Hotel De Art adalah Hotel pilihan jika ke Shah Alam - eyzamiel

12.5.19

Hotel De Art adalah Hotel pilihan jika ke Shah Alam


Salam semua. Alhamdulillah, hari ni dah 7 Ramadan. Lebih kurang dah seminggu kita berpuasa. Kejap je rasanya kan.

Semalam Eyza dapat undangan untuk berbuka puasa di Laman Kayangan, Shah Alam.  Bincang-bincang dengan Hubby, dia ajak stay hotel je semalam. So, lepas berbuka puasa tak payah la kami nak gegas balik rumah. Walaupun xde la jauh mana pun KL-Shah Alam, tapi tahu je la lepas berbuka puasa. Malas nak drive jadinya.

Masa hubby ajak check in hotel tu, Eyza dah terfikir Hotel De Art sebab hotel ni ada 4 cawangan dekat Shah Alam.

Ada dekat Seksyen 9, Seksyen 19, Seksyen 7, I-City dan 1 di Subang iaitu di USJ 21. Eyza pilih Hotel De Art Seksyen 7 sebab dari hotel tu ke Laman Kayangan cuma 3 minit je. Dekat sangat-sangat. Memang stategik la hotel ni. 


Dari pintu masuk pun dah nampak menarik. Belum lagi masuk ke dalam.



Deko dah la ala-ala istana gitu. Sofa empuk bukan main. Siap ada bear 2 ekor. Kalau anak buah Eyza ada ni, mesti dia dah buat main dengan bear ni.


Hotel ni cuma 2 tingkat je. Tapi still ada lif tau. Tak payah susah-susah nak angkat bag. Walau harga yang ditawarkan adalah harga bajet, tapi perkhidmatan tetap terbaik.


Eyza dapat bilik no 205. Bilik ni berkonsepkan Maharaja. Tengok je la katil tu, siap ada crown raja lagi kat kepala katil. Betul-betul macam raja sehari. Eh.. Hahaha.





Bilik ni tak ada la besar sangat tapi ada ruang untuk kita solat dan ada tingkap. Eyza tak suka stay dekat bilik hotel tak ada tingkap. Rasa rimas.


Ada disediakan tempat sangkut baju, tv, air mineral, cerek elektrik, sejadah, hair dryer, serta Mesin air dan iron (diluar bilik). Penunjuk arah kiblat pun diaorang dh sesiap pasangkan dalam bilik. Semua kemudahan lengkap sangat. 








Bilik air pun selesa jugak. Yang penting shower dia besar. Puas hati mandi. Dah la kelengkapan macam berus gigi, ubat gigi, syampu dan sabun disediakan. Mana nak cari hotel yang kita bayar murah tapi sediakan semua.





Kalau ada yang berhajat nak stay sini dalam bulan puasa ni macam Eyza, korang jangan risau bab makanan sebab depan hotel ada Bazar Ramadan. Bawah hotel pulak ada Restoran yang dibuka 24 jam. Boleh berbuka dan bersahur dekat situ. 


Kalau nak beli barangan keperluan atau kudap-kudap pun dekat sebab sederet hotel tu ada Pasaraya. Sebelah hotel ada dobi. Tak payah nak drive pun kalau tetiba teringin nak makan kacang-kacang ke apa. Malam-malam depan hotel ada jual Otai burger. Dekat Lobi hotel pun ada jual air dan Aiskrim.


Yang paling penting, hotel ni sangat dekat dengan tempat shopping di Shah Alam tu. Dah dekat nak raya ni mesti ramai yang nak shopping persiapan raya kan. Stay je kat Hotel De Art Seksyen 7 ni, pagi2 dah boleh keluar untuk shopping. Tak perlu nak sangkut jammed ke apa nak pergi sana. Malas nak drive, ambik grab je. Murah pun murah sebab dekat.

Setakat ni Eyza dah pernah stay Hotel De Art Seksyen 9 dan Seksyen 7. Lepas ni kalau ada rezeki teringin nak stay dekat 3 lagi cawangan, tambah-tambah cawangan I-city sebab setiap cawangan ada konsep yang berbeza. 

Macam di seksyen 7 ni konsepnya Wallpaper. Sebab tu setiap bilik ada wallpaper yang cantik-cantik.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :


2 comments:

  1. kak ana pernah stay kat I-City De ARt memang best dan unik sangat bilik dia eyza kan :)

    ReplyDelete
  2. Ramai dh share pasal hotel ni kan..akak je yg x sempat nak terjah lagi..kena terjah jugak satu hari nanti..

    ReplyDelete