July 2019 - eyzamiel

30.7.19

BERADA DI AWAN DENGAN CATHAY PACIFIC

Tuesday, July 30, 2019 0
BERADA DI AWAN DENGAN CATHAY PACIFIC

Eyza memang selalu akan rewardkan diri sendiri dengan pergi bercuti. Sekurang-kurangnya setahun 2 kali. Tak kisah la bercuti dalam atau luar negara. Selalunya Eyza akan pergi bercuti dengan husband, family atau kawan-kawan. Setakat ni Eyza blom pernah travel solo. Tapi teringin jugak nak pergi. Maybe one day.

Jadual yang busy sekarang ni buatkan kita perlukan cuti untuk naikkan balik motivasi kita. Lebih-lebih lagi kalau dapat melancong ke tempat yang kita tak pernah pergi, betul tak geng?

Lagi best kalau kita nak pergi tu naik kapal terbang. Itulah impian kita semua kan. So kali ni Eyza nak sembang sikit pasal salah satu airline yang ada kat dunia ni iaitu Cathay Pacific flight booking kat korang semua and sikit info pasal cathay pacific.



Cathay Pacific ni airlines dari Hong Kong, dan pernah menang award tau pada tahun 2016 sebagai pembersih dan first class terbaik dunia. Pada masa sekarang ni airlines ni pergi ke lebih kurang 90 destination, lebih kurang 35 negara so korang cuba bayangkan macam-macam tempat yang korang boleh pergi.





So nak dapatkan harga tiket murah, pertama sekali korang kena pergi ke web Traveloka atau appsnya. Kat sini korang boleh search flight yang ada contohnya kalau korang nak ke Bangkok, atau nak cari flights to bangkok online promotion, first sekali korang pilih tarikh yang korang plan, and suggestion Eyza korang pilih tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu korang akan dapat harga yang menarik. Pastu korang click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so korang kena search tarikh lain lak. Dia keluar jugak result dari airline lain so korang boleh bandingkan harga senang je kat satu tempat. Tak payah pergi satu persatu.



Airline ni ada 4 jenis seating yang korang boleh pilih, ikutlah korang sama ada nak economy, premium economy, business atau first class. Economy class ni sama jugak macam airline lain, ada tempat untuk letak barang kat depan seat dan selesa, and ada jugak in flight entertainment untuk perjalanan yang jauh. Makanan pulak korang ada 4 pilihan so korang boleh pilih ikut yang mana korang nak. Untuk premium economy lak seat dia besar sikit and lebih selesa untuk tidur. Korang boleh request blindfold untuk tidur kalau nak. Makanan lak lebih banyak pilihan dan sedap-sedap gak tu. Business class lagi best, sebab seat dia besar and ada privacy sikit. Makanan lak datang dari chef from the top restaurant. Untuk first class pulak seat korang boleh tukar jadi bed so untuk flight yang jauh confirm korang dapat rehat secukupnya. Makanan korang boleh pilih banyak pilihan dan korang siap boleh pilih time bila nak makan. Cuma kat sini Eyza nak pesan janganlah order time take off atau time landing, terpelanting lak makanan korang nanti. Hahaha.



Kat Bangkok lak korang boleh pergi macam-macam tempat. Kat mana-mana bandaraya besar pun pasti tak akan mengetepikan kawasan hijau untuk menjadi paru-paru bandar tersebut.



Kalau kat Bangkok, Lumpini Park adalah lokasi bagi warga kota mendapatkan udara segar, menenangkan fikiran dan mata dari hiruk-pikuk bandar. Berkeluasan sekitar 500,000 kaki persegi, taman ini menyediakan ruang yang luas untuk korang yang ingin beraktiviti dalam udara yang bersih. Antara aktiviti yang dapat dilihat diadakan kat sini adalah seperti Tai Chi, berjogging, bersenam dengan peralatan senaman outdoor, bermain bola keranjang, menaiki bot pedal, malahan ada juga persembahan orkestra klasik yang boleh ditonton secara percuma. Untuk pengetahuan korang, pada zaman dahulu iaitu dalam tahun 1920-an, taman ini pernah dijadikan sebagai pusat pameran kraftangan Thai dan bunga-bungaan.





