Resepi Pajeri Terung senang dan sedap - eyzamiel

10.5.19

Resepi Pajeri Terung senang dan sedap


Eyza suka sangat makan pajeri. Tak kita la pajeri terung atau nenas. Tapi kan, seumur hidup tak pernah masak pajeri ni.

Dua tiga menjak ni rasa rindu plak dekat pajeri mak. Nak suruh mak masak, jauh sangat. Kita pun whatsapp mak minta resepi. Nasib baik tak kena tazkirah ngan mak. Hihihi.

Walaupun first time tapi hubby cakap sedap. Kira pass la tu kan.

Kalau nak try, jom tengok resepi simple ni.

Resepi Pajeri Terung Maktok

Bahan-bahan:

Untuk Tumis
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
4 sekawan 
Daun Kari

Untuk Kisar:
1 labu bawang besar/4 biji bawang kecik
3 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari

Lain-lain:
Terung/Nenas
4 sudu rempah kari daging
Udang/Udang Kering
Sedikit Santan
Sedikit Kerisik
Gula merah sebesar ibu jari
Gula putih 1 sudu
Sedikit Garam
Sedikit Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Masukkan bahan-bahan untuk tumis ke dalam minyak yang dah panas.
2. Tunggu sampai naik bau. Masukkan pulak bahan kisar dan rempah kari yang dibancuh bersama.
3. Tunggu sampai pecah minyak. Masukkan gula merah.
4. Masukkan Terung/Nenas
5. Terung dah masak, masukkan santan, kerisik dan udang.Masukkan garam. Dah mendidih boleh tutup api.

Senang ke kan? Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment