April 2019 - eyzamiel

29.4.19

The Beauty Expert Spa menawarkan Pakej Spa yang murah dan berbaloi di Cheras

Monday, April 29, 2019 3
The Beauty Expert Spa menawarkan Pakej Spa yang murah dan berbaloi di Cheras

Eyza ni sejenis yang suka "Me Time" dekat SPA. Eyza suka sesekali bila kita manjakan diri macam tu. Tahu je la duduk kat KL ni, jammed pun boleh buat stress.

Ada banyak SPA yang tawarkan pakej Eyza nak, tapi tak banyak yang tawarkan perkhidmatan terbaik.

Eyza agak cerewet sikit bab ni. Ye la, kita kalau boleh nak la lepas keluar dari SPA, kita bertambah Fresh bukan makin serabut.

Baru-baru ni, Eyza rasa stress sangat. Ye la, dengan kerja, dengan masalah peribadi, dengan jammed lagi. Memang waktu yang tepat la kalau Eyza nak pegi SPA. Cari punya cari, Eyza pun jumpa The Beauty Expert Spa yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras ni. SPA ni adalah SPA Muslimah yang terbaik di Area Cheras dan Kajang.

Masuk je Eyza dah rasa tenang. Bukan saja hiasan yang sederhana dan tak serabut, tapi jugak kita disambut dengan pekerja yang ramah serta alunan muzik yang mendamaikan je.






Sebelum datang, Eyza buat temujanji dulu. Ye la, tak nak la bila kita datang kena menunggu sebab dah ada orang lain booking awal. Tak best la kan. Kalau boleh buat temujanji seminggu awal. 


Mula-mula kan, Eyza pilih treatment Full Body Massage je. Tapi, bila dah kena urut semua rasa best sangat. Terus Eyza tambah Scrub Badan, Lulur dan Mandi Susu.

Full Body Massage tu sangat-sangat Eyza recommend sebab bukan saja dapat hilangkan angin dan lenguh-lenguh badan tapi boleh buat badan jadi ringan. Dah la sekarang ni ada promo, ambik Pakej Full Body Massage, percuma Push Up Breast, Push Up Pinggul, Urutan Seri Wajah, Urutan Sengkak Rahim dan jugak Free Tangas. Banyak kan?


Part Scrub, Lulur dengan mandi susu tu pun tak payah cerita la. Memang buat Eyza rasa nak tidur.Dah la alunan lagu-lagu tu damai je.

Memang berbaloi sangat Eyza spend 3 jam lebih kat sini untuk buat 2 treatment ni. 

Bilik yang Eyza dapat pun best. Semua ada dalam tu. Dah la dekat dengan toilet. Privacy sangat dekat sini sebab tak ada lelaki yang boleh masuk. SPA Muslimah tau ni. Tahu je la bila kita kat SPA ni, semua kena bukak. Sebab tu tak ada gambar Eyza masa treatment. Sensored! Hahaha





Tapi serius Eyza cakap, Eyza memang recommend korang datang buat treatment kat sini. Beauty Consultant Eyza ialah Linda. Ya Ampun.. Nampak je dia kecik, tapi bila urut memang berasa la. Eyza ni jenis banyak angin dia kata. Sebab tu ada bahagian-bahagian tertentu yang agak sakit bila kena urut. Tapi bila dia dah bukak simpul tu, badan rasa fresh je.


Part Scrub badan, lulur dengan mandi susu pun best. Rasa hilang semua daki kat badan. Scrub tu dah la bau Lavender. Lulur tu lagi best, bau coklat. Rasa macam nak makan coklat plak time tu.


Last sekali part berendam dalam bath tub, mandi susu. Best wo.. Rasa hilang semua stress kat kepala.


Alhamdulillah, Eyza berpuas hati dengan urutan dan semua yang Linda buat. Kat bawah ni la Linda. Dia dah kerja kat sini setahun lebih dah pun. Kira expert dah selok belok rawatan yang kita minta.


Kat sini juga ada ada kelas untuk sesiapa yang nak belajar untuk jadi Beauty Consultant.

Selain 2 pakej yang Eyza ambik tu, ada jugak rawatan seperti:

~ Facial Resdung
~ Facial Oxygen 
~ Facial LED 
~ Facial Lifting 
~ Facial Diamond
~ Facial Sulam Bedak
~ Full Body Massage
~ Combo Massage
~ Rawatan Selepas Bersalin ( Posnatal package )
~ Body Treatment
~ Bridal Spa Package


Pilih je rawatan mana yang korang suka. Bagi Eyza, harga yang ditawarkan murah dan berbaloi dengan servis. Lepas ni, Eyza akan kerap la berkunjung kat sini. 


So, kalau korang tinggal berdekatan Cheras atau Kajang, takpun memang mencari SPA yang best dengan servis terbaik, sila lah berkunjung ke Beauty Expert SPA ni. 