Kat sinilah syurga bagi korang yang kaki shopping, dengan keluasan sekitar 27 ekar, Chatuchak Market menempatkan lebih daripada 8000 gerai membuatkan ia salah satu pasar yang terbesar kat dunia. Setiap hari Sabtu dan Ahad ia mampu menarik hampir 200,000 orang pelawat. Dengan bilangan gerai yang sebanyak ini, apa sahaja yang korang bayangkan mungkin ada kat sini. Tapi, hati-hati, takut tersesat pula dah berpusing nanti, pastikan korang membawa peta pasar ini sebelum memulakan langkah. Good luck guys dan semoga percutian korang kat sana nanti bermakna.

Bercuti ke Medan 4 hari 3 malam sempena Anniversary (Hari Kedua)

Tuesday, July 30, 2019 0
Bercuti ke Medan 4 hari 3 malam sempena Anniversary  (Hari Kedua)

Pagi tu, kami sarapan di hotel. Baju semua dah pack siap-siap sebab nak tukar hotel lain pulak lepas ni.

Settle sarapan, kami jalan-jalan sekitar hotel sambil bergambar dulu. Tak puas rasanya stay semalam je kat sini. Tapi nak buat macam mana kan, amik pakej pun 4 hari 3 malam je. Dah la satu tempat ke satu tempat jauh. Kena jugak say Good Bye kat Patra Comfort. Tak sempat nak mandi pool kat sini. Sebenarnya tiga-tiga hotel kami stay, semua ada pool. Tapi satu pun tak sempat mandi. Ye ye je bawak swimming suit. Hihihi.Buat berat bag je.




Selesai sarapan n posing, kami pun gerak ke Pulau Samosir. Mula-mula takut jugak nak ke sini sebab ramai yang inform diaorang kena tipu dengan peniaga kat sini. Pak Ruli pun ada ingatkan tanya barang yang kita nak beli je. 


Dalam feri yang kami naik ni, semua rakyat Malaysia. Rasa macam kat Malaysia je pun. 

Sebelum feri gerak, ada sekumpulan budak-budak akan minta kita campak duit dalam air dan diaorang akan berenang ambil dalam air. Tapi, diaorang tak nak duit Malaysia. Eyza sayang duit rupiah sebab tukar tak banyak. Eyza tak ada la campak. Tapi makcik-makcik yang satu feri tu campak la. 

Kami naik feri ni lebih kurang dalam 45 minit. Malas nak duduk atas sebab panas. Duduk bawah je. Tak dapat la nak buat Titanic. Pemandangan sepanjang jalan tu tak payah cerita la. Memang cantik. Besarnya kuasa Allah. Tak terjangkau dek mata. Tenang je.

Atas feri pulak, ada yang buat persembahan dengan menyanyi macam-macam lagu. Lepas tu kita bagi la ikhlas hati. Eyza cuma bagi 10 ribu rupiah.



Sampai je sana. Rombongan dari Malaysia tu bergambar berkumpulan. Pak Ruli suruh kitaorang join sbb bawah satu syarikat katanya. 

Sepanjang jalan kat sana ada orang jual macam-macam barang. Ada baju, key chain, bag, ikan masin dan kacang-kacang. 

Mula-mula kami di bawa untuk tengok tarian patung Sigale gale dulu. Bukan main meriah dan sporting semua. Eyza ngan hubby tak menari pun. Segan.


Selesai tarian, kami pun boleh bergambar di sekitar kawasan rumah kat sini. Unik betul rumah kat sini sebab tak ada pintu.

Kat sini ada jugak simbol payudara. Katanya tu menunjukkan betapa suburnya orang dekat situ. Harap2 lepas ni Eyza pun subur la. Hihihi.





