Buffet Ramadhan 2019 : Banyak sebab kenapa tiap-tiap tahun wajib berbuka di Bangi Golf Resort - eyzamiel

28.4.19

Buffet Ramadhan 2019 : Banyak sebab kenapa tiap-tiap tahun wajib berbuka di Bangi Golf Resort


Rasanya dah 4 ke 5 tahun Eyza tak pernah miss berbuka puasa dekat Bangi Golf Resort. Boleh kata tiap-tiap tahun Eyza pergi.

Eyza suka berbuka dekat sini sebab seleksi Buffet dengan lebih dari 200 jenis makanan daripada hidangan tradisional melayu, yang membangkitkan kenangan masakan ibu dekat kampung hingga la kepada makanan barat untuk cita rasa yang lebih moden.



Lauk Pauk seperti Ayam Varuval, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak pun ada untuk dimakan dengan Nasi Kukus.



Dekat sini, diaorang gunakan konsep "Kebun Dalam Bandar" yang menjadi kebanggaan BGR dengan mengenengahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan Tradisional.


Tidak ketinggalan Nasi Ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna. Ayam tu dipanggang dengan sos BBQ Ala Oriental, Nasi pun lembut je.


Korang wajib try Nasi Kerabu bersama-sama ulam-ulaman organik seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom dan kacang pancang yang dipetik sendiri oleh chef-chef BGR, apatah lagi dimakan dengan serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah serta budu bersama hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga telang yang membuatkan Nasi berwarna biru jugak dipetik dari kebun BGR.




Jangan lupa cuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang sedap dekat sini.




Eyza kalau tiap kali berbuka, mesti akan cari manisan dan pencuci mulut yang sedap-sedap. 

Antara manisan yang ada kat sini macam Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat, Tiramisu Itali serta seleksi Kuih Muih Melayu.



Selain dari tu, ada juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Pandan Gula Melaka Mousse, Purple Velvet Yogurt dan macam-macam la. Sampai rambang mata nak pilih.




Pulut kuning dengan Rendang Daging dan serunding kelapa pun ada kat sini.


Tahun ni juga, ada bahagian untuk anak-anak bermain. So, mak ayah boleh makan dengan tenang sebab anak-anak dah sibuk dekat seksyen mainan ni.


Eyza suka sangat berbuka dekat BGR ni sebab:

Kambing Golek Sedap


Tiap-tiap tahun Eyza memang akan cari Kambing Golek dekat BGR ni sebab sosnya sedap dan kambing tak hamis. Dah la daging lembut. Puas hati la.


Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma


Mungkin ada yang akan cakap "ala.. telur setengah masak je pun". Hei.. ni lain dari yang lain tau. Hanya ada kat BGR je. Sebab tu tiap-tiap tahun Eyza akan tertunggu-tunggu untuk berbuka puasa kat sini. Kalau tak percaya, cuba la berbuka kat sini dan rasa keenakan telur dengan sos cendawan ni.

Durian


Masa majlis pratonton Menu Ramadan BGR, Eyza dapat tengok pertandingan membelah durian serta dapat makan durian yang sedap giler. Musang King kut. Memang sedap la.


Berkongsi Pahala

Selain dapat berbuka dengan makanan sedap-sedap, Restoran BGR juga akan sumbangkan 1% dari keuntungan sepanjang Bulan Ramadan ini ke Islamic Relief Malaysia (IRM).

Makan seenaknya, elak membazir

BGR bekerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Surau, Parking dan Tandas

Untuk tahun ni, BGR dah tambah baik tandas dan Surau yang lebih luas umpama tandas lima bintang.

Ada lebih kurang 800 parking percuma untuk pengunjung agar semua orang dapat parking dengan selesa.

Untuk menempah, boleh layari https://www.bgrrest.com/product/ramadhan-buffet/ . Harga bermula dari serendah RM 59.00nett untuk dewasa dan RM 29.00nett untuk kanak-kanak.

Maklumat lanjut:
Bangi Golf Resort
No. 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.


Tempahan dan Pertanyaan :
1700818557
Email : enquiry@bgrrest.com

No comments:

Post a Comment