Serius korang akan puas hati macam Eyza.


Scrub yang macam Eyza pakai tu pun ada dijual kat sini. Lain kali kalau pergi, Eyza nak beli la. Rugi plak hr tu x beli. Scrub ni memang best. Badan jadi wangi dan lembut je.


Untuk buat temujanji atau pertanyaan boleh contact no kat atas tu atau boleh tengok dekat :


28.4.19

Buffet Ramadhan 2019 : Banyak sebab kenapa tiap-tiap tahun wajib berbuka di Bangi Golf Resort

Sunday, April 28, 2019 0
Buffet Ramadhan 2019 : Banyak sebab kenapa tiap-tiap tahun wajib berbuka di Bangi Golf Resort

Rasanya dah 4 ke 5 tahun Eyza tak pernah miss berbuka puasa dekat Bangi Golf Resort. Boleh kata tiap-tiap tahun Eyza pergi.

Eyza suka berbuka dekat sini sebab seleksi Buffet dengan lebih dari 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional melayu, yang membangkitkan kenangan masakan ibu dekat kampung hingga la kepada makanan barat untuk cita rasa yang lebih moden.



Lauk Pauk seperti Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak pun ada untuk dimakan dengan Nasi Kukus.



Dekat sini, diaorang gunakan konsep "Kebun Dalam Bandar" yang menjadi kebanggaan BGR dengan mengenengahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan Tradisional.


Tidak ketinggalan Nasi Ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna. Ayam tu dipanggang dengan sos BBQ Ala Oriental, Nasi pun lembut je.


Korang wajib try Nasi Kerabu bersama-sama ulam-ulaman organik seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom dan kacang pancang yang dipetik sendiri oleh chef-chef BGR, apatah lagi dimakan dengan serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah serta budu bersama hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga telang yang membuatkan Nasi berwarna biru jugak dipetik dari kebun BGR.




Jangan lupa cuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang sedap dekat sini.




Eyza kalau tiap kali berbuka, mesti akan cari manisan dan pencuci mulut yang sedap-sedap. 

Antara manisan yang ada kat sini macam Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat, Tiramisu Itali serta seleksi Kuih Muih Melayu.



Selain dari tu, ada juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Pandan Gula Melaka Mousse, Purple Velvet Yogurt dan macam-macam la. Sampai rambang mata nak pilih.




Pulut kuning dengan Rendang Daging dan serunding kelapa pun ada kat sini.


Tahun ni juga, ada bahagian untuk anak-anak bermain. So, mak ayah boleh makan dengan tenang sebab anak-anak dah sibuk dekat seksyen mainan ni.


Eyza suka sangat berbuka dekat BGR ni sebab:

Kambing Golek Sedap


Tiap-tiap tahun Eyza memang akan cari Kambing Golek dekat BGR ni sebab sosnya sedap dan kambing tak hamis. Dah la daging lembut. Puas hati la.


Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma


Mungkin ada yang akan cakap "ala.. telur setengah masak je pun". Hei.. ni lain dari yang lain tau. Hanya ada kat BGR je. Sebab tu tiap-tiap tahun Eyza akan tertunggu-tunggu untuk berbuka puasa kat sini. Kalau tak percaya, cuba la berbuka kat sini dan rasa keenakan telur dengan sos cendawan ni.

Durian


Masa majlis pratonton Menu Ramadan BGR, Eyza dapat tengok pertandingan membelah durian serta dapat makan durian yang sedap giler. Musang King kut. Memang sedap la.


Berkongsi Pahala

Selain dapat berbuka dengan makanan sedap-sedap, Restoran BGR juga akan sumbangkan 1% dari keuntungan sepanjang Bulan Ramadan ini ke Islamic Relief Malaysia (IRM).

Makan seenaknya, elak membazir

BGR bekerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Surau, Parking dan Tandas

Untuk tahun ni, BGR dah tambah baik tandas dan Surau yang lebih luas umpama tandas lima bintang.

Ada lebih kurang 800 parking percuma untuk pengunjung agar semua orang dapat parking dengan selesa.

Untuk menempah, boleh layari https://www.bgrrest.com/product/ramadhan-buffet/ . Harga bermula dari serendah RM 59.00nett untuk dewasa dan RM 29.00nett untuk kanak-kanak.

Maklumat lanjut:
Bangi Golf Resort
No. 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.


Tempahan dan Pertanyaan :
1700818557
Email : enquiry@bgrrest.com

27.4.19

4 sebab kenapa perlu shopping sempena Ramadan ni di LuLu Hypermarket KL

Saturday, April 27, 2019 0
4 sebab kenapa perlu shopping sempena Ramadan ni di LuLu Hypermarket KL

Tak lama je lagi dah nak bulan Ramadan. Bila tiba je Ramadan, kita mesti akan buat persiapan. Tak kira la persiapan untuk menyambut Ramadan ataupun Raya. Selalunya ramai yang suka buat persiapan dua-dua ni serentak supaya tak kelam kabut nanti.

