Selamat Tahun Baru 2019 - eyzamiel

1.1.19

Selamat Tahun Baru 2019


Alhamdulillah. Kita masih lagi diberi peluang bernafas di pagi 1/1/2019. Sekejap je masa berlalu. Dah pun cukup setahun.

Tahun 2018 penuh suka dan duka untuk Eyza. Eyza dapat melancong ke Jogja dan Singapore. Dapat laksanakan hajat ayah dan buat family day. Dan yang palinggg akan Eyza kenang ialah bila Eyza diberi kesempatan oleh Allah untuk mengandung zuriat Eyza dan suami. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Eyza keguguran.

Moga 2019 memberikan sinar baru buat kami. Moga kami dikurniakan cahaya mata yang dah lama kami tunggu. Moga kehidupan kami suami isteri bertambah baik dan bahagia serta moga Eyza dapat menjadi anak yang membahagiakan untuk mak ayah Eyza dan mak ayah mertua Eyza.

"Selamat Tahun Baru 2019"

2 comments:

  1. Selamat tahun baru k.Eyza! aminn inshaAllah k.Eyza semoga dikurniakan cahaya mata yg soleh/solehah =)

    ReplyDelete