Hatyai Trip : Day 1 (Kai Tod Decha , Central Festival Mall & Asean Night Market) - eyzamiel

11.2.19

Hatyai Trip : Day 1 (Kai Tod Decha , Central Festival Mall & Asean Night Market)


Entry berkaitan Hatyai:


Misi hari ni nak habiskan entry Hari Pertama kat Hatyai. Sampai je dekat Train Station Hatyai, kami ke toilet dulu buang apa yang patut. Jalan-jalan jap sekitar tu.

Masa jalan-jalan tu, ada la sorang driver Tuk Tuk ni tegur aku. Aku minta dia hantar ke Restoran Kai Tod Decha dulu sebab kami semua kelaparan. Dekat Hatyai ni tambang tuk tuk rata-rata 20 Baht sorg. Tapi, aku nak ingatkan korang supaya tanya dulu takut kena tipu.

Macam kami, sepanjang kat sini kami naik tuk tuk je sebab malas nak install grab Thailand. Tapi ok la. Harga standard. Ada juga tuk tuk yang kami dapat murah lepas nego harga.


Ok, driver tuk tuk tu bawa kami ke Kai Tod Decha untuk makan. Dia kata nak tunggu sampai kami habis n dari situ ke hotel kena tambah lagi 20 Baht. So, total 40 Baht sorang. Tapi aku nego dapat 30 Baht sorang. So, kita boleh enjoy makan tanpa fikir nak tunggu tuk tuk lain.


Lagi satu kat sini, driver tuk tuk ni macam paksa sikit suruh ambik pakej ke Floating Market dengan Samila Beach dengan diaorang. Tapi terpulang la pada masing-masing. Aku berkeras jugak tak mau sebab kami dah plan nak sewa fortuner je untuk jalan-jalan. Lagi selesa dan aku rasa lagi jimat kut dari naik tuk tuk. Kalau naik tuk tuk, dia nak cas 1000 Baht untuk ke Samila Beach dan Floating Market je. Aku sewa Fortuner untuk 8 jam, kita bgtau je nak pegi mana just 2000 Baht. Lagi berbaloi dan selesa. Next entry aku cerita ye tentang kereta sewa ni.


Makan dekat Kai Tod Decha ni Fahmi belanja untuk semua. Kalau tak silap dekat 900 Baht jugak la. Moga murah rezeki Fahmi belanja kitaorang. Jimat duit Baht kat sini. Selesai je makan, kami naik tuk tuk tadi ke Lee Garden Hotel. Kami ambik hotel biasa-biasa je sebab just nak balik rehat dan tidur.


Bagi aku, hotel ni bersih dan selesa la. Cuma maybe sebab lantai kayu, katil tu asyik bergerak je bila kita duduk. Tapi quite ok la sebab harga pun murah kan. Takkan nak expect lebih-lebih pulak.


Lepas Check in, kami rehat kejap dalam 3 jam macam tu. Dah fresh sikit, kami teruskan explore Bandar Hatyai. Destinasi pertama kami ke Central Festival City.

Kami datang sini naik tuk tuk je pun. Harga still 20 Baht seorang.


Bagusnya shopping mall kat sini sebab ala ala airport. Sebelum masuk ko kena lalu pemeriksaan keselamatan dulu. Kalau bunyi kena bukak handbag untuk diaorang tengok. Bukan Mall ni je tau, Mall dekat Lee Garden Plaza pun macam tu jugak.


Dekat luar Mall ni ada orang jual makanan dam macam-macam barang. Membe-membe aku singgah shopping barang-barang k-pop. Aku pulak berkenan dengan satu casing phone ni. Tapi harga bila dah convert cam mahal plak. Tak jadi beli. Maybe kalau hr last tu ada balance lagi, boleh la singgah beli.  Tapi sampai last, duit xde lebih. Terkubur la hasrat tu. 



Dalam Festival Mall ni sama je dengan Mall kat KL. Tapi kan, banyak jugak barang berjenama yang kalau kita convert ke RM berbaloi beli kat sini. Mujur la aku tak tukar banyak sangat Baht. Kalau tak, ntah hapa-hapa la aku shopping agaknya.


Yang bagusnya kat sini, ada disediakan tempat untuk cas handphone. Siap sediakan kerusi lagi.Just bawak charger je.



Dalam Mall ni, kami sempat la beli Thai Tea Caramel dengan Berry Coco Juice. Sedap. Tapi yang ni aku tak keluarkan duit pun sebab Fahmi, Ummi dengan Abg Zahari beli. Kami just share je.





Keluar je dari Central Festival Mall, kami terus gerak ke Asean Night Market. Dari Mall ke Night Market, kami cuma jalan kaki berpandukan Google Maps. Lebih kurang dalam 8-10 minit je jalan kaki.


Dekat sini, misi kami ialah nak shopping dan makan. Mula-mula kami shopping dulu. Beli souvenir dengan T- shirt nak pakai esoknya.



Penat shopping kami pun naik tgkt 2 untuk makan. Kat sini, ramai giler orang. Nasib baik la aku dapat tempat duduk. Kami beli serba sikit dan share makan sama-sama.



Dah penat shopping + makan. Jom la kita balik. Dari sini agak susah sikit nak dapat tuk tuk sbb masa kami keluar tu Asean Night Market ni dah nak tutup. Nasib baik la ada jugak rezeki tuk tuk lalu. Rasanya dia nak balik rumah dah sebab bini dia ada sekali. Nasib baik la dia nak bawak kitaorang balik hotel. Kena sorang 20 Baht.


Bajet (seorang) :

Tuk tuk (train station ke Kai Tod Decha ke hotel) - 30 Baht (RM 3.90)

Hotel - RM 93.80 (include tax) 2 malam

Tuk tuk (Central Festival mall) - 20 Baht (RM 2.60)

T-Shirt Hubby + 5 Anak Buah - 870 Baht ( RM 113.10)

Seluar Pendek Hubby - 100 Baht (RM 13.00)

T Shirt sedondon - 180 Baht (RM 23.40)

Seluar Palazo - 100 Baht (RM 13.00)

Pancake - 60 Baht (RM 7.80)

Tuk tuk balik hotel - 20 Baht (RM 2.60)

Total : RM 273.20

*kadar tukaran 100 Baht = RM 13.00
*untuk shopping tu bajet masing-masing


No comments:

Post a Comment