Hatyai Trip : Day 2 (Dimsum Chabura, Municipal Park, Cable Car, Chang Puak Camp,Samila Beach, Floating Market dan Khlong Hae Seafood Buffet) - eyzamiel

15.2.19

Hatyai Trip : Day 2 (Dimsum Chabura, Municipal Park, Cable Car, Chang Puak Camp,Samila Beach, Floating Market dan Khlong Hae Seafood Buffet)


Entry berkaitan Hatyai:




Hai korang. Gigih tau aku nak habiskan jugak entry Hatyai ni sebab ramai yang pm/dm/wasap tanya itenari dan bajet. Sabar ye. Nak karang satu-satu ni. Dah la gambar banyak. Susah tau nak pilih. Ikutkan hati semua gambar aku nak letak kat blog. Kang bosan plak korang nak tengok.

Ok.. Jom tengok mana kami pergi untuk hari kedua ni. Kan aku ada bgtau yang aku tak nak naik tuk tuk sebab dah sewa fortuner kan? Ha.. aku memang recommend korang ambik pakej macam kitaorang ni. Aku mula-mula nak ambik Yut, tu pun Mimy recommend. Tapi sehari sebelum kitaorang pegi jalan-jalan ni,  Yut wasap aku bgtau yang dia tak dapat bawak kitaorang sebab kereta dia rosak Tapi, nasib baik kawan dia James boleh bawak. Yeay. 

Kami ambik pakej round 8 jam dengan harga 2000 Baht. Berbaloi tau. Bagitahu je korang nak pergi mana. Dia bawakkan. Janji cukup 8 jam. Lagi selesa dari naik tuk tuk. James tu pun baik n layan je kepala gila kami.

Untuk second day ni, kami semua pakai baju sama yang beli dekat Asean Night Bazaar. Aku bagitau James pkl 10 nak keluar dan memang tepat pukul 10 dia sampai kat bawah hotel. Good.

First destinasi kami ialah ke Dimsum Chabura. Orang ramai tapi Alhamdulillah kami dapat tempat. Nak lagi best, diaorang bagi kitaorang meja tengah kedai dan ada lampu plak atas kepala. Dah la baju kami sama and warna terang. Memang jadi perhatian la.  Takpe, glamer sekejap kat Hatyai. Hihihi.

Dimsum Chabura


Konsepnya kat sini, nanti diaorang akan bagi nombor untuk korang.  1 utk korang dan 1 lagi dekat meja.Korang pilih la yang mana berkenan dihati. Bagi dekat diaorang nanti diaorang kukus.


Memang rambang mata la tengok Dim Sum kat sini. Rasa macam nak ambik semua je. Banyak jugak kami ambik. Penuh jugak la meja. 


Selain dari Dimsum, kami order jugak Nasi Goreng dengan Daging Bakar Thai.


Yang warni warni kat bawah ni rasa macam kuih je pun. Dalam ada inti kacang merah. Sedap jugak la.


Diaorang siap ajar lagi cara nak bancuh sos pencicah bagi sedap.


Daging bakar ni pun recommend. Wajib try kalau datang sini.




Kalau tengok atas meja tu, kami ingat dah kena 1000 Baht lebih dah bil. Tapi.. sebenarnya baru 840 Baht. Lepas tu owner siap bagi diskaun 40 Baht. Kami just bayar 800 Baht. Kali ni Abg Zahari plak belanja. Murah rezeki kawan-kawan belanja ni.


Municipal Park


Dah makan kenyang, kami gerak ke Municipal Park. Kat sini kita boleh nampak bandar Hatyai. Cantik sangat untuk port bergambar.


Cable Car Hatyai


Cable Car Hatyai ni kat sebelah je dengan Municipal Park. Jalan kaki je. Untuk naik ni sorang 200 Baht.


Pendapat aku, tak naik pun tak pe sebab atas tu cuma ada tempat ibadat je. Tapi kalau korang nak rasa naik Cable Car ok la.



Kat sini aku beli gambar kitaorang.Cantik plak aku rasa. Sekeping tu baru 200 Baht.


