March 2019 - eyzamiel

16.3.19

Buffet Ramadhan 2019 : Citarasa Warisan @ PWTC

Saturday, March 16, 2019 0
Buffet Ramadhan 2019 : Citarasa Warisan @ PWTC

Aku paling suka kalau pergi Buffet Ramadhan yang ada Kambing Golek. Bagi aku tak lengkap Buffet Ramadhan kalau tak ada kambing. Cam tak Umph kalau tak de. 

Tapi ni tak bermakna aku tak suka pergi Buffet yang takde kambing tau. Aku suka je. Janji makanan yang diaorang hidangkan tu sedap.


Ada yang cakap.. Awalnya ko cerita pasal Buffet Ramadhan. Lambat lagi la. Eh.. sekarang ni waktu cepat sangat tau. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 3 dah sekarang. Ramadhan bulan 5. Cepat tau. Padahal baru je lagi sambut New Year rasanya.

Salah satu tempat berbuka puasa yang hidangkan Buffet Ramadhan dan ada kambing golek sedap adalah dekat Restoran Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tahun ni diaorang ada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka dengan bertemakan Citarasa Warisan.

Istimewanya kat sini sebab ada "Carving Station" yang akan menyediakan kambing panggang setiap hari. Kambing panggang dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan yang pasti mampu membuka selera.


Promosi Buffet Ramadhan kat sini akan bermula dari 8 Mei 2019 hingga 3 Jun 2019 dan akan dibuka seawal 6 petang sampailah pukul 10 Malam. 


Harga:
RM 88 bersih (Dewasa)
RM 45 bersih (Kanak-Kanak)
*6 tahun-12 tahun
RM 70 bersih (Warga Emas)

Harga Tempahan awal dari sekarang hingga 5 Mei 2019 hanya RM 75 bersih Dewasa

*Harga termasuk 6% SST & 10% Sercive Charge
*Bayaran Penuh bagi setiap tempahan
*Ruang Terhad, tempahan awal diperlukan
*Wang tempahan tidak akan dikembalikan
*Solat Tarawih di Surau Ar-Rahman, PWTC

Selain tu, korang boleh jugak buat tempahan untuk berbuka satu ofis sebab pihak PWTC jugak ada sediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula daripada RM 98.00 seorang dengan tempahan minima 100 orang ke atas.

Pakej ni pun ada hidangan buffet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM 5.00 bermula dari jam 6 petang.



Tetamu boleh sembahyang Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di aras 3 PWTC. Sejadah dan telekung untuk muslimah pun ada tersedia dekat sini. Tak payah bawak dah dari rumah.



Pasuka Chef PWTC yang diketuai oleh Eksekutif Chef iaitu Chef Suzaini Mohamad Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap minggu.


Antara menu yang akan akan dihidangkan ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lenak Kuning, Pegaga Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kawah.







Kaunter buffet juga ada pelbagai hidangan manisan dan pencuci mulut. Ni adalah kawasan kegemaran aku. Kalau boleh, semua desert kat sini aku nak try.



Ada lebih kurang 8 jenis kuih muih melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, "mousse & pudding", 3 jenis bubur manis, aneka biskut melayu dan pelbagai lagi.







Warung minuman sejuk pun best sebab dia hidangkan  minuman sejuk dan panas macam air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, 3 perisa aiskrim, kopi dan teh tarik.



Tempat makan yang disediakan pun selesa untuk kita sekeluarga.


Untuk sebarang pertanyaan, tempahan atau pembelian baucer Buffet Citarasa Warisan @ PWTC ni, para pelanggan boleh datang terus ke kaunter tempahan Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang atau boleh terus hubungi Restoran Riverside di talian 03-26146701/ 03-26146702. Baucer dengan pelbagai tawaran menarik juga boleg dibeli di Fave  dan 11Street.

10.3.19

Dapat Baucer Membeli Belah RM 50 Di LuLu Hypermarket

Sunday, March 10, 2019 0
Dapat Baucer Membeli Belah RM 50 Di LuLu Hypermarket

Aku ni kalau shopping jenis yang suka beli semua benda yang aku nak dekat satu tempat je. Aku tak gemar beli sana sikit, beli sini sikit. Macam buang masa je bagi aku.

Sebab tu la aku suka shopping dekat LuLu Hypermarket.  Semua benda yang aku nak ada kat sini. Lepas beli semua kat sini, dah boleh balik rehat dekat rumah. Senang.