Selesai menari dan bergambar, kami pun jalan-jalan tengok apa yang dijual dekat gerai-gerai sekitar tu.

Pak Ruli memang bagus sebab dia akan ikut je mana-mana gerai yang kitaorang pergi. So, peniag kat situ tak berapa berani nak letak harga mahal-mahal. 

Dalam takut-takut nak tanya, Eyza tanya juga sebab berkenan dengan baju batik budak2. 

Dekat Pulau Samosir Eyza beli Fridge Magnet, Key Chain, Baju batik utk anak buah 5 orang, Kain pelikat 2, kain batik 2, Ikan Masin, air Mineral dan kacang rebus. Eyza rasa harga yang Eyza dapat berpatutan la dengan barang. Tak ada la kena ketuk kaw kaw. Cuma rasa kain pelikat dengan kain batik tu mahal sikit. Tapi hubby kata kalau tgk kualiti kain mmg berbaloi dengan harga. So, Eyza pun tak de la menyesal beli.





Dekat 2 jam lebih jugak kami kat situ, sampai la masa kami nak balik.

Sebelum kami ke Berastagi, kami singgah dulu untuk makan tengahari. Untuk lunch ni kami makan dekat Rumah Makan Muslim Pak Kumis. Makan Lobster uolls. 

Disebabkan kami ambik pakej private, so kami makan asing dari rombongan tadi. Banyak betul lauk tapi yang makan kami berdua je. Alhamdulillah semua makanan kat sini sedap dan kena dengan tekak kami.





Dari situ, kami gerak ke Berastagi tapi sebelum tu kami singgah untuk minum teh halia dan bergambar dulu.


Serius kalau korang ke sini, kena try teh halia dia. Hubby pulak minum kopi kampung. Kaw dia kata. Sambil minum air panas, sambil kena tiupan angin sejuk Danau Toba memang heaven la.

Dekat sini ada banyak prop untuk kita bergambar. Satu prop yang perlukan dioarang kendali kena bayar 35 ribu seorang, sekali dengan gambar dari fotografer. Kalau yang tak perlukan diaorang kendalikan, sekali masuk cuma 20 ribu rupiah. Kalau nak jimat, ambik je pakej iaitu 4 prop, gambar dan unlimited bergambar sendiri dekat dalam tu cuma 150 ribu rupiah. Eyza ngan hubby cuma ambik sorang 3 prop je sebab kat sini kami cuma ada masa sejam. Tu pun terbabas gak jadi sejam lebih. 






Hubby gayat sebenarnya. Mula-mula dia tak nak naik. Tapi sebab Eyza nak naik, dia pun cabar diri dia untuk naik. Alhamdulillah dia ok. Ada la jugak gambar Eyza dengan dia untuk kenang-kenangan.

Next destination kami ke Air Terjun Sipiso piso. Disebabkan masa ni hari Ahad, dan hari cuti jugak di Indonesia memang ramai la manusia kat sini. Kat sini ada je jurugambar yang tawarkan servis ambil gambar kita. Eyza dengan hubby pun ambik la. Sekeping gambar kat sini 25 ribu rupiah. Kami ambik 3 keping kat sini. Jadi la 75 ribu rupiah.




Seterusnya kami singgah kat Ladang Limau. Dekat sini boleh petik sendiri limau. Tapi, Eyza pilih untuk beli je sebab kalau tak pandai petik nanti dapat limau masam. 




Sebelum check in hotel, kami singgah untuk makan malam dulu dekat satu tempat ni. Eyza pun tak tau nama reatoran tu apa. Tapi dekat je dengan hotel yang kami nak menginap. Malam ni kami menginap di Hotel Green Garden yang terletak di Berastagi.


Settle makan, check in hotel dan berehat. Nyenyak betul tido malam tu. Maybe sebab penat kut.



Ok, nanti Eyza sambung cerita hari ketiga kami kat sini.

