January 2019 - eyzamiel

30.1.19

Tampil Cantik Dengan Pim'Pal Away Dan Whitenin B.B. dari Kitsui

Wednesday, January 30, 2019 3
Tampil Cantik Dengan Pim'Pal Away Dan Whitenin B.B. dari Kitsui


Aku ni jenis sempoi je. Tak berapa gemar sangat berhabis untuk cantik. Tapi nak cantik. Macam mana tu kan. Hahaha.

Sebenarnya bukan semua supplement untuk cantik tu mahal. Macam produk dari Kitsui ni. Bagi aku harga memang mampu milik. Kiranya kalau ko nak cantik senang je. Bajet tak sampai seratus.

Atas misi nak cantik, Aku pun apa lagi. Pergi la survey-survey dekat Guardian dengan Watsons. Dekat dua2 outlet ni aku jumpa produk Kitsui ni. Tengok harga. Ok. So, jom la kita try.


Pim'Pal Away

Ok. Aku dah try Pim'Pal Away dan Whitenin B.B. Aku ni kalau nak period memang cik jerawat akan tumbuh la. Tapi dengan Pim'Pal Away ni. Jerawat pun macam segan-segan nak naik. Dalam erti kata lain, tak tumbuh la kali ni.



Packaging : 

Satu kotak ada 15 packs (10g)

Cara Pengambilan :

Guna air suam. Kalau nak senang larut better guna shaker. Tapi kalau tak ada , kacau dalam cawan pun ok. Boleh ambil 2 sachet satu hari untuk kesan optimum seawal 7 hari

Price :

RM38.80



Bahan-bahan:

Alpha Lipoic, Tricalcium Phosphate, Vitamin C+

Fungsi :

- Mengecilkan ruang pori.
- Mencegah dan menghilangkan jerawat.
- Membaiki strukur kulit ( hilang parut ).
- Mengatasi masalah kulit berminyak.
- Mengatasi kulit berjerawat bengkak dan bernanah.
- Menghilangkan ‘blackheads & whitehead’ di muka.
- Mengurangkan kemerahan kesan dari keradangan.

Tekstur :

Serbuk , dicampur dengan air

Dirumus khas untuk mereka yang ada masalah jerawat. Bantu mengurangkan jerawat di muka. Bantu mengurankan jerawat yg bernanah. Mengurangkan jerawat pasir.


 

Whitening B.B.

Bahan-bahan:

Alpha lipoid Asid, Ekstrak Campuran Beri, Ceri Acerola dan Ekstrak Oren

Fungsi :

- Mencerah & memutihkan seluruh wajah
- Menghalang pembentukan blackhead & whitehead
- Membantu mengurangkan jerawat muka dan badan.
- Mengawal minyak berlebihan di muka.
- Menaikkan seri wajah.
- Mencerahkan mata.
- Menghalang penghasilan melanin kulit.
- Memutihkan kulit menjadi putih pink & gebu
- Menutup liang pori muk.a
- Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1-2 minggu.

Tekstur:

Serbuk , dicampur dengan air

Packaging : 

Satu kotak ada 15 packs (10g


Cara Pengambilan :

Guna air suam. Kalau nak senang larut better guna shaker. Tapi kalau tak ada , kacau dalam cawan pun ok. Boleh ambil 2 sachet satu hari untuk kesan optimum seawal 7 hari. Rasa Oren. Sedap.

Price :

RM38.80



Sesuai utk mereka yg ada alahan kolagen , bantu mengurangkan muka berminyak , mengecilkan pori pori besar , mencerahkan kulit muka , melicinkan muka kulit .

* Sesuai untuk mereka yang ada alahan makanan laut.


Produk Kitsui ni diformulasi dan dikilangkan di Jepun untuk menjaga standard kualitinya yang tinggi. Kitsui ni merupakan produk keluaran Gemini Beauty Resources (M) Sdn. Bhd dan pernah menang dalam Super Health Brand Asia Pacifik. Produk keluaran mereka adalah 100% semulajadi dan mempunyai kelulusan GMP. Jadi anda boleh amalkan dengan rasa selamat.



Apa yang aku suka sebab produk ni selamat dan senang nak beli. Kesan pun ok. Sesuai dengan aku.

Maklumat Lanjut boleh layari:

Facebook : Kitsui
Instagram : Kitsui

Selain dari Watsons dan Guardian, Produk juga boleh dibeli di Shopee

20.1.19

Trust Issue, Bandar Sri Permaisuri

Sunday, January 20, 2019 3
Trust Issue, Bandar Sri Permaisuri

Sejak aku tukar tempat kerja, memang aku ni super duper busy. Kadang-kadang dah azan maghrib baru sampai rumah. Maaf la kalau aku dah jarang sangat nak update blog ni. 

Tapi, InsyaAllah untuk Tahun 2019 ni aku akan cuba update sekarap mungkin. Tak nak la hilang terus mood tu kan. Harap-harap aku Istiqomah ye. Hihihi.

Ok. Ni aku nak cerita pasal satu kedai makan yang aku rasa ramai yang dah tahu kut. Boleh dikatakan aku selalu lalu kat kedai ni, tapi tak pernahnya nak singgah sebab hubby tak berapa gemar restoran hipster sebab dia kata kkdg xde nasi. Alamak. Nak buat macam mana. Tekak laki ai ni jenis kena ada nasi jugak.

