2019 - eyzamiel

14.7.19

Rangkaian Premium Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu

Sunday, July 14, 2019 0
Rangkaian Premium Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu

Kita ni sebagai perempuan, banyak yang nak kena jaga. Bukan setakat muka, tapi bahagian intim tu lagi la kena jaga.

Sebab tu la Eyza guna rangkaian premium Pembersih Wanita SUMBER AYU - Produk pembersih kewanitaan HALAL dengan kombinasi pelbagai manfaat bahan semulajadi untuk kebaikan bahagian intim wanita yang selamat, dibuktikan secara klinikal dan dermatologi mempunyai keseimbangan pH yanh sesuai untuk bahagian intim wanita yang sensitif.

Pembersih Wanita Sumber Ayu Kayu Rapet & Manjakani ni ada 3 jenis iaitu:

Ramuan Kayu Rapet Manjakani
- Manfaat rumusan Kayu Rapet Manjakani dan Daun Sireh yang boleh merapatkan dan meningkatkan kelembutan kulit.

Pearly White Triple Whitening Extracts
- Menggabungkan 3 manfaat pencerahan Licorie, susu dan sengkuang yang memberikan pencerahan optimum yang memelihara, melembutkan dan mencerahkan tona kulit terutama di pangkal peha.

Whitening Extract Kayu Rapet & Manjakani
- Peluh dan geseran berlebihan daripada pakaian yang ketat boleh menggelapkan kulit di sekitar bahagian intim. Ianya dapat kembalikan keyakinan dengan manfaat pencerahan ekstrak susu dan sengkuang.


Cara guna : Buihkan Pembersihan Wanita Sari Ayu pada tapak tangan dengan seikit air. Basuh bahagian intim anda, bilas sehingga bersih.


Rangkaian Pembersih Wanita SUMBER AYU dengan penambahbaikan formula serta tekstur yang lebih lembut dan pekat ini boleh didapati dengan harga mampu milik dari RM 9.20-RM 14.60.

Maklumat lanjut boleh layari :


7.7.19

Sedapnya Cakoi Cheese Caramel dari Maru Maru Cakoi Chezze

Sunday, July 07, 2019 0
Sedapnya Cakoi Cheese Caramel dari Maru Maru Cakoi Chezze

Sape yang kenal Eyza mesti tau yang Eyza ni penggemar tegar Cheese. Semalam Eyza lalu tasik Permaisuri dekat Cheras tu.. Pastu nampak la ada org jual Cakoi Cheese. Sebagai peminat cheese haruslah kita singgah kan. 

Ada banyak jugak pilihan. Eyza ambik Cakoi Cheese Caramel mix dengan Chocolate.


Tengok la limpahan cheese, karamel dengan coklat tu. Memang x kedekut. Tapi antara caramel dengan coklat, Eyza terpaling suka caramel sebab ada rasa masin-masin sikit.


Harga pun bagi Eyza sangat berbaloi dengan apa yg kita dapat. Cuma RM 5.50 je. Boleh share 2,3 orang ni sebab portion dia banyak.


Kalau korg nak jugak, boleh cari kat tepi jalan berhadapan tasik permaisuri. Dekat Sekolah Sains Alam Shah tu. Tapi sekarang ni, diaorg just jual Sabtu Ahad je sebab kekurangan pekerja. Kalau ada yang berminat nak kerja pun boleh contact diaorg. Boleh tgk no contact dekat kad kat atas ni. 

Benda sedap harus la kena share kan.  Selamat mencuba uolls.

5.7.19

Banyaknya Offer sempena pembukaan LuLu Hypermarket di 1Shamelin Mall, Cheras

Friday, July 05, 2019 0
Banyaknya Offer sempena pembukaan LuLu Hypermarket di 1Shamelin Mall, Cheras

Berita baik ni untuk orang-orang Cheras. Tambah-tambah untuk Eyza la yang gemar sangat beli barang dapur dekat LuLu Hypermarket. Lepas ni Eyza dah tak perlu pergi LuLu dekat KL tu sebab diaorg dah bukak dekat 1Shamelin Mall Cheras pada 1 Julai hari tu.

Masa pembukaan tu, banyak giler offer. Rambang mata tengok semua barang-barang murah kat sana.


Pembukaan LuLu Hypermarket  & Department Store di Tingkat LG 1Shamelin Mall Cheras ni dapat bagi peluang dekat masyarakat setempat untuk dapatkan barangan harian dengan harga yang sangat berpatutan.

