Permainan Menarik Untuk Kanak-Kanak dari Happy Go KL - eyzamiel

10.2.19

Permainan Menarik Untuk Kanak-Kanak dari Happy Go KL


Hai korang. Pernah dengar tak tentang Happy Go KL? 

Happy Go KL ni adalah laman web untuk aktiviti keluarga yang menyeronokkan di KL dan perjalanan mesra kanak-kanak di Asia. Ia ditulis oleh sekumpulan ibu bapa yang ingin berkongsi apa yang kita ketahui dan suka tentang bandar tempat kita sekarang ini, juga menyebarkan idea yang baik untuk menjadikan kehidupan seharian lebih seronok. 

Ha.. sebab tu la sekarang ni Happy Go KL keluarkan permainan untuk kanak-kanak iaitu Lizards and Ladders dan Game On The Go Playing Cards.

Lizards and Ladders


Permainan ni didatangkan dalam kotak keras yang cantik. Dalam tu ada papan permainan, kad durian, buah dadu dan boling kecil utk 5 pemain.


Ianya mengetengahkan tema Hutan Hujan Malaysia. 


Anak-anak buah aku pun happy je dapat main permainan ni. Diaorang suka sebab papan permainan tu cantik.


Harga Permainan ni hanya RM 70.00.

Games On The Go Playing Cards


Bukan je budak-budak, orang dewasa pun suka Permainan kad ni sebab ianya menguji daya ingatan kita untuk hafal dan simpan dalam memori.


Didatangkan dalam packaging yang cantik, dan kad yang menarik. Sebab tu la budak-budak suka.

Harga Kad ni cuma RM 35.00.


Semua permainan ni boleh dibeli di:

- The Batik Boutique
- ILHAM Gallery Shop
- TriBeCa and TriBeCa Artism in Bangsar Village 2
- The Hive in Ampang and Bangsar
- Buah Tangan at KL City Walk
- Online boleh klik sini

Untuk keterangan lanjut boleh layari website https://happygokl.com/ atau emailkan ke info@happygokl.com

1 comment: