Pore Purifying Serum Cleanser dari Althea ni memudahkan kita menanggalkan mekap - eyzamiel

25.12.18

Pore Purifying Serum Cleanser dari Althea ni memudahkan kita menanggalkan mekap


Ok, hari tu aku ada cerita pasal Stay Fresh Body Sparkling Mist kerjasama antara Althea dan Artis Indonesia terkenal iaitu Titi Kamal. Baca kat sini.

Ok, sebenarnya bukan tu je produk terbaru dari Althea. Ada satu lagi yang tak kurang bestnya.


Bagi wanita bekerja macam aku ni, kalau boleh semua nak cepat. Kalau dekat pejabat tu, time nak sembahyang jenuh nak sental muka utk hilangkan mekap.

Dengan adanya Pore Purifying Serum Cleanser ni senang sangat. Bawak sebotol ni je selesai masalah. Boleh mencuci mekap sambil segarkan muka sekali sebab ianya boleh jugak jadi serum untuk muka. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit.


Cara nak guna :

Cara Pertama 
- Tuangkan sikit dekat tapak tangan, urut muka perlahan-lahan dalam 5-10 saat dan bilas muka.

Cara kedua (cara guna kalau dekat opis) 
 - Ambik kapas muka, tuangkan dan sapu perlahan-lahan dekat muka. Bagi tanggal mekap semua dan bilas.


Bahan-Bahan:

Mint Leaf Extract
- Menyejukkan kulit dan menenangkan kerengsaan.

Jojoba Seed Oil
- Melembapkan kulit yang kering

Tea Tree Leaf Extract
- Bertindak sebagai antibakteria


Aku memang recommend produk ni untuk memudahkan korang. Sebotol 150 ml cuma berharga RM 33.00.

Boleh beli di laman web Althea. Klik sini

#AltheaSerumCleanser
#AltheaAngels
#AltheaKorea

No comments:

Post a Comment