Tambah-tambah pulak sekarang ni tengah ada PROMOSI BAYARAN BALIK SEPARUH iaitu setiap pembelian RM 100 korang akan dapat baucer membeli belah yang bernilai RM 50. Berbaloi kan? Baucer ni boleh ditebus ke atas barangan dari kategori yang sama. 
*tertakluk pada terma dan syarat


Kalau nak dapatkan baucer RM 50 tu, korang kena shopping dekat bahagian Fesyen, Kasut, Bag Tangan Wanita, Sari dan Churidar. 


Contohnya macam ni. Kalau korang beli kain sari RM 100, lepas tu akan dapat baucer RM 50. Ha.. boleh la korang beli Sari lagi guna baucer tu. Berbaloi kan? 



Zaman sekarang ni, semua orang nak berjimat. Kalau ada offer macam ni, rugi la tak grab kan. Sape nak bagi kat kita baucer sampai RM 50. Dekat LuLu Hypermarket je ada.

Aku hari tu masa pergi LuLu Hypermarket ni, jadi rambang mata sekejap. Maunya tak, semua barang kat sini murah dan cantik-cantik pulak tu.


Dress pun cantik-cantik. Untuk yang Plus Size macam aku, jangan risau sebab ada jugak baju besar-besar kat sana. Cuma kita kena pandai Mix and Match je.



Lagi berapa bulan je lagi dah nak raya. Boleh la ambik kesempatan sementara tengah offer ni untuk beli baju, tudung, kasut dan handbag. Kasut jenama Bata pun ada tau kat sini.



Bukan je baju orang dewasa, baju anak-anak pun ada kat sini. Satu family la boleh shopping raya kat sini. Geram aku tengok baju budak-budak ni. Semuanya cantik dan comel. Aku ingat, nak beli baju raya anak-anak buah aku kat sini la nanti. Jimat sikit.


Tengok la baju yang model-model ni semua pakai. Nampak mahal gitu. Padahal harga mampu milik je pun.



Yang mana cari kain sari, aku memang cadangkan datang sini sebab semua kain sari kat sini berwarna-warni dan cantik-cantik. Aku pun rasa nak beli kain sari je la untuk buat baju raya tahun ni. 





Barangan elektrik dan kelengkapan rumah pun ada banyak pilihan dekat sini. Ada satu benda yang aku berkenan lama dah. Pastu bila datang sini, aku jadi teruja sebab harga murah giler kut. Macam tak percaya pun ada. 



Aku dah lama mengidam nak beli Kamera Canon M10 ni. Hari tu pernah survey. Harga 2k lebih jugak la. Tu yang terbantut hasrat nak beli. Tengok-tengok kat sini cuma RM 1581. Wow sangat. Rugi tak grab offer ni.




Dekat bahagian bawah, ada barangan keperluan dapur. Ni ibarat syurga bagi mak-mak. Aku rasa bukan mak-mak je teruja. Semua kut yang suka masak atau makan suka tempat ni. 


Dari Ayam, Daging, Ikan sampai la ke sayur dan buah-buahan semuanya fresh je. Serius, setakat aku datang LuLu ni aku belum pernah jumpa sayur layu atau kuning-kuning nak mati tu. Semua nampak segar bugar je.







Lagi satu benda wajib aku beli kalau datang LuLu ni ialah Jus Segar diaorang. Macam-macam pilihan ada. Air Detox pun ada tau.


Bagi yang mencari makanan siap, kat sini pun ada. Wajib try Beriani kat sini. Sedap tau! Aku kalau lunch tak tahu nak makan apa, memang kat LuLu la aku beli. Pilih je nak makan apa. Untung jugak bila ofis dekat ni. Hihihi.


Kat sini juga ada dijual barangan dari Timur Tengah macam coklat dan kekacang. Banyak pilihan. Pilih je mana berkenan. Saffron pun ada. Sebelum ni susah sangat nak cari. Lepas ni, dah tahu dah. Cari je kat LuLu. Gerenti ada.


Jangan lupa tau. Promosi BAYARAN BALIK SEPARUH ni bermula 1 Mac hingga 24 Mac 2019 di LuLu Hypermaket.

Nak tengok promosi terkini atau maklumat lanjut boleh layari:

Website : LuLu Hypermarket
Instagram : LuLu Hypermarket
Facebook : LuLu Hypermarket