Untuk persiapan menyambut Ramadan dan Raya tahun ni, Eyza cuma ke Lulu Hypermarket je.Kat sini senang sebab semua yang kita nak ada di bawah satu bumbung je. Tak perlu nak penatkan badan pergi survey 2,3 tempat.

Nak tahu tak 4 sebab kenapa Eyza suka shopping dekat LuLu Hypermarket? Ha.. ni la sebabnya:


Jualan Ramadan 
(1 Mei - 10 Jun 2019) - Storewide


Destinasi membeli-belah muktamad di mana pelanggan dapat menikmati penjimatan sehingga 70% OFF pada fesyen, kasut, beg tangan, elektronik / IT, telefon bimbit, isi rumah, perabot rumah, mainan & bagasi. Di samping itu, juga penjimatan besar pada produk harian, barang-barang segar, barangan runcit makanan & barangan bukan makanan.



Lulu dikenali kerana mempunyai pilihan luas kurma berkualiti terbaik dari seluruh dunia, yang diimport secara eksklusif untuk memenuhi keperluan bulan suci ini.


Anda boleh mendapatkan Ajwa, Kudhri, Mejdoul atau kurma premium lain dengan harga yang sangat baik di sini, serta barangan roastery lain untuk buka puasa.

Jangan lupa untuk mencuba makanan istimewa tempatan, India & Arab & makanan pencuci mulut dekat sini. Sangat sedap! Ini cara yang sempurna untuk persiapan awal anda untuk tempoh perayaan yang akan datang.

Bazar Raya (sehingga 21 Mei 2019) - Kawasan Promosi, Aras 2


Tempat di mana anda boleh mencari semua yang anda perlukan untuk Raya di bawah satu bumbung. Dapatkan penjimatan hebat dengan barang-barang promosi Must-have Raya seperti barangan isi rumah & barangan rumah, elektrik, elektronik, kasut & bagasi.




Jenama besar seperti Philips, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Sharp, Tefal, JBL dan banyak lagi turut serta. Terletak di Kawasan Promosi, Tingkat 2, ini adalah masa yang tepat untuk memberikan rupa baru ke rumah anda untuk Raya yang akan datang! Jangan ketinggalan tawaran hebat ini!






Peraduan Dream Drive (1 Mei - 1 September 2019)


Selepas Peraduan "Shop & Win" yang berjaya tahun lepas, Lulu Hypermarket terus mengadakan pertandingan yang sama, dan kali ini dengan hadiah yang lebih baik. Pada tahun ini, 2 Proton X70 sebagai Hadiah Utama bersama-sama dengan hadiah yang lebih menarik seperti Apple iPhone 7+, TV LED UHD dan Baucar Hadiah Lulu.

Apa yang perlu anda lakukan ialah membelanjakan RM75 & ke atas dalam satu resit tunggal dari Lulu Hypermarket & Department Store semasa tempoh promosi, dapatkan kupon cabutan bertuah anda.

Isikan butiran anda, jatuhkan ke dalam kotak undian bertuah dan anda akan berlari untuk memenangi hadiah-hadiah hebat ini. Semudah itu!

Untuk pemilihan pemenang, akan ada 2 sesi, yang pertama akan diadakan pada 5 Julai dan yang lain akan pada 6 September 2019. Pelanggan boleh merujuk kepada jawatan promo FB Lulu, poster di dalam rumah & perkhidmatan pelanggan untuk butiran mengenai terma & syarat.

Promosi Mingguan (pada hujung minggu)

Pelanggan juga boleh menikmati tawaran hebat mengenai makanan segar, makanan panas, roti & barangan runcit, serta item terpilih dari kategori lain dalam promosi hujung minggu khas ini. Cepat kerana LuLu Hypermarket memberi tawaran istimewa untuk semua orang!




Eyza kalau setiap kali bersahur perlu ada Milo dan conflakes. Kalau rasa jemu makan nasi, memang cornflakes la yang Eyza cari. Bila tgk kat LuLu ni, 2 barang yang memang Eyza suka waktu Ramadan murah, apa lagi terus la beli. Rugi tak amik peluang ni.




Untuk 3 hari ni iaitu bermula semalam hingga la esok (26-28 April 2019), korang boleh dapatkan Baju, Kasut, Bag Wanita, Saree dan Churidar dengan potongan 40%. Memang berbaloi sangat.







Masih sempat nak grab peluang diskaun 40% ni. Rugi kalau tak rebut. Banyak boleh jimat ni.

So, Untuk persiapan menyambut Ramadan dan Raya Eyza just shopping dekat sini je. Apa kata korang pun ke sini. Selamat Menyambut Bulan Ramadan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari: