Bercuti ke Medan 4 hari 3 malam sempena Anniversary (Hari Kedua) - eyzamiel

30.7.19

Bercuti ke Medan 4 hari 3 malam sempena Anniversary (Hari Kedua)


Pagi tu, kami sarapan di hotel. Baju semua dah pack siap-siap sebab nak tukar hotel lain pulak lepas ni.

Settle sarapan, kami jalan-jalan sekitar hotel sambil bergambar dulu. Tak puas rasanya stay semalam je kat sini. Tapi nak buat macam mana kan, amik pakej pun 4 hari 3 malam je. Dah la satu tempat ke satu tempat jauh. Kena jugak say Good Bye kat Patra Comfort. Tak sempat nak mandi pool kat sini. Sebenarnya tiga-tiga hotel kami stay, semua ada pool. Tapi satu pun tak sempat mandi. Ye ye je bawak swimming suit. Hihihi.Buat berat bag je.




Selesai sarapan n posing, kami pun gerak ke Pulau Samosir. Mula-mula takut jugak nak ke sini sebab ramai yang inform diaorang kena tipu dengan peniaga kat sini. Pak Ruli pun ada ingatkan tanya barang yang kita nak beli je. 


Dalam feri yang kami naik ni, semua rakyat Malaysia. Rasa macam kat Malaysia je pun. 

Sebelum feri gerak, ada sekumpulan budak-budak akan minta kita campak duit dalam air dan diaorang akan berenang ambil dalam air. Tapi, diaorang tak nak duit Malaysia. Eyza sayang duit rupiah sebab tukar tak banyak. Eyza tak ada la campak. Tapi makcik-makcik yang satu feri tu campak la. 

Kami naik feri ni lebih kurang dalam 45 minit. Malas nak duduk atas sebab panas. Duduk bawah je. Tak dapat la nak buat Titanic. Pemandangan sepanjang jalan tu tak payah cerita la. Memang cantik. Besarnya kuasa Allah. Tak terjangkau dek mata. Tenang je.

Atas feri pulak, ada yang buat persembahan dengan menyanyi macam-macam lagu. Lepas tu kita bagi la ikhlas hati. Eyza cuma bagi 10 ribu rupiah.



Sampai je sana. Rombongan dari Malaysia tu bergambar berkumpulan. Pak Ruli suruh kitaorang join sbb bawah satu syarikat katanya. 

Sepanjang jalan kat sana ada orang jual macam-macam barang. Ada baju, key chain, bag, ikan masin dan kacang-kacang. 

Mula-mula kami di bawa untuk tengok tarian patung Sigale gale dulu. Bukan main meriah dan sporting semua. Eyza ngan hubby tak menari pun. Segan.


Selesai tarian, kami pun boleh bergambar di sekitar kawasan rumah kat sini. Unik betul rumah kat sini sebab tak ada pintu.

Kat sini ada jugak simbol payudara. Katanya tu menunjukkan betapa suburnya orang dekat situ. Harap2 lepas ni Eyza pun subur la. Hihihi.





Selesai menari dan bergambar, kami pun jalan-jalan tengok apa yang dijual dekat gerai-gerai sekitar tu.

Pak Ruli memang bagus sebab dia akan ikut je mana-mana gerai yang kitaorang pergi. So, peniag kat situ tak berapa berani nak letak harga mahal-mahal. 

Dalam takut-takut nak tanya, Eyza tanya juga sebab berkenan dengan baju batik budak2. 

Dekat Pulau Samosir Eyza beli Fridge Magnet, Key Chain, Baju batik utk anak buah 5 orang, Kain pelikat 2, kain batik 2, Ikan Masin, air Mineral dan kacang rebus. Eyza rasa harga yang Eyza dapat berpatutan la dengan barang. Tak ada la kena ketuk kaw kaw. Cuma rasa kain pelikat dengan kain batik tu mahal sikit. Tapi hubby kata kalau tgk kualiti kain mmg berbaloi dengan harga. So, Eyza pun tak de la menyesal beli.





Dekat 2 jam lebih jugak kami kat situ, sampai la masa kami nak balik.