Pasaraya yang berpengkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ni dibina di atas tapak seluas 80,000 kaki persegi dan merupakan cawangan kedua yang dibuka di Malaysia dan sekaligus menjadikan cawangan ini yang ke 174 di dunia.


Maknanya sebelum ni pasaraya ni memang dah terkenal dan ada di seluruh dunia. Kita kat KL ni bertuah sebab dah ada 2 cawangan LuLu Hypermarket kat Malaysia ni.


Perasmian Cawangan terbaru ni disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Bersempena dengan pembukaan cawangan terbaru LuLu di Cheras ni, satu jualan murah telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula 1 Julai sehingga 4 Julai 2019. Banyak barangan yang dijual cukup murah dari harga pasaran.

Pengerusi LuLu Group, Yusuff Ali berkata, Pembukaan cawangan baru adalah sebahagian daripada rancangan peluasan syarikat dan akan membuka lagi 4 cawangan iaitu di Setia City Mall, Bangi Gateway, Bachang, Melaka dan juga di Johor Bahru sebelum berakhirnya tahun 2020.


Masa pembukaan tu, LuLu Hypermarket jual ayam dengan harga RM 2.99 sekilo. Murah sangat-sangat. Tak dapat tau kat tempat lain.

Selain ayam, ada juga dijual ikan, daging, sotong dan udang. Eyza kalau pergi sana, paling sula shopping ikan Bawal Emas. Sedap tau buat masak Kengsom.


Dekat sini bukan saja ada jual barangan basah dan makanan laut, tapi juga ada groceries, barangan tenusu, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan kering, fashion, elektrik, elektronik, alat tulis, alatan sukan, kasut, luggage dan macam-macam lagi.




Tengok la harga beras ni. Murah sangat-sangat. Telur pun sepapan baru RM 5.99. Ramai yang tak nak terlepas beli barang-barang ni.





Sakan betul pengunjung yang datang shopping dan tak nak terlepas peluang grab barangan promosi dan murah.



Dibahagian baju pulak, ada sale sehingga 50% untuk selected item. Boleh la shopping raya haji dekat sini. Berbaloi sebab banyak diskaun.






Yang paling bestnya bila ada antara pengunjung bertuah dapat beli tv 40" dengan harga RM 699 je. Murah amat tu. Untung sangat.


Untuk penggemar manisan Arab macam Baklava tu, boleh la datang beli kat sini. Ada pelbagai jenis yang kita boleh pilih. 



So, sekarang ni Eyza dah dapat tempat shopping yang baru. Lepas ni, memang kat sini la tempat untuk Eyza cari barangan keperluan. Semua ada dibawah 1 bumbung. Mudah dan jimatkan wang serta masa.

Maklumat lanjut:

Alamat :
LuLu Hypermarket & Department Store
1Shamelin Mall
Taman Shamelin Perkasa
Kuala Lumpur

Website:

Facebook:

Instagram:


Dashing keluarkan 1st Semburan Deodoran + Wangian Badan Untuk Lelaki

Friday, July 05, 2019 0
Dashing keluarkan 1st Semburan Deodoran + Wangian Badan Untuk Lelaki

Eyza suka kalau Hubby wangi-wangi. Rasa tak puas nak cium. Hihihi. Tapi dulu kena beli deodoran 1, pewangi 1. Kiranya 2 item la kan. Sekarang ni dah tak perlu nak beli sampai 2 sebab Dashing dah keluarkan 1st Semburan Deodoran + Wangian Badan untuk lelaki dalam 1 botol je. Senang sangat. Just beli 1 item dapat 2 kegunaan.

Guna 2 produk untuk bau yang hebat selalunya mencabar tau. Mencabar sebab susah nak cari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Dah la minyak wangi sekarang ni mahal, sebab tu sesetengah lelaki just guna 1 produk je iaitu deodoran sebab janji dapat hilangkan bau badan. Tapi, kekadang deodoran je tak dapat cover masalah bau badan hi kalau berpeluh yang terlalu banyak.

Pastinya lebih best kalau semuanya ada dalam SATU! Ringkas,mudah dan cepat untuk lelaki. Sebab tu la DASHING melancarkan semburan badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME BODY SPRAY berkesan memberikan perlindungan selama 24 jam terhadap bau badan.

