Ais Kacang / ABC Bukit Bendera - eyzamiel

13.1.19

Ais Kacang / ABC Bukit Bendera


Entry ni dah lama dok dalam draft tapi aku lupa nak publish. Maklumlah faktor umur. Hihihi.

Aku tau ramai yang suka pergi Penang kan? Kalau pergi Penang tak sah kalau kita tak try semua makanan best-best kat sana. Aku ni walaupun kg kat sana, tapi jaranggg sangat nak berjalan-jalan. Kalau balik kg banyak duduk kat rumah je.

Kali ni balik, aku ajak Hubby pergi naik Bukit Bendera semata-mata nak makan Ais Kacang Bukit Bendera. Sebenarnya Ais Kacang kat sini dah lama dah. Cuma makin komersial dan jadi viral. Sebab tu la ramai.

Gigih tau aku ngan hubby beratur panjang nak naik kereta api Bukit Bendera. Nasib baik la hubby melayan tekak bini dia yang ntah apa2 ni.


Dekat situ ada banyak gerai Ais Kacang. Korang pilih je. Yang paling famous dah tentu la Lily Ais Kacang. Tapi aku tak pergi gerai tu. Aku pergi sebelah kedai dia iaitu Kak Nur Cafe.


Ada macam-macam jenis Ais yang kita boleh pilih. Rambang mata tau kalau korang ada kat situ. Aku ngan hubby plak baru lepas makan, so kami ambik satu mangkuk je la.


Pilih punya pilih, aku nak try Manggo Ice. Ramai yang recommend cakap sedap. Aku pun try la. Tapi, aku x nak buah mangga. Aku tukar dengan buah naga. Baru la nampak cantik sikit.


Harga ABC ni pun bagi aku tak mahal pun. Berbaloi la. Macam Ais Mangga yang aku beli ni baru RM 10. Portion pun banyak. Boleh share 2 orang. 


Aku suka Manggo Ice ni sebab x manis sangat. Sedang-sedang je org kata. Tambah pulak dengan buah Naga tu memang heaven la.


So, kalau korang pergi Bukit Bendera, jangan lupa try Ais Kacang kat sini. Gerai2 ni dekat bwh Owl Muzium. 

Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment