Hatyai Trip : Day 3 ( Kim Yong Market dan Balik!) - eyzamiel

17.2.19

Hatyai Trip : Day 3 ( Kim Yong Market dan Balik!)


Finally. Last day kat Hatyai ni. Sedih tau nak tinggalkan bandar Hatyai. Rasa tak puas pulak 3 hari kat sini. Next time nak repeat lagi.


Last day ni kami ada plan nak ke Kim Yong Market. Dalam pukul 7 pagi macam tu, kami ambik tuk tuk ke Pasar tu. Kena dalam 100 Baht 1 tuk tuk. 

Maybe sebab kami pergi hari Ahad, penuh gila wei. Crowded sangat-sangat. Nak dapat jalan pun jenuh. Dengan motor lagi kat laluan jalan tu. Last-last kami masuk ikut dalam pasar basah. 

Tapi kan.. tahu je la pasar basah. Banyak giler oink oink dijual kat sini. Aku risau je air atau darah dia terpercik kat aku. Kang tak memasal plak kena samak.

Lain kali tak yah dah kut gi Pasar ni. Kalau nak pergi, pastikan bukan waktu cuti.


Kami pergi pasar semata-mata nak memborong pes tomyam, susu dengan kekacang je pun. 

Jalan-jalan dalam pasar, jumpa la sorang akak muslim ni jual. Kami pun dah malas nak masuk lagi dalam. Kami beli je kat situ. Harga quite murah la bagi aku.


Walaupun kedai dia kecik je, tapi macam-macam ada. Susu tiub tu, yg plain sekotak (6 tiub) 120 Baht dan coklat sekotak (6 tiub) 140 baht. Murah la nak dibandingkan dekat Malaysia.

Aku pulak just beli pes tomyam, kacang gajus dan kacang cerdik. Kacang gajus dan kacang cerdik tu sekilo baru 380 Baht. Murah wei dari Malaysia. Selalu aku beli RM 10 ciput giler. Ni beli setengah kilo pun puas makan.


Habis shopping kat situ, kami pun jalan kaki ke Restoran Salma untuk breakfast. Tapi kan.. dari jauh dah nampak ramai orang beratur kat Restoran tu. Takpe la.. Kami pun agak kejar masa, terus ke Restoran Hamid. 

Tak jauh pun dari situ. Tapi baca blog ramai yang cakap mahal sikit dari Restoran Salma.


Kat sini pun ramai jugak. Tapi, nasib baik cepat jugak dapat tempat duduk. Aku order Teh Ais dan Nasi goreng udang sambal. 


Bagi aku, Teh ais dia sedap. Nasi goreng udang sambal pun not bad sebab pedas. Tapi kan.. bila korg dah habis makan, rasa berapi dlm mulut. Tapi sedap la. 



Aku tak recommend korang order Nasi Goreng Pattaya sebab Nasi dia just goreng dengan sos tomato n balut telor. Sos cili pun xde kat atas telur tu. Tapi, kalau untuk budak-budak ok la nasi tu sebab tak pedas.

Selesai makan, kami terus ke 7eleven. Ala.. kat depan Hamid je pun. Tapi kecik je 7e ni. Datang sini bukan apa, aku nak beli Arabus dengan Meiji je pun. 


Aku ni tak boleh minum kopi sebab angin. So, ni aku beli untuk adik aku. Mak buyong tu ngidam. Gigih la kakak dia angkut bawak balik.


Untuk aku, just susu Meiji dan Greek Yogurt je. Rindu susu pisang Korea. Nasib baik kat Thailand ada versi Thai. Boleh la lepas rindu.

Selesai shopping, kami pun tahan tuk tuk dan balik ke hotel. Golek-golek jap dah nak turun check out. 

Untuk balik ni, kami still booking dengan James sebab senang sikit. Dia boleh ambik dekat hotel. Barang pun banyak dan berat. Memang berbaloi la. Kami janji pukul 10 pagi untuk dia ambik dekat hotel sebab dari hotel ke Imigresen Thailand je dah sejam. Waktu Malaysia dah 11 pagi. Train pukul 2.20 petang. Sesuai la waktu tu kami gerak supaya tak terkejar-kejar nanti.

Dari Hotel ke Border Thai, kami bayar 1000 Baht. Selesa dan sesuai la dengan barang yang banyak.


Yang baju biru tengah tu la James. Recommend sangat korang amik tour dengan dia.

Nasib kami baik, waktu kami keluar dari Thailand, orang Malaysia baru berpusu-pusu masuk. So, tak ramai la dekat Imigresen Thai dan Malaysia.


Dekat sini ramai yang dok menunggu untuk sesiapa yang nak tukar balik duit Baht ke duit Malaysia. Bagi aku berbaloi la korang tukar kat sini sebab diaorang ambik 1000 Baht RM 130. Sama dengan korang tukar mula-mula.

James just hantar kami dekat Imi Thai je. Dari Imi Thai ke KTM Padang Besar kena naik transport lain. Tapi kalau korang x banyak barang n gigih nak berjalan boleh la.

Kat imi Thai tu pun ramai yg offer service ke Padang Besar. Mula-mula kami dah setuju dah nak ambik sorang kakak ni. Dia nak cas 30 Baht sorang. Tapi yang ni dia just antar dekat jejantas je. Ko kena menapak naik sendiri untuk ke KTM.

Tapi, bila kami dah cop passport semua, akak tu bgtau kereta dia kecik je. Tak dapat nak bawak kami semua sebab barang pun banyak. Dia nak 2 orang naik motor. Tapi, aku tak setuju. Sebab masa tu panas terik kut. Bayar sama tapi kesian la dekat kawan-kawan aku yg kena naik motor tu.

Last-last, dia bawak kami jumpa Moksu. Moksu ambik RM 10 dan hantar sampai tangga KTM. Yeay.. Takpe la mahal sikit, janji tak payah jalan jauh.


Yang bawak kami ialah Poksu. Naik Hilux uolls. 3 membe aku volunteer nak duduk belakang. Best diaorang kata. Pengalaman sangat.


Kami sampai KTM pukul 12.50 macam tu. Sempat la kami minum dulu dekat kedai yang mula-mula kami sarapan masa datang tu.

Pukul 2.20 petang. Membe yang lagi 4 orang tu naik ETS balik KL. Tapi aku dengan Ummi naik Komuter sebab dah alang-alang kat sini baik kami balik kampung.

Ummi turun dekat Sg. Petani dan aku turun dekat Tasek Gelugur.


Alhamdulillah. Tamat dah percutian 3 hari 2 malam kami ke Hatyai. First time kami semua travel sama. Semua boleh ngam. So, lepas ni boleh plan trip ke tempat lain pulak.

Bajet (seorang) :

Tuk tuk ke Kim Yong Market (Pergi Balik) - 34 Baht (RM 4.42 )

Gajus, pes tomyam & kacang cerdik - 260 Baht (RM 33.80 )

Makan di Hamid Restaurant - 176 Baht ( RM 22.88)

Arabus, Meiji & Yogurt - 135 Baht (RM 17.55)

Bayar James utk ke Border - 137 Baht  (RM 21.71)

Bayar Poksu utk ke KTM (RM 10.00)

Arabus di Padang Besar  (RM 6.50)

Tiket Komuter ke Tasek Gelugur (RM 10.40)

Total : RM 118.26

*kadar tukaran 100 Baht = RM 13.00
*untuk shopping tu bajet masing-masing

No comments:

Post a Comment