Kira-kira hari kedua

Tips Atas feri - 10 ribu rupiah (RM 2.95)
Air Mineral 3 - 15 ribu rupiah (RM 4.40)
5 pasang baju batik anak buah - 250 ribu rupiah ( RM 73.75)
2 helai kain batik - 150 ribu rupiah ( RM 44.25)
2 helai kain pelikat - 150 ribu rupiah (RM 44.25)
kacang rebus - 20 ribu rupiah (RM 5.90)
Ikan Masin - 10 ribu rupiah (RM 2.95)
Key Chain + fridge magnet - 80 ribu rupiah (RM 23.60)
Teh halia + kopi - 20 ribu rupiah (RM 5.90)
Bergambar + soft copy - 200 ribu rupiah (RM 59.00)
Masuk toilet - 4 ribu rupiah (RM 1.18)
Gambar sipiso piso - 75 ribu rupiah (RM 22.13)
3 biji pau - 10 ribu rupiah (RM 2.95)
Limau - 10 ribu rupiah (RM 2.95)
Air Cappuchino - 12 ribu rupiah ( RM 3.54)
Jus jeruk - 17 ribu rupiah (RM 5.00)

Total : RM 304.70

*kadar tukaran 1 juta = RM 295

24.7.19

Bercuti ke Medan 4 hari 3 malam sempena Anniversary (Hari Pertama)

Wednesday, July 24, 2019 2
Bercuti ke Medan 4 hari 3 malam sempena Anniversary  (Hari Pertama)

Horas! Hahaha.. dah kenapa dok horas ni kan.. Eyza sebenarnya baru je balik dari Medan sempena Anniversary perkahwinan ke 12. Sekejap je rasa dah 12 tahun. Macam-macam dah kami tempuh. Dalam tempoh 12 tahun ni bohong la kalau kata kami tak pernah bergaduh besar. Ada je. Tapi, apa yang penting kena komunikasi, mengalah dan sabar. Tu je kunci kami. Buang ego dalam rumahtangga ni. Anniversary kali ni Eyza harap cinta kami kekal ke Jannah dan moga ada rezeki kami timang cahayamata sendiri nanti. Dapat sorang pun jadi la. Buat peneman kami waktu kami tua.

So, untuk Anniversary kali ni Eyza pilih untuk ke Medan, Indonesia. Hubby tak kisah. Dia ikut je. Eyza pilih Medan sebab Eyza teringin sangat nak ke Danau Toba. Ni sebab baca blog si Ida Baharum la. Lama tau berangan sebab Hubby ni susah sikit nak ajak pergi berjalan. Kali ni sempena Anniversary, Eyza paksa jugak hubby pergi. Bertabah la kan dapat bini macam ni. Tapi nasib baik hubby enjoy sepanjang kat sana.

Mengikut pengalaman Eyza ke Jogja, tukar 1 juta rupiah pun dah cukup. So, Eyza pun bgtau la Hubby tukar je 2 juta. Sorang sejuta. Kebetulan dapat tukar kat Midvalley 1 juta rupiah bersamaan RM 295. Tapi kan.. rupanya x cukup wei.. Hahaha.. Tu la.. shopping terlampau lagi.

Kami bertolak pagi 20 Julai tu.Betul-betul tarikh Anniversary kami. Patutnya flight kami pukul 7.15 pagi tapi Airasia schedulekan semula ke pukul 10.45 pagi. Nasib baik la pagi jugak. Ok la kan.

Perjalanan dari KL-Kualanamu Medan cuma 45 minit. Sekejap je dah sampai. Eyza just makan Burn Cheese Cake atas flight. Sedap giler cheese cake dia. 

Sampai je airport Medan, kena beratur panjang untuk cop imigresen. Dekat situ je dekat 45 minit. Sama macam naik flight jugak. Hahaha.

Keluar dari situ terus nampak Pak Supir pegang nama EYZAMIEL. Yeay. So, bermulalah pengembaraan kami dekat Medan ni selama 4 hari 3 malam.