Semburan Deodoran biasa cuma dapat bertahan 2 ke 3 minggu je, tapi DASHING DEO +PERFUME ni adalah 100% deodoran. Ianya jimat sebab dapat bertahan lama kerana 1 botol boleh menyembur sehingga 800 semburan dan tahan sehingga 146 hari!

DASHING DEO + PERFUME SPRAY ni ada 4 variasi iaitu:


ULTIMATE KICK
- Wangian sebenar sang juara. Ianya menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan lelaki moden.Wangian ini menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


HITMAN
- Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana saja. Didahului dengan kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan Pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


HATTRICK
- Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


SPEED
- Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma Klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


Hubby pun suka dengan semua haruman dari DASHING ni. Last-last semua dia ambik. Puas hati la dapat empat-empat. Eyza pun suka sebab hari-hari hubby wangi. Balik dari kerja pun still rasa bau fresh gitu.

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120 ml dan dijual pada harga RM 12.20. Produk ni boleh didapati di seluruh negara termasuk Pasaraya Utama, Pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari :



1.7.19

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE – WISH 999 STIK PERCUMA

Monday, July 01, 2019 0
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE – WISH 999 STIK PERCUMA

Aku ni dari dulu lagi memang suka sangat makan stik. Kekadang bila gaji je, ajak husband gi makan puas-puas. Tapi nak makan selalu tak boleh la. Parah. Hahaha.


Sape lagi kat sini penggemar stik macam aku jugak? Ha... SEBANYAK 999 stik bernilai hampir RM50,000 akan diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru.


Tawaran istimewa ini bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja  sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan di restoran sahaja.



Malah bagi mereka yang kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop aiskrim. Sangat berbaloi!


Pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com

“Ini sebahagian daripada kempen TERIMA KASIH kami kepada pelanggan yang setia menyokong kami sejak dibuka Februari lalu,” kata June.


Stik yang ditawarkan dalam kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan.

TENTANG WADIHANA
Sebelum Wadihana Islamic Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui.

Jatuh bangun di dalam bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.

Sama juga yang dilalui usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik.

Menurut ibu kepada 4 anak ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus angkat bendera putih.

“Saya dan suami hampir berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana Steak House Sdn Bhd. 

Bagaimanapun kata June, inspirasi utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.

“Setiap anak, saya sudah ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan di dalam akademik tetapi sangat berminat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami sepakat menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya.

“Yang kedua, kami mahu lakukan pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano. Kecualilah kalau pergi hotel,” katanya.

Lokasi Wadihana Islamic Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru.



Bagaimanapun menurut wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa Wadihana.



“Dulu orang kata, lokasi amat penting untuk buat bisnes tetapi Wadihana walaupun berada di tempat baru, berjaya membuktikan boleh menarik orang dan menjadikan ia semakin dikenali hanya menggunakan pemasaran online.

“Sekarang dunia online, dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib Asaddok.

Menceritakan keistimewaan hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari Thailand.


Bukan hanya untuk memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian makanan tersebut dan halal.


“Kami merebus tulang lembu lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi kehalalannya.



“Alhamdulillah, maklum balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.

June berkata, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza).



Selain itu, Wadihana juga menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.

Bercerita pengalaman hitam ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga.

“Saya bagus dalam closing sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak membawa duit jualan untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup.“Pembekal dan pelanggan mula mencari saya, menuntut bayaran dan sebagainya tetapi itu bukan salah saya. Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun syarikat tersebut.“Hampir 2 tahun saya memencilkan diri, mengasingkan daripada orang luar kerana takut berdepan dengan orang ramai. Saya menerima mesej ugutan dan cercaan daripada sebahagian mereka.“Mereka juga membuat laporan polis dan saya juga harus berbuat demikian untuk mempertahankan diri kerana bukti-bukti pemindahan wang memang jelas,” katanya.

Bagaimanapun semangat yang ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan keluarga mereka.“Life must go on dan saya harus berani berdepan dengan segala kemungkinan. Buat apa takut kalau kita tidak bersalah?

“Sekarang saya sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi sebuah perniagaan,” katanya. 

MAKLUMAT PERNIAGAAN:
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH
36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff
81200 Johor Bahru, JDT
Tel: 07-2442422
IG: https://www.instagram.com/wadihana_islamic_steak_house/?hl=en