Althea Angels My First Gathering + A'Bloom Launch - eyzamiel

19.5.19

Althea Angels My First Gathering + A'Bloom Launch


Kalau yang follow Eyza dekat IG mesti tahu yang Eyza ni salah seorang dari Althea Angels. Eyza happy bila dapat cuba pelbagai barangan dari Althea Korea. Dah la semua produk dia best-best.Memang berbaloi sangat.


Baru-baru ni telah diadakan Althea Angels My First Gathering +  A'Bloom Launch yang bertempat di Softsrve Ice Cream, Desert and Ballon Bar yang terletak di Desa Park City.

Mula-mula rasa segan nak pergi. Ye la, kita ni biasa-biasa je. Yang pergi nanti dah tentu-tentu la cantik-cantik belaka.

Bila borak-borak dengan Mamajue, dia kata dia pergi jugak. Yeay. Ada gang. Mula-mula plan Jue tumpang Eyza, nak dijadikan cerita last minit plan bertukar. Eyza yang terpaksa tumpang Jue. 


Party ni adalah untuk pelancaran produk baru dari Althea iaitu A'Bloom dan bertemakan Warna Pastel. Eyza tak beli baju baru pun. Guna je baju sedia ada. Cuma just Mix n match je. Eyza pilih pakai warna Mint.


Sampai je kat sana, dah nampak warna pink. Yeay. Trademark Althea tu.Walau tempat tu penuh dengan Althea Angels dan agak sempit sikit, tapi kami semua happy sebab dapat makan dan buat aktiviti seperti menghias bekas loose powder.

Eyza sempat mencuba beberapa produk yang ada kat situ. Ada antara produk tu, Eyza dah ada pun. Boleh kata kebanyakkan barang mekap Eyza adalah dari Althea Korea.




Untuk makanan, kami semua dapat kupon dan redeem apa yang kami nak makan dulu. Best sebab ada teh, kopi, soft drink, waffle dan Aiskrim. Tak puas makan waffle dan  aiskrim tu sebab sedap sangat.





Aktiviti menghias bekas loose powder pun best sebab dapat asah bakat kita jadi kreatif. Tapi Eyza ni tak kreatif. Habis comot. Hahaha.




Lepas tu Majlis diserikan dengan ucapan dari Mamasan Tammy. Tq Tammy bagi Eyza peluang jadi salah seorang Althea Angels.


Di Majlis tu, kami diperkenalkan dengan tiga produk A'Bloom dan telahpun mula dijual di Website Althea Korea mulai 23 April 2019.


A'bloom Meringue Puffs 
[Baby Meringue Puffs & Giant Meringue Puff]


Puffs comel ni ada 2 saiz. 1 yg Giant dan satu baby. Yang giant boleh mengembang sebanyak 1.5 dari bentuk asal manakala yang baby ada 3 dalam 1 bekas.

Lepas ni senang la Eyza nak pakai foundation. Ada yang besar dan kecik. Boleh guna dua-dua. Dah la puff ni gebu giler. Senang nak pakai.


Harga pulak sangat la murah. Yang Giant cuma berharga RM 8 dan yang baby RM 11.


Untuk pembelian boleh klik dekat Sini

A'bloom BHA Blackhead Blaster


Eyza ni dah la jenis banyak Blackhead. Produk ni sangat sesuai la untuk Eyza. Eyza memang suka sangat pakai ni. Langsung x sakit.


Ianya hitam Arang dan berbau wangi Tea tree Oil. Nak pakai pun senang je. Just sapu selama 1 minit di hidung. Semua blackhead akan tanggal dan hidung nampak bersih je.


Harga satu ni cuma RM 16. Kalau nak beli boleh klik dekat sini

A'bloom Mask Sheet [Watermelon, Avocado, Lemon Lime & Peach


Mask ni ada 4 jenis iaitu:
1)Water-Me-Long-Moisturizing Watermelon Mask Sheet
2)Sparkle-Me-Bright - Brightening Lemon Lime Mask Sheet
3)AC-Me-Peach - Anti Blemish Peach Mask Sheet
4)Avo-Cuddle-Me - Nourishing Avocado Mask Sheet


Sekeping cuma berharga RM 2 dan kalau beli 10 keping cuma RM 15 je. Berbaloi-baloi. Dah la mask ni best.



Kalau nak beli, boleh klik sini

Happy rasanya bila dapat join First party Althea Angel ni. Moga tahun2 akan datang akan lebih happening. Seronok dapat berkumpul dengan semua Althea Angels.


Untuk maklumat lanjut dan pembelian produk-produk Althea, boleh layari https://my.althea.kr/

No comments:

Post a Comment