Pujuk punya pujuk, akhirnya hubby nak datang Trust Issue yang terletak dekat Sri Permaisuri ni. Tapi bila belek-belek menu takde yang dia berkenan. Nak tak nak wife dia je la yang makan. 

No hal. Lepas makan aku teman dia tapau Nasi Lemak plak. Kesian Lelaki Melayu aku tu. Takde Nasi x boleh hidup tau.

Lokasi

Bagi aku lokasi agak stategik sebab terletak tepi jalan. Lalu je kat situ, dah nampak signboard Trust Issue besar. Konsep hiasan pun ok. Kalau tak nak makan kat dalam kedai (aircond), boleh je makan kat luar yang berkonsepkan open air.

Menu

Maybe sebab dah malam, ada beberapa menu yang aku n hubby pilih tak ada. So, aku tukar la dengan yang lain.


Aku pilih air Green Asam Boi (kalau x silap nama macam tu, sorry dah lupa). Tapi.. aku agak kecewa sebab aku ingatkan epal atau kedondong yang diblend n ditambahkan asam boi. Rupanya x. Aku dah la x minun air gas. Dalam tu kalau x silap aku ada sprite atau ais cream soda n asam boi. Memang aku x minum la jawab nya. Hubby order Ice Lemon Tea. Harga air pun boleh tahan jugak. Kalau x silap, air aku RM 8.90 n air hubby RM 7.90.


Ni Namanya Aglio Olio Smoked Duck. Yang ni aku memang recommend sangat. Harga sepinggan ni RM 20.00. Berbaloi sebab portion boleh tahan n terasa Smoked Duck tu. Memang sedap la. Lain kali boleh order lagi.


Cheese Roll ni harga RM 10.00. Sedap jugak sebab ada cheese dalam tu. Cicah pulak dengan Sos Thai. Memang best la. 


Last menu yang aku order ialah  Chicken Wings (RM 16.90). Rasanya unik sebab sos tu. Tapi masam sikit. Ok la kalau just nak makan ringan-ringan je.


Tu je la yang aku boleh cerita sbb ni first time aku makan kat situ. Lepas ni, aku nak try kek pulak kat sini.

Maklumat lanjut korang boleh tgk kat laman sosial diaorang.


13.1.19

Ais Kacang / ABC Bukit Bendera

Sunday, January 13, 2019 1
Ais Kacang / ABC Bukit Bendera

Entry ni dah lama dok dalam draft tapi aku lupa nak publish. Maklumlah faktor umur. Hihihi.

Aku tau ramai yang suka pergi Penang kan? Kalau pergi Penang tak sah kalau kita tak try semua makanan best-best kat sana. Aku ni walaupun kg kat sana, tapi jaranggg sangat nak berjalan-jalan. Kalau balik kg banyak duduk kat rumah je.

Kali ni balik, aku ajak Hubby pergi naik Bukit Bendera semata-mata nak makan Ais Kacang Bukit Bendera. Sebenarnya Ais Kacang kat sini dah lama dah. Cuma makin komersial dan jadi viral. Sebab tu la ramai.

Gigih tau aku ngan hubby beratur panjang nak naik kereta api Bukit Bendera. Nasib baik la hubby melayan tekak bini dia yang ntah apa2 ni.


Dekat situ ada banyak gerai Ais Kacang. Korang pilih je. Yang paling famous dah tentu la Lily Ais Kacang. Tapi aku tak pergi gerai tu. Aku pergi sebelah kedai dia iaitu Kak Nur Cafe.


Ada macam-macam jenis Ais yang kita boleh pilih. Rambang mata tau kalau korang ada kat situ. Aku ngan hubby plak baru lepas makan, so kami ambik satu mangkuk je la.


Pilih punya pilih, aku nak try Manggo Ice. Ramai yang recommend cakap sedap. Aku pun try la. Tapi, aku x nak buah mangga. Aku tukar dengan buah naga. Baru la nampak cantik sikit.


Harga ABC ni pun bagi aku tak mahal pun. Berbaloi la. Macam Ais Mangga yang aku beli ni baru RM 10. Portion pun banyak. Boleh share 2 orang. 


Aku suka Manggo Ice ni sebab x manis sangat. Sedang-sedang je org kata. Tambah pulak dengan buah Naga tu memang heaven la.


So, kalau korang pergi Bukit Bendera, jangan lupa try Ais Kacang kat sini. Gerai2 ni dekat bwh Owl Muzium. 

Selamat mencuba. 

1.1.19

Selamat Tahun Baru 2019

Tuesday, January 01, 2019 2
Selamat Tahun Baru 2019

Alhamdulillah. Kita masih lagi diberi peluang bernafas di pagi 1/1/2019. Sekejap je masa berlalu. Dah pun cukup setahun.

Tahun 2018 penuh suka dan duka untuk Eyza. Eyza dapat melancong ke Jogja dan Singapore. Dapat laksanakan hajat ayah dan buat family day. Dan yang palinggg akan Eyza kenang ialah bila Eyza diberi kesempatan oleh Allah untuk mengandung zuriat Eyza dan suami. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Eyza keguguran.

Moga 2019 memberikan sinar baru buat kami. Moga kami dikurniakan cahaya mata yang dah lama kami tunggu. Moga kehidupan kami suami isteri bertambah baik dan bahagia serta moga Eyza dapat menjadi anak yang membahagiakan untuk mak ayah Eyza dan mak ayah mertua Eyza.

"Selamat Tahun Baru 2019"