Buffet Ramadhan 2019 : Citarasa Warisan @ PWTC - eyzamiel

16.3.19

Buffet Ramadhan 2019 : Citarasa Warisan @ PWTC


Aku paling suka kalau pergi Buffet Ramadhan yang ada Kambing Golek. Bagi aku tak lengkap Buffet Ramadhan kalau tak ada kambing. Cam tak Umph kalau tak de. 

Tapi ni tak bermakna aku tak suka pergi Buffet yang takde kambing tau. Aku suka je. Janji makanan yang diaorang hidangkan tu sedap.


Ada yang cakap.. Awalnya ko cerita pasal Buffet Ramadhan. Lambat lagi la. Eh.. sekarang ni waktu cepat sangat tau. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 3 dah sekarang. Ramadhan bulan 5. Cepat tau. Padahal baru je lagi sambut New Year rasanya.

Salah satu tempat berbuka puasa yang hidangkan Buffet Ramadhan dan ada kambing golek sedap adalah dekat Restoran Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tahun ni diaorang ada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka dengan bertemakan Citarasa Warisan.

Istimewanya kat sini sebab ada "Carving Station" yang akan menyediakan kambing panggang setiap hari. Kambing panggang dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan yang pasti mampu membuka selera.


Promosi Buffet Ramadhan kat sini akan bermula dari 8 Mei 2019 hingga 3 Jun 2019 dan akan dibuka seawal 6 petang sampailah pukul 10 Malam. 


Harga:
RM 88 bersih (Dewasa)
RM 45 bersih (Kanak-Kanak)
*6 tahun-12 tahun
RM 70 bersih (Warga Emas)

Harga Tempahan awal dari sekarang hingga 5 Mei 2019 hanya RM 75 bersih Dewasa

*Harga termasuk 6% SST & 10% Sercive Charge
*Bayaran Penuh bagi setiap tempahan
*Ruang Terhad, tempahan awal diperlukan
*Wang tempahan tidak akan dikembalikan
*Solat Tarawih di Surau Ar-Rahman, PWTC

Selain tu, korang boleh jugak buat tempahan untuk berbuka satu ofis sebab pihak PWTC jugak ada sediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula daripada RM 98.00 seorang dengan tempahan minima 100 orang ke atas.

Pakej ni pun ada hidangan buffet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM 5.00 bermula dari jam 6 petang.



Tetamu boleh sembahyang Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di aras 3 PWTC. Sejadah dan telekung untuk muslimah pun ada tersedia dekat sini. Tak payah bawak dah dari rumah.



Pasuka Chef PWTC yang diketuai oleh Eksekutif Chef iaitu Chef Suzaini Mohamad Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap minggu.


Antara menu yang akan akan dihidangkan ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lenak Kuning, Pegaga Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kawah.







Kaunter buffet juga ada pelbagai hidangan manisan dan pencuci mulut. Ni adalah kawasan kegemaran aku. Kalau boleh, semua desert kat sini aku nak try.



Ada lebih kurang 8 jenis kuih muih melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, "mousse & pudding", 3 jenis bubur manis, aneka biskut melayu dan pelbagai lagi.







Warung minuman sejuk pun best sebab dia hidangkan  minuman sejuk dan panas macam air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, 3 perisa aiskrim, kopi dan teh tarik.



Tempat makan yang disediakan pun selesa untuk kita sekeluarga.


Untuk sebarang pertanyaan, tempahan atau pembelian baucer Buffet Citarasa Warisan @ PWTC ni, para pelanggan boleh datang terus ke kaunter tempahan Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang atau boleh terus hubungi Restoran Riverside di talian 03-26146701/ 03-26146702. Baucer dengan pelbagai tawaran menarik juga boleg dibeli di Fave  dan 11Street.

1 comment:

  1. lemah laa tengok makanan2 cemni. time posa meriah naaaw buffet depa.
    nak jugakla pi bukak posa kat hotel ke mana2 ke nanti. boleh bawak mak..

    ReplyDelete