuai juga yang ada pori terbuka dan kulit kasar.


Packaging pun cantik dan kemas. Satu botol 50 ml ni cuma berharga RM 36.00 je. Berbaloi sangat sebab tahan lama. Tak perlu pakai hari-hari.


Untuk pembelian, boleh layari https://my.althea.kr/ .

No comments:

Post a Comment