Bercuti ke Medan 4 hari 3 malam sempena Anniversary (Hari Pertama) - eyzamiel

24.7.19

Bercuti ke Medan 4 hari 3 malam sempena Anniversary (Hari Pertama)


Horas! Hahaha.. dah kenapa dok horas ni kan.. Eyza sebenarnya baru je balik dari Medan sempena Anniversary perkahwinan ke 12. Sekejap je rasa dah 12 tahun. Macam-macam dah kami tempuh. Dalam tempoh 12 tahun ni bohong la kalau kata kami tak pernah bergaduh besar. Ada je. Tapi, apa yang penting kena komunikasi, mengalah dan sabar. Tu je kunci kami. Buang ego dalam rumahtangga ni. Anniversary kali ni Eyza harap cinta kami kekal ke Jannah dan moga ada rezeki kami timang cahayamata sendiri nanti. Dapat sorang pun jadi la. Buat peneman kami waktu kami tua.

So, untuk Anniversary kali ni Eyza pilih untuk ke Medan, Indonesia. Hubby tak kisah. Dia ikut je. Eyza pilih Medan sebab Eyza teringin sangat nak ke Danau Toba. Ni sebab baca blog si Ida Baharum la. Lama tau berangan sebab Hubby ni susah sikit nak ajak pergi berjalan. Kali ni sempena Anniversary, Eyza paksa jugak hubby pergi. Bertabah la kan dapat bini macam ni. Tapi nasib baik hubby enjoy sepanjang kat sana.

Mengikut pengalaman Eyza ke Jogja, tukar 1 juta rupiah pun dah cukup. So, Eyza pun bgtau la Hubby tukar je 2 juta. Sorang sejuta. Kebetulan dapat tukar kat Midvalley 1 juta rupiah bersamaan RM 295. Tapi kan.. rupanya x cukup wei.. Hahaha.. Tu la.. shopping terlampau lagi.

Kami bertolak pagi 20 Julai tu.Betul-betul tarikh Anniversary kami. Patutnya flight kami pukul 7.15 pagi tapi Airasia schedulekan semula ke pukul 10.45 pagi. Nasib baik la pagi jugak. Ok la kan.

Perjalanan dari KL-Kualanamu Medan cuma 45 minit. Sekejap je dah sampai. Eyza just makan Burn Cheese Cake atas flight. Sedap giler cheese cake dia. 

Sampai je airport Medan, kena beratur panjang untuk cop imigresen. Dekat situ je dekat 45 minit. Sama macam naik flight jugak. Hahaha.

Keluar dari situ terus nampak Pak Supir pegang nama EYZAMIEL. Yeay. So, bermulalah pengembaraan kami dekat Medan ni selama 4 hari 3 malam.


Keluar je dari Airport, Pak Ruli bawa kami ke Ofis agen untuk bayar baki pakej.  Eyza ambik pakej private untuk satu couple sekali deko honeymoon. Untuk pakej ni, Eyza kena bayar RM 1450. Dekat Malaysia dah bayar deposit RM 200,  kat sana Eyza just bayar baki RM 1250 je. Sebelah ofis tu pulak, ada jual Sim card dengan plug Indonesia. Dah alang-alang Eyza beli je dua-dua kat situ.


Selesai bayar pakej, kami dibawa untuk makan tengahari pulak. Memang tengah lapar pun masa ni. Kami lunch dekat Ayam Penyet Cindelaras. Recommend sangat makan dekat sini sebab sedap. Ayam lembut je.


Tepi kedai makan ni, ada abg ni jual buah-buah macam buah potong tu. Dia cerita la Siti Nurhaliza pernah beli buah potong dia masa Siti datang Medan. Eyza pun beli jugak. Eyza ambik nenas dengan jambu madu. Manis giler nenas tu. Satu pek tu cuma 20 ribu.



Dah kenyang, kami pun teruskan perjalanan ke Danau Toba. Perjalanan ke sana memakan masa 5 jam. Dah macam aku nak balik Penang dah. Tapi kalau balik Penang ada highway, kat sini tak ada. Kita akan lalu jalan-jalan kampung je. Boleh tengok pemandangan dan rumah-rumah penduduk kat sini. Kalau korang nampak kubur tepi rumah atau dalam kebun tu dah biasa kat sini. Kata Pak Ruli kubur kena lagi mahal dari harga rumah yang dia tinggal. Patut la Eyza tengok, kubur diaorang bukan main cantik lagi.

Sebelum sampai Danau Toba, kami singgah kat kedai menjual kekacang. Nama kacang-kacang ni unik. Ada Pong Pong, Ting Ting, Teng Teng dan macam-macam la. Eyza baca ada yang cakap nama-nama tu diambil sempena nama anak-anak owner kedai ni. 



Kat sini Eyza cuma shopping sekotak je, hubby pulak ambik sekotak kacang dan sepeket kacang parang. Lepas tu kami terus la ke Danau Toba. Sampai tertido la kami berdua. Tapi bila bangun still blom sampai. Jauh perjalanan ke sana. Dah la jalan dia sempit, banyak selekoh dan banyak lori. Nasihat Eyza kalau nak ke sana, better ambik supir yang cekap dan dah biasa dengan jalan kat sana. 


Malam tu kami menginap dekat Patra Comfort Parapat. Sampai hotel pun dah dekat pukul 6 petang. Elok masuk bilik pulak hujan. Memang kami melepek dalam bilik la. Ingat nak mandi pool terus tak jadi.


Bilik kami besar dan bukak je sliding door terus nampak Tasik Danau Toba. Cantiknya ciptaan Allah. Macam tak sangka salah satu tempat impian Eyza nak pergi dah tercapai.




Malam tu kami dinner kat hotel je. Best sambil makan kena angin Danau Toba. Sejuk je. Ramai jugak orang Malaysia menginap kat hotel ni.




Settle dah entry untuk hari pertama. Nanti free Eyza sambung part 2 ye.

Kira-kira hari pertama:

Pakej utk 2 org 4h3m - RM 1400
Deko honeymoon - RM 50
Jajan di TBS - RM 13.20
Jetbus dr TBS ke KLIA2 - RM 22
Mineral + Cheese Cake atas Flight - RM 12
Simcard SimPATI - 110 ribu (RM 32.45)
Plug Indonesia - 20 ribu (RM 5.90)
Buah - 20 ribu (RM 5.90)
Kekacang - 95 ribu (RM 27.80)
Air Mineral - 10 ribu (RM 2.95)

Total : RM 1572.20

*kadar tukaran 1 juta = RM 295

2 comments:

  1. Seronoknyaaa..akak x pernah lagi sampai Medan...cepat update ..nak baca lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyza pun baru first time ni kak. Tapi memang best la kat sana. Eyza dah update hari kedua. Jemput baca.:)

      Delete