Sebelum kami ke Berastagi, kami singgah dulu untuk makan tengahari. Untuk lunch ni kami makan dekat Rumah Makan Muslim Pak Kumis. Makan Lobster uolls. 

Disebabkan kami ambik pakej private, so kami makan asing dari rombongan tadi. Banyak betul lauk tapi yang makan kami berdua je. Alhamdulillah semua makanan kat sini sedap dan kena dengan tekak kami.





Dari situ, kami gerak ke Berastagi tapi sebelum tu kami singgah untuk minum teh halia dan bergambar dulu.


Serius kalau korang ke sini, kena try teh halia dia. Hubby pulak minum kopi kampung. Kaw dia kata. Sambil minum air panas, sambil kena tiupan angin sejuk Danau Toba memang heaven la.

Dekat sini ada banyak prop untuk kita bergambar. Satu prop yang perlukan dioarang kendali kena bayar 35 ribu seorang, sekali dengan gambar dari fotografer. Kalau yang tak perlukan diaorang kendalikan, sekali masuk cuma 20 ribu rupiah. Kalau nak jimat, ambik je pakej iaitu 4 prop, gambar dan unlimited bergambar sendiri dekat dalam tu cuma 150 ribu rupiah. Eyza ngan hubby cuma ambik sorang 3 prop je sebab kat sini kami cuma ada masa sejam. Tu pun terbabas gak jadi sejam lebih. 






Hubby gayat sebenarnya. Mula-mula dia tak nak naik. Tapi sebab Eyza nak naik, dia pun cabar diri dia untuk naik. Alhamdulillah dia ok. Ada la jugak gambar Eyza dengan dia untuk kenang-kenangan.

Next destination kami ke Air Terjun Sipiso piso. Disebabkan masa ni hari Ahad, dan hari cuti jugak di Indonesia memang ramai la manusia kat sini. Kat sini ada je jurugambar yang tawarkan servis ambil gambar kita. Eyza dengan hubby pun ambik la. Sekeping gambar kat sini 25 ribu rupiah. Kami ambik 3 keping kat sini. Jadi la 75 ribu rupiah.




Seterusnya kami singgah kat Ladang Limau. Dekat sini boleh petik sendiri limau. Tapi, Eyza pilih untuk beli je sebab kalau tak pandai petik nanti dapat limau masam. 




Sebelum check in hotel, kami singgah untuk makan malam dulu dekat satu tempat ni. Eyza pun tak tau nama reatoran tu apa. Tapi dekat je dengan hotel yang kami nak menginap. Malam ni kami menginap di Hotel Green Garden yang terletak di Berastagi.


Settle makan, check in hotel dan berehat. Nyenyak betul tido malam tu. Maybe sebab penat kut.



Ok, nanti Eyza sambung cerita hari ketiga kami kat sini.

Kira-kira hari kedua

Tips Atas feri - 10 ribu rupiah (RM 2.95)
Air Mineral 3 - 15 ribu rupiah (RM 4.40)
5 pasang baju batik anak buah - 250 ribu rupiah ( RM 73.75)
2 helai kain batik - 150 ribu rupiah ( RM 44.25)
2 helai kain pelikat - 150 ribu rupiah (RM 44.25)
kacang rebus - 20 ribu rupiah (RM 5.90)
Ikan Masin - 10 ribu rupiah (RM 2.95)
Key Chain + fridge magnet - 80 ribu rupiah (RM 23.60)
Teh halia + kopi - 20 ribu rupiah (RM 5.90)
Bergambar + soft copy - 200 ribu rupiah (RM 59.00)
Masuk toilet - 4 ribu rupiah (RM 1.18)
Gambar sipiso piso - 75 ribu rupiah (RM 22.13)
3 biji pau - 10 ribu rupiah (RM 2.95)
Limau - 10 ribu rupiah (RM 2.95)
Air Cappuchino - 12 ribu rupiah ( RM 3.54)
Jus jeruk - 17 ribu rupiah (RM 5.00)

Total : RM 304.70

*kadar tukaran 1 juta = RM 295

No comments:

Post a Comment