Keluar je dari Airport, Pak Ruli bawa kami ke Ofis agen untuk bayar baki pakej.  Eyza ambik pakej private untuk satu couple sekali deko honeymoon. Untuk pakej ni, Eyza kena bayar RM 1450. Dekat Malaysia dah bayar deposit RM 200,  kat sana Eyza just bayar baki RM 1250 je. Sebelah ofis tu pulak, ada jual Sim card dengan plug Indonesia. Dah alang-alang Eyza beli je dua-dua kat situ.


Selesai bayar pakej, kami dibawa untuk makan tengahari pulak. Memang tengah lapar pun masa ni. Kami lunch dekat Ayam Penyet Cindelaras. Recommend sangat makan dekat sini sebab sedap. Ayam lembut je.


Tepi kedai makan ni, ada abg ni jual buah-buah macam buah potong tu. Dia cerita la Siti Nurhaliza pernah beli buah potong dia masa Siti datang Medan. Eyza pun beli jugak. Eyza ambik nenas dengan jambu madu. Manis giler nenas tu. Satu pek tu cuma 20 ribu.



Dah kenyang, kami pun teruskan perjalanan ke Danau Toba. Perjalanan ke sana memakan masa 5 jam. Dah macam aku nak balik Penang dah. Tapi kalau balik Penang ada highway, kat sini tak ada. Kita akan lalu jalan-jalan kampung je. Boleh tengok pemandangan dan rumah-rumah penduduk kat sini. Kalau korang nampak kubur tepi rumah atau dalam kebun tu dah biasa kat sini. Kata Pak Ruli kubur kena lagi mahal dari harga rumah yang dia tinggal. Patut la Eyza tengok, kubur diaorang bukan main cantik lagi.

Sebelum sampai Danau Toba, kami singgah kat kedai menjual kekacang. Nama kacang-kacang ni unik. Ada Pong Pong, Ting Ting, Teng Teng dan macam-macam la. Eyza baca ada yang cakap nama-nama tu diambil sempena nama anak-anak owner kedai ni. 



Kat sini Eyza cuma shopping sekotak je, hubby pulak ambik sekotak kacang dan sepeket kacang parang. Lepas tu kami terus la ke Danau Toba. Sampai tertido la kami berdua. Tapi bila bangun still blom sampai. Jauh perjalanan ke sana. Dah la jalan dia sempit, banyak selekoh dan banyak lori. Nasihat Eyza kalau nak ke sana, better ambik supir yang cekap dan dah biasa dengan jalan kat sana. 


Malam tu kami menginap dekat Patra Comfort Parapat. Sampai hotel pun dah dekat pukul 6 petang. Elok masuk bilik pulak hujan. Memang kami melepek dalam bilik la. Ingat nak mandi pool terus tak jadi.


Bilik kami besar dan bukak je sliding door terus nampak Tasik Danau Toba. Cantiknya ciptaan Allah. Macam tak sangka salah satu tempat impian Eyza nak pergi dah tercapai.




Malam tu kami dinner kat hotel je. Best sambil makan kena angin Danau Toba. Sejuk je. Ramai jugak orang Malaysia menginap kat hotel ni.




Settle dah entry untuk hari pertama. Nanti free Eyza sambung part 2 ye.

Kira-kira hari pertama:

Pakej utk 2 org 4h3m - RM 1400
Deko honeymoon - RM 50
Jajan di TBS - RM 13.20
Jetbus dr TBS ke KLIA2 - RM 22
Mineral + Cheese Cake atas Flight - RM 12
Simcard SimPATI - 110 ribu (RM 32.45)
Plug Indonesia - 20 ribu (RM 5.90)
Buah - 20 ribu (RM 5.90)
Kekacang - 95 ribu (RM 27.80)
Air Mineral - 10 ribu (RM 2.95)

Total : RM 1572.20

*kadar tukaran 1 juta = RM 295