Seminar Nak Ubah Hidup Oleh DR AZIZAN OSMAN - eyzamiel

6.5.19

Seminar Nak Ubah Hidup Oleh DR AZIZAN OSMAN


Sabtu minggu lepas, Eyza dapat jemputan ke Seminar 10X GROW YOUR BUSINESS OLEH DR AZIZAN OSMAN yang bertempat di Menara PGRM. Mula-mula fikir banyak kali jugak nak pergi. Ye la, Eyza ingatkan seminar ni just untuk orang yang ada Bisnes je. Tapi, bila Eyza dah join, rupanya tak ada bisnes pun boleh join. Seminar ni macam motivasi untuk kita majukan diri.


Masa mula-mula sampai, Eyza cam terkejut tengok ramainya yang datang. Dengar kata dekat 2000 orang. Memang luar biasa sangat. Kebanyakan yang datang kebanyakannya peserta yang pernah join sebelum ni, tapi ramai jugak yang baru pertama kali macam Eyza.Malah ramai founder produk-produk hebat dan artis pun datang.



Walaupun Eyza baru pertama kali join, tapi Eyza pun dapat aura positif bila tengok semua peserta  bersemangat. Kebanyakan dari mereka yang dah jana pendapatan  sampai berjuta-juta pun still join seminar Dr Azizan, buat Eyza terfikir takkan aku nak sia-siakan peluang yang aku dapat ni kan.


Bila Eyza dah duduk kat sana, baru la Eyza tahu kenapa semua jadi bersemangat. Setiap bait ceramah Dr Azizan sikit pun tak bosan. Aura positif tu sentiasa ada sambil sesekali Dr selitkan dengan lawak-lawak sikit.

Power betul aura Dr Azizan ni sampaikan yang hadir betul-betul fokus  dan bersemangat luar biasa. Dengar tepukan pun bergema dalam dewan tu buat Eyza pun jadi macam semangat sama.





Pada hari yag sama, Richworks International Sdn Bhd telah melancarkan Seminar NAK UBAH HIDUP 2019 - KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES yang akan berlangsung  pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). 




Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.

Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.

Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Program Nak Ubah Hidup yang dijangka pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 



“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 

Dr Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 

Bayangkan masa sesi perkongsian, ada usahawan ni cerita sebelum dia join seminar Dr Azizan dia dapat keuntungan RM 100,000.00 setahun tapi selepas join keuntungan bisnes beliau mencecah 3.4 juta dalam masa setahun. Ya Allah, banyak betul beza tu. Semangat Dr Azizan dalam membantu Orang Melayu dalam meningkatkan keyakinan diri untuk memulakan atau menjalankan bisnes yang sedia ada sangat la membantu.

Bagi usahawan atau orang perseorangan yang berminat untuk Ubah Hidup Anda, bolehlah sertai Seminar Nak Ubah Hidup yang akan berlangsung pada 30 Ogos 2019 nanti.




Pendaftaran Program ini masih dibuka dan maklumat lanjut boleh layari:


No comments:

Post a Comment