Koleksi Bawal dan Shawl cantik dari Bidadarihouse - eyzamiel

2.4.19

Koleksi Bawal dan Shawl cantik dari Bidadarihouse


Eyza ni dah lama jugak la tak pakai tudung bawal. Asyik pakai shawl je. Tapi kan.. bila Eyza jalan-jalan dekat ig Bidadarihouse ni, Eyza terus cam jatuh hati dengan koleksi bawal kat sini.

Kaler dia dah la jenis yang Eyza suka. Rambang mata jugak tak tau nak pilih. Apa yang bestnya lagi kat sini ialah bila ada jugak shawl. Yeay. So, Eyza lepas ni kalau nak beli Shawl atau bawal, just tengok kat sini je. Dua-dua jenis ada.

Eyza pun apa lagi, grab la 2 tudung bawal dan 1 shawl. Mula-mula ingatkan nak pakai waktu raya, tapikan kaler dia cantik sangat. Kita dah terpakai pun. Hihihi. 

Eyza pilih Bawal AKEL Plain 50 Kod 72 dan Bawal Cotton Turki 50 Kod 27. Untuk shawl pulak, Eyza pilih AYLA Shawl Premium Kod S9.

AKEL Plain 50


Tudung Bawal AKEL Plain 50 ada lebih kurang 32 warna untuk kita pilih. Eyza sendiri pun tak tahu nak pilih warna apa. Rasa nak ambik semua je.


Tapi atas dasar cintakan Pink, Eyza pun pilih kod 72. Ni bukan typical Pink tau. Ni Pink yang agak gelap, ala-ala nak ke Purple tapi masih pink. 

Material : Turkish Chiffon (100% polyester)
Saiz : Bidang 50 (120cm x 120cm)
Kod Warna : 72


Eyza suka warna ni sebab susah nak cari. Akhirnya kutemui jugak dekat Bidadarihouse ni. Love sangat.


Bawal ni bidang besar jugak, kalau korang yang suka pakai labuh pun sesuai pakai tudung ni.

Bawal Cotton Turki 50


Kalau korang penggemar Bawal Turki, ha.. ni la tudung yang sesuai. Selalunya Bawal Turki ni akan bercorak. Susah pulak nak match dengan baju. Tapi, kali ni Bidadarihouse keluarkan Bawal Turki yang plain pulak.

Material : Cotton Turki
Saiz : Bidang 50 (120cm x 120cm)
Kod Warna : 27


Pilih punya pilih, mata Eyza berkenan dekat Warna biru laut iaitu Kod 27 dalam koleksi Bawal Cotton Turki 50 ni. Lembut je warna dia. Rasa Ayu gitew bila pakai.



AYLA Shawl Premium


Dah ada 2 bawal, Eyza mesti la takkan lupakan shawl jugak. Dua-dua jenis Eyza suka. Untuk Shawl, Eyza pilih warna Navy Blue iaitu Kod S9. Dah ada 2 warna terang, kali ni Eyza pilih warna gelap pulak. 


Material : Turkish Satin
Saiz : 175cm x 200cm
Kod Warna : S9




Tudung dari Bidadarihouse ni dibuat dari kain yang bermutu tinggi. Siap ada cara nak basuh lagi bagi kekalkan kualiti tudung ni.


Sekarang ni ada promosi tau. Korang boleh beli dan masukkan kod macam kat bawah ni untuk dapat diskaun 10% dari 1 April sampai la 30 April 2019. Ha.. Memang berbaloi sangat korang shopping tudung raya sekarang.


Jangan lupa tau masukkan Kod bidadari-eyza10 untuk diskaun 10 %.

Untuk info lanjut dan harga boleh rujuk :
emel: sales@bidadarihouse.com

#BidadariHouse #AYLAShawlPremium #AKELPlain
#BawalCottonTurki #BHctss


12 comments:

  1. tengok orang lain pakai tudung Bawal jadi elok je.. kalo CT pakai entahla..
    tak tahu jadi macam mana nak crita T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun kkdg jadi kekdg kelaut jugak. Hahaha

      Delete
  2. fuhh mmg rambang mata jadinya.. suka AYLA Shawl Premium tu

    ReplyDelete
  3. nampak cantik elok terletakkk.

    ReplyDelete
  4. Wahhh cantik2 eyza pilih. Ena pon suka plain je. Senang nk match klu baju byk corak.hehe. nnti ena stalk produknye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...plain senang nak match dengan baju

      Delete