Chang Puak Camp


Plan asal, kami semua nak naik ATV. Tapi, bila kami sampai je. Ada lagi 20 orang dok menunggu nak naik ATV. Terus batalkan hasrat nak naik. Dah la masa tu hujan rintik-rintik. Malas nak tunggu giliran.


So, Emma dan Mas naik gajah tapi kami yang lagi 4 orang ni x naik pun. Kami just lepak makan buah sambil tunggu budak berdua tu habis naik gajah.



Dah la masa kat Hatyai, tetiba plak naik jerawat besar kat hidung. Dah tak memasal gambar aku nampak macam pakai subang hidung pulak.

Settle kat situ, kami terus ke Samila Beach.

Samila Beach


Masa kami sampai kat Samila Beach ni hujan dah start nak lebat. Kamk pun berlari masuk dalam kedai. Dah tershopping plak kat situ. 

Pendapat aku la. Kalau nak beli Souvenir macam Fridge Magnet dengan Kay Chain better beli kat sini murah. Tshirt harga lebih kurang Asean Night Bazaar. Kena rajin jalan semua kedai. Ada yg lagi murah.

Selesai Shopping, hujan pun reda. Dapat la kami bergambar dengan Duyung. Sebenarnya aku takut-takut jugak sbb sebelum ni kan patung tu pernah kena bom. Tapi tawakal je la. Nasib baik takde apa-apa.


FloatingMarket


Kitaorang sekejap je kat sini. Mals nak beli macam-macam sebab kejap lagi nak makan buffet. Simpan perut orang kata. Aku just beli Aiskrim Kelapa. Lagipun kat sini ada anjing dok berkeliaran. Risau la pulak takut terkena.




Khlong Hae Seafood Buffet


Kalau datang Hatyai, rugi kalau korang tak makan kat sini. Dah murah, banyak pilihan pulak tu. Puas hati sangat. Lepas ni kalau datang Hatyai memang aku nak repeat makan kat sini.


Wajib try Ikan garam kat sini. Ikan ni simple je tapi sedap. Isi ikan pun manis. Fresh.


Sebenarnya masa dekat Floating Market tu kami dah cukup 8 jam. So, James tggu kami habis kat Floating dan tinggalkan kami kat Tempat Buffet ni. So, kami pun tak ada la nak terkejar-kejar nak makan cepat. Boleh je santai-santai. 

Habis je makan, kami naik tuk tuk ke Lee Garden Plaza. Kat sini kami sambung shopping dan pergi Spa.


Aku just buat Pedicure & Manicure. Yang ni 200 Baht.

Dah settle semua kami pun naik tuk tuk balik Hotel.Sampai hotel, terus packing barang-barang sebab esok sebelum balik kami nak pergi satu tempat lagi untuk final shopping. Malam tu dapat tido nyenyak. Penat tapi best.

Bajet (seorang) :

Pakej Tour 2000 Baht bahagi 6 - 334 Baht (RM 43.29)

Dimsum Chabura - Abg Zahari Belanja

Beli Mineral dan Arabus - 45 Baht (RM 5.85)

Hatyai Cable Car - 200 Baht ( RM 26.00)

Beli Gambar - 200 Baht (RM 26.00)

Buah di Chang Puak Camp - 40 Baht (RM 5.20)

Beli T-shirt dan Fridge Magnet di Samila Beach -  (RM 41.60)

Aiskrim Kelapa di Floating Market - 30 Baht (RM 3.90)

Buffet Seafod - 289 Baht (RM 37.57)

Tuk tuk ke Lee Garden Plaza - 150 Baht (RM 19.50)

Shopping Seluar di Lee Garden - 200 Baht (RM 26.00)

Passport Holder di Lee Garden - 100 Baht (RM 13.00)

Pulut Mangga + Air Tembikai - 100 Baht (RM 13.00)

Pedicure Manicure - 200 Baht (RM 26.00)

Tuk Tuk Balik Hotel - 20 Baht (RM 2.60)

Total : RM 289.51

*kadar tukaran 100 Baht = RM 13.00
*untuk shopping tu bajet masing-